Penempatan NELAYAN WARISAN TG TOKONG SDG TERANCAN, DIGEMPOR!

KEPUPUSAN KAZANAH WARISAN RAKYAT-. PETEMPATAN TERAKHIR NELAYAN PRIBUMI TG TOKONG!

Masih ada aktiviti nelayan pribumi di Tanjong Tokong. Mrk yang menjalankan aktiviti menangkap ikan, ketam, udang dll secara berterusan. Kerjaya ini terus berkesinambungan. Mereka meneruskan aktiviti datuk nenek moyang mrk yg terdahulu yg terdahulu secara berkesinambungan.

Ini dilakukan meski berhadapan dgn berbagai cabaran dan gugatan yg mengklasifikan nelayan tempatan sebagai penceroboh dilaut, laluan keluar masuk mrk saban hari.Aktiviti berkesinambungan tanpa hentikan membuktikan mereka tidak dapat dipisahkan laut. Laut adalah kehidupan yg bersebati dengan mereka. Mengapa isu ini memanas dan perlu diutarakan!

Mengapa? Reclaimation telah dibuat seluas 1000 ekar, 20 kali keluasan kampong Tg Tokong. Tidak ada 1 % pun utk rakyat setempat Reclaimatian itu jelas untuk kepentingan korporat. Para pemaju membina perumahan mewah untuk warga asing seluruh dunia hampir 100 %

Segalanya asing. Langsung tak ada bagian rakyat di dalamnya. Meski pun secara nyata ianya terletak di hadapan pantai Tg Tokong. Ya itulah sebelumnya jalur keluar masuk nelayan pantai menjalankan aktiviti harian nereka. Juga kampong Tg Tokong yg sesak padat langsung tak ada penambahan kawasan. Pembangunan dipadatkan sepadat2nya utk atasi kesesakan penduduk.

Tebusguna yg langsung tidak ada bagian rakyat di dalamnya. Malah kehadiran rakyat tempatan dianggap imej yg jelek dan menggugat kehidupan para elitis. Inilah bentuk ekonomi menggila, amat keterlaluan PRO KORPORAT, Dasar Penswastaan ciptaan baru yg melencong jauh daripada DASAR EKONOMI BARU TUN RAZAK.

Dasar yg menguntukkan 30 % kek ekonomi negara untuk rakyat. Adakah ruang dan peluang untuk bermuhasabah demi mengkaji, demi mengimbangi, memperbetulkan dasar tersasar yg memangsakan rakyat ini. Kerajaan seharusnya menjadi kuasa semak dan imbang bukannya melulu dengan menyebelahi korporat secara keterlaluan dan membabi buta tanpa mengkaji kesan akibatnya terhadap rakyat.

Kita perlukan dasar yg lebih berimbang, adil dan manusiawi. Takkan dlm bagian 1000 ekar ini tidak ada bagian kerajaan dan rakyat di dalamnya? Adakah pantai dan laut berdekatan, juga laluan ke sana semuanya dikepong menjadi milik eksklusif swasta. Inilah sisi jelek, buruk dan dahsyat DASAR PENSWASTAAN dan PENGKORRATAN yg sarat dan penuh dengan pemonopolian, pembulian dan ketamakan melampau.

Sapu bersih segala yg dimajukan. Mana bagian rakyat,tengok saja ke? Jadi apa peranan kerajaan sebagai kuasa pengimbang antara RAKYAT dengan KORPORAT demi memenuhi tuntutan DEMOKRASI dan hak2 rakyat. Memang sedap didengar moto DEMOKRASI Kerajaan dari RAKYAT oleh RAKYAT untuk RAKYAT. APA YG TERLIHAT KINI KERAJAAN lebih cenderong menyebelahi pada pihak berkepentingan PRO RAKAN KONGSI YG PRO KORPORAT di sekelilingnya.

Sesuatu perlu dilakukan demi untuk memperbetulkan ketidakseimbangan ini. Nampaknya tidak ada beza di antara KN PP terdahulu pimpinan BN dgn KN yg ada kini. Rakyat mesti bijak memilih WAKIL RAKYAT, bukan WAKIL PARTI, BUKAN WAKIL PEMAJU dan WAKIL DIRI.

Justru di mana bahagian rakyat dlm pembangunan. Rakyat semakin terhimpit, terhakis dan hilang dlm pembangunan yg melimpah. Dasar ini jelas memangsakan rakyat secara zalim, keterlaluan terutama di zon nelayan pantai. WASAPADA!!! Projek yang sama hendak diulang di TELOK KUMBAR MENERUSI PSI – 3 PULAU BUAT.

RAKYAT TUNTUT KERAJAAN PRO RAKYAT!!! MASA 14 TAHUN (2008 – 2022) CUKUP UNTUK MENGENAL PASTI APA YG DAH BERLAKU!PARTI HANYA JENAMA. KETAMAKANNYA SERUPA SAJA! ADAKAH PARTI KEADILAN RAKYAT BOLEH BERBUAT SESUATU KESEJAHTERAAN WARGANYA!

Leave a Reply

Your email address will not be published.