PSR DI TELOK KUMBAR -TERJAMINKAH FOOD SECURITY P. PINANG!

Projek di atas pasti akan menjejaskan food security yakni sumber perbekalan ikan segar P. Pinang. Kini PP hanya TINGGAL 1 sahaja kawasan PERIKANAN untuk nelayan pantai. Mengapa kejam sangat hingga gamak memusnahkan kawasan sumber perbekalan makanan segar kepada rakyat. Kepada kehidupan nelayan projek ini adalah tiupan sangkakala untuk mereka. Kepada Anak negeri sendiri khasnya Teluk Kumbar dan amnya pada rakyat bahagian Selatan PP, projek ini seumpama kiamat kehidupan mereka. Melalui projek ini pelaboran asing terutama dari China dan China SEBERANG laut akan berpusu-pusu masuk ke PP. Kesan akibatnya, kehidupan rakyat yang banyak terjejas akibat ekonomi KOMERSIAL yang keterleluan akan terus ditekan sehingga pasti terpinggir dan terhambar keluar daripada habitat mereka. Ia telah berlaku di daerah TIMUR Laut PP di mana tanah pemilikan pribumi tak sampai pun 1 %. Buat apa kita membangunkan negeri atau negara Sedangkan limpahan pembangunan ya seperti menghambat rakyat nyah daripada kawasan tradisi mereka. APAKAH ekonomi itu FDI semata? Bagaimana dengan ekonomi yang yang lebih seimbangan dan bermakna. Negara maju tetapi rakyat terbujur!