PEMBANGUNAN TERPESAT KELAWAI KE TG TOKONG – MANAKAH BAHAGIAN RAKYAT DI DALAMNYA !

TIDAK DINAFIKAN PEMBANGUNAN SANGAT PESAT DARI KELAWAI KE TG TOKONG. PEMBANGUNAN PESAT UNTUK SIAPA , ADAKAH UNTUK RAKYAT JELATA ? MODEL PEMBANGUNAN PALING BURUK DAN ZALIM IALAH MENGETEPIKAN BAHAGIAN RAKYAT UNTUK TERLIBAT SAMA. ITULAH YANG TERJADI DI P.PINANG. KEBANYAKAN PROJEK YANG DILULUSKAN SECARA BESARAN IALAH PROJEK MEWAH.KITA BOLEH SAKSIKAN SENDIRI.MANA ADA PROJEK BARU UNTUK RAKYAT KELAS BAWAHAN ? TERPAMPANG DI DEPAN MATA SEMUA PROJEK YANG DILULUSKAN BN DITERUSKAN OLEH PR/PH PIMPINAN DAP. ATAS ALASAN MUDAH TIDAK BOLEH DIBATALKAN LAGI.JADI APA MAKNANYA RAKYAT MEMBERI UNDI KEPADA KERAJAAN SEDIA ADA.JELAS HAK  MEREKA DINAFIKAN UNTUK RAKYAT UNTUK AMBIL BAHAGIAN DALAM PEMBANGUNAN SEIMBANG YANG SEPATUTNYA DILAKUKAN KERAJAAN UNTUK ATASI KEPINCANGAN.KINI PEMBANGUNAN TERLALU TIDAK SEIMBANG KERANA RAKYAT DIMANGSAKAN APABILA PEMBANGUNAN DIBUAT. MEREKA JADI GOLONGAN YANG TERBUANG. ADILKAH BEGITU UNTUK SEBUAH KERAJAAN YANG BERTEKAD BAHAWA MEREKA LEBIH BAIK DARIPADA BN YANG DITUDUH BOBROK ITU.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *