UMNO dan PKR Mesti sokong George TOWN tukar kpd TANJONG dan Butterworth kpd BAGAN!

Demi pemerkasaan warisan anak negeri, jatidiri P. Pinang dan tuntutan kemedekaan kita perlu ada tekad untuk mengubah nama-nama yang berbau penjajah kepada nama yang bersifat kebangsaan. Proses ini sedang berlaku tetapi tidak menyeluruh. Contohnya TELUK ANSON telah ditukar kepada TELUK INTAN dan BANGSAR SOUTH telah dikembalikan ke asalnya KERINCI. Ia perlu diteruskan terutama di P. PINANG yang terlalu banyak menghakis nama-nama tempatan. Contohnya TELOK KUMBAR telah digeser dengan nama baru SOUTH BEY dan Pantai JERJAK diganggu dengan nama QUEENS BAY! Tegas Prof Prof Ahmad Murad Merican pakar sejarah awal P. PINANG sebelum sejarahnya digelap dan malapkan oleh Francis Light :

Maaf cakap! Orang Melayu P. PINANG hillang segalanya lepas MERDEKA! Hillang nama- nama tempat, hilang kampung halaman, hilang sejarah sebagai pembuka negeri, hilang sejarah awal pembukaan dan penempatannya, hilang hak sebagai bumiputra dan penduduk asalnya, hilang, hilang, hilang segalanya! Adakah inierti kemerdekaan? Jika orang China dan India boleh bersatu atas hak mereka inginkan warisan, bahasa, lain-lain hak mereka dihormati dan mendapat tempat mengapa orang Melayu dan pemimpin Melayu begitu lonyai dan fleksibel sehingga menerima semua tuntutan daripada anak segala bangsa tdtapi menafikan warisan anak negeri dan penduduk asalnya!. Orang Melayu, bahasa Melayu, politik Melayu dan Islam mesti menjadi teras negara Malaysia merdeka. Lihat bagaimana Indonesia, Thailand, Indonesia, Filipina dan negara-negara Asia Tenggara memartabatkan warisan bumiputranya dan anak negerinya. Kita begitu tertinggal ke belakang. Sehingga hendak menukar nama George Town kepada TANJONG dan BUTERWORTH menjadi BAGAN pun menimbulkan masalah. Adakah PKR dan UMNO boleh bersetuju dan bersatu atas pendirian yang bersifat nasional ini! Terutama jati diri dan sejarah kita yang semakin kabur dan lonyai pasca MERDEKA!

Leave a Reply

Your email address will not be published.