KILANG HARAM SUNGAI LEMBU KEADILAN BUAT PEKERJA YG MATI DI SANA

Keadilan Untuk Mangsa Kilang Haram Sungai Lembu

Mangsa yang jatuh ke dalam lubang pembakaran di kilang haram Sungai Lembu dan meninggal dunia telah dikenalpasti sebagai Moo Teng Jie, berumur 26 tahun dari Sungai Petani.

Kilang itu tidak mempunyai sistem kawalan pencemaran dan langkah keselamatan dengan hanya 31 lubang pembakaran terbuka yang beroperasi 24 jam tetapi dibenarkan beroperasi oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Kerajaan DAP Pulau Pinang telah menulis surat secara khusus untuk mencegah sebarang tindakan bagi menutup kilang haram itu walaupun dengan amaran dan seruan dari Jabatan Alam Sekitar (DoE), Jabatan Kesihatan dan Keselamatan serta ADUN PKR – yang menjadikan DAP sebagai pembunuh.

Apa Jadi Dengan Janji Lim Guan Eng Untuk 'Jagakan' Kawasan Parlimen Wan Azizah?

(Sungai Lembu berada di Permatang Pauh dan kami tertanya-tanya apa yang Ahli Parlimen nya lakukan selama lebih daripada satu dekad)

Adakah terdapat pampasan dibayar kepada keluarga mangsa – sama ada oleh pemilik kilang atau kerajaan negeri? Adakah laporan polis dibuat?

Sekiranya kemalangan maut seperti itu telah berlaku, kenapa kilang itu tidak dengan segera ditutup?

DAP perlu menjawab sama ada nyawa Moo Teng Jie adalah kurang berharga berbanding nyawa Teoh Beng Hock?

Selain itu, kita masih ada 11 mangsa kanser daripada 500 penduduk di sana yang Kerajaan DAP Pulau Pinang mungkin masih boleh disaman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *