KEDUDUKAN MELAYU P. PINANG

Wilayah Kesultanan Kedah yang gagal dikembalikan sesudah MERDEKA. Mengapa UMNO terlalu bergantung dan menyantuni politik berbilang kaum untuk mendapat undi bukan Melayu. Juga kurang keyakinan diri untuk memimpin KN P. Pinang yang sebahagian besar penduduknya bukan Melayu. Inilah cabaran yang perlu di atasi sebagai bangsa yang merdeka. Kita bukannya bangsa terjajah lagi. Kita sudah merdeka. Ia dibuktikan apabila ada anak P. PINANG yang menjadi PM dan Timbalan PM. Kini keadaannya agak sukar dan terlambat.Ini disebabkan sikap cuai terhadap sejarah, hak dan kedaulatan kita untuk memperbaiki keadaan sosio rakyat sepanjang zaman penjajahan. Akibat politik mengalah secara naif kedudukan Melayu di P. Pinang sangat merosot dan di George Town saperti melukut di tepi gantang walau pun selepas MERDEKA. Ini perlu disedari oleh UMNO yang sensitif dengan KETUANAN MELAYU!

Leave a Reply

Your email address will not be published.