Antara tugas sebuah negara yang MERDEKA ialah MELURUSKAN SEJARAHNYA.Kita mesti,wajib meluruskan sejarah yang bengkok, sejarah yang penuh dengan muslihat dan tipu daya. Sejarah apa yang selama ini direkayasa atau ditinggalkan oleh penjajah.
Dalam hal ini kita sebagai warga, pemimpin dan anak anak MERDEKA amat lemah.Kita menerima seadanya apa yang ditulis. Kita seperti burung tiong, melagukan apa yang didendangkan penjajah. Bukan sekedar itu saja. Kita rela menjadi Pak Kaduk, Lebai Malang, Pak Pandir dan watak- watak sepele, dungu ciptaan penjajah.Bangga dengan sejarah penjajahan. Kononnya sejarah kita.
Implikasinya secara tidak langsung meneruskannya dalam udara lapok dan busuk. Tiada kesadaran bahawa merdeka bererti mengubah apa yang dusta dan palsu supaya menjadi bangsa yang bebas, bermaruah dan cendekia.Dalam erti kata lain tidak lagi dikongkong,diperbodohkan oleh sesiapa. Malu untuk disebut Benarkah begitu apa yang berlaku dan dilakukan kita selama ini ?
Contohnya kita terima bulat bulat sejarah PP baru bermula dengan kedatangan Kepten Francis Light pada tahun 1786. Ini menafikan sejarah bahawa PP telah dibuka dan terbuka jauh lebih lama sebelum itu. Timbul nama nama Datuk Jenaton, Datuk Nakhoda Kecil dan Datuk Nakhoda Nan Intan yang telah membuka Gelugor, Tanjong Penaga dan Batu Uban 50 tahun terlebih awal daripada Mr Light sekitar tahun 1730an.
Kebanyakan nama nama tempat yang dilakar dalam peta peta terawal adalah nama nama asal. Maknanya telah wujud ratusan tahun sebelumnya. Nama nama besar yang membuka tempat tempat strategik di PP adalah para nakhoda. Mereka ada ilmu dan dapat membaca selok belok kawasan sesuaikah dijadikan pelabohan dan petempatan. Ternyata kawasan kawasan yang mereka buka telah menjadi tempat terpenting di kemudian hari.
Kenapakah sejarah nasional kita yang membonglar kebenaran sejarah dipandang remeh. Ini menunjukkan bahawa pemujaan kita terhadap sejarah KOLONIAL sangat kuat. Ini bermakna acuan dan dominasi penjajah masih masih kuat melekat dan erat mengongkong kita meski pun telah MERDEKA. Marilah kita berfikir sejenak tentang erti kemerdekaan. Marilah menoleh sebentar apa yang telah dilakukan oleh Indonesia, India, Burma , Sri Lanka dan lain negara terhadap sejarah mereka.
Mereka telah mengubah kesan dan citra penjajah. Negara negara itu sudah mengembalikan ROH DAN JATIDIRI menjadi sebuah NEGARA BANGSA YANG MERDEKA. Di PP warisan penjajah berkudrat dan kuat , warisan rakyat dan penduduk asalnya dirembat dan hilang tanpa nama ibarat kuburan tanpa batu nisan. Justeru siapa peduli ? Apakah kita ini telah menjadi watak watak yang mangli dan beransur ansur menjadi pekak, buta dan bisu terhadap sejarah dan warisan sendiri.
Seterusnya baca tulisan Prof Ahmad Murad Merican pembongkar sejarah awal PP sebelum ketibaan penjajah berjodol PULAU PINANG DAN PENAFIAN SEJARAH. Tulisan beliau akan disiarkan kemudian.
Sekadar usul dan percobaan untuk menguji sikap kita demi untuk mengembalikan jati diri kita sebagai warga negara sebuah negara bangsa yang MERDEKA. Beranikah kita mengubah nama GEORGE TOWN menjadi TANJONG dan BUTTERWORTH menjadi BAGAN di PULAU PINANG
PULAU PINANG BANDAR BAHARU KEPTEN LIGHT MENJADI RAJA KALAU DIKENANG MASA NAN LALU RASA MENITIS SI AIR MATA