KENAPA PP MENGKESAMPINGKAN SEBERANG PRAI?

Dalam pembangunan ekonomi PP, SEBERANG PRAI hampir-hampir ketinggalan. Ia seperti tidak jadi keutamaan walau pun nyata P. PINANG ada keterbatasan. Contohnya dalam masalah tambakan laut PSR. Mengapa mesti dilakukan di Teluk Kumbar, PP. Sedangkan ada tanah yang luas di Batu Kawan, SEBERANG PRAI. Mengapa potensi itu diabaikan?PP serba terbatas. Ia tak boleh hidup tanpa SP. Contohnya dalam masalah perbekalan air. Keperluan air PP diambil daripada Mengkuang Dam. Tanpanya PP akan mengalami kekeringan bekalan. Empangan Air Itam tak mampu memenuhi bekalan. Dalam keadaan KRITIKAL Kenapa projek tambakan 3 Pulau hendak dipaksa buat. Di mana sumber air hendak dipompa bagi menampung ratusan penduduk yang akan berkembang di 3 Pulau Buatan tetsebut? Justru bagi keutamaan untuk membangunkan SP. Bukannya semuanya hendak diperosok di PP walau pun serba terbatas. Terima hakikat SP adalah pelengkap pembangunan PP. Kekurangan PP ditampong dengan kelebihan yang ada di SP. Mengapa dikesampingkan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *