DI MANAKAH PKR APABILA GAGAL MEMARTABATKAN WARISAN MELAYU DI P.PINANG !

                       TAK  HILANG MELAYU  DI DUNIA,                         WARISAN MELAYU P.PINANG HILANG  ENTAH KE  MANA ?
GEORGE TOWN  WORLD HERITAGE dan Melaka Bandar Bersejarah mendapat pengiktirafan warisan dunia daripada UNESCO pada tahun 2008. Melaka memulakannya dengan warisan kesultanan Melaka dan penduduk asalnya Melayu, diikuti warisan penjajah Portugis, Belanda dan Inggeris.
Begitu beradabnya kita menyusun kewarisanan. Tidak meninggalkan sama sekali warisan kaum imigran  Baba dan Nyonya, juga warisan India. Malang bagi P.Pinang ia memulakan dengan warisan penjajah Inggeris yang pekat di George Town,  diikuti warisan kental dan padu kaum China, diikuti warisan kaum imigran  India, Siam, Burma, Chulia,Indian Muslim, Armenian dll.
Pelik bin ajaib bagaimana warisan penduduk asalnya Melayu P.Pinang tertinggal, ditinggalkan dengan sengaja atau tercicir entah ke mana. Hatta sukar ditukar dari segi nama.Tetap menyebut PENANG  pelat Inggeris bukannya PINANG. Itulah dosa besar UMNO yang memang sejak awal kemerdekaan lagi langsung tidak peka, lupa  sejarah,sesat  budaya dan buta warisan bangsa sendiri.
Apabila Gerakan dan PHT berhempas pulas menyediakan kertas yang bekerja untuk mendapat taraf warisan dunia daripada UNESCO , UMNO tak ambil pot langsung. Apabila P.Pinang dan Melaka mendapat taraf warisan oleh UNESCO pada 2008, maka bezanya antara langit dengan bumi.
Pada mereka warisan bukannya bahagian daripada pembangunan.Tidak seperti yang terlaksana di negara maju seperti Korea, Jepun, Holland, Perancis, Switherland, AS, Britain, India dsbnya. Adakah   pembangunan itu bangunan atau batu bata semata mata. Ia harus ada  masukan pengisian  budaya, sejarah, tokoh, warisan, habitat, dan peradaban yang mengawali tamadun sesuatu bangsa. Dalam melaksanakan pembangunan langsung tidak ada kesepaduan dan kesinambungan tradisi dan moden.
GEORGE TOWN sarat dengan warisan penjajah dan kaum imigran yang Melayunya tak ada.Mengapa ? Mereka ingat dan percaya orang Melayu adalah penumpang juga yang hanya wujud selepas 1786 dengan pembukaannya oleh Kepten Francis Light.Segala yang wujud sebelumnya terpangkas begitu sahaja tidak bernilai sejarah lagi. Justeru nama Datuk Jenaton, Nakhoda Intan, Nakhoda Kecil,Datuk Keramat, Nakhoda Ragam,Nakhoda Qudus, Nakhoda Bayan terpadam begitu sahaja.
Meski pun para nakhoda itu membuka P.Pinang lebih daripada nakhoda Inggeris yang disanjung itu. Peta Kepten Walter Alvis tahun 1763 mencatatkan A TOWN WAS HERE dan MONKEY RIVER.A TOWN WAS HERE dikenal pasti Prof Ahmad Murad Merican sebagai BATU UBAN yang telah dibuka oleh DATUK NAKHODA NAN INTAN. Di situlah wujud bandar pelabuhan yang pertama.
Namun ketidakpedulian UMNO terhadap warisan  disambung  oleh PKR, parti reformasi. Tidak jelas dan ketara apa yang mereka reformkan bila berkuasa. Sepatutnya yang tidak ada diadakan semula. Sebaliknya  tidak ada tindak balas langsung  daripada pimpinan PKR negeri secara minimal untuk menempatkan warisan Melayu di P.Pinang sejak 2008 hingga kini.Tidak ada satu jawatankuasa  pun ditubuhkan untuk mendengar pandangan sarjana, aktivis warisan atau mengadakan wacana cara mana warisan Melayu mendapat tempat di George Town.
Nihil respons sama sekali  apabila ada saranan supaya nama George Town ditukar kepada Tanjong,Butterworth kepada Bagan, Gurney Drive kepada Bagan Jermal, Leboh Downing kepada Leboh Datuk Nakhoda Ismail dan Minden kepada Bukit  Datuk Jenaton.Bagaimana pun pemaju  boleh pula mengubah secara simbolik  nama Gertak Sanggol menjadi South Bay. Boleh pula dengan mudah   LGE mengumumkan Leboh Jelutong menjadi  Leboh Lim Chong Eu sebagai penghargaan membalas jasa beliau bangunkan P.Pinang moden sehari selepas kematiannya.
Kita akur sahaja kerana kebijaksanaan beliau menggunakan kuasa politik apabila timbul kesempatan untuk melaksanakannya.Kini beliau secara berani menerusi projek Avatar mengiktiraf warisan kaum imigran China dihujung kampung Tanjong Tokong yang kononnya dibuka oleh mereka pada tahun 1791.Tokoh tokoh yang membukanya dipermuliakan dengan megah dengan pembinaan tugu tugu agam  yang tersergam sebagai tarikan pelancongan berbentuk sejarah dan warisan hidup. Kita masih terkial kiai, terkapai kapai dan meraba raba kebutaan dalam mengenal warisan.
Baru baru ini masjid Karwa di Tanjong Tokong yang berusia lebih daripada 100 tahun dimusnahkan 100 peratus.Kita anggap ia bangunan buruk yang tak ada nilai sejarah dan warisan walau pun di dalamnya ada batu peringatan yang mencatatkan tahun terdirinya masjid itu dengan jelas.Mengapa kita menjadi satu bangsa yang sangat  kejam dan jahil terhadap warisan ketamadunan bangsa sendiri. Termasuk menghapuskan tulisan jawi/ tulisan Melayu yang memakai aksara Arab/ Islam itu.Inilah kita Melayu yang sedang hilang jati diri dengan kerelaan sendiri.
Tidak seperti Yahudi yang kita benci tetapi ada aspek positifnya iaitu sayang dan kasih kepada warisannya yang menjadi ciri khas bangsa tersebut.Kita adalah kita yang hilang jatidiri dan hanyut dalam arus modernisasi dan bangga PERASAN yang hilang arah. Sesat dalam rimba pembangunan yang tak pun berpihak kepada kita namun tetap timpa perasan, bangga dengan apa yang bukan milik kita. Termasuk menyambut Hari Warisan walau pun warisan Melayu tak diiktiraf di dalamnya.
Mengenai perkembangan ini PKR mengambil sikap dono, sepi  sahaja.Apakah mereka ini pekak,tidak peka langsung tentang keterpinggiran dan kepengemisan   warisan Melayu di P.Pinang. Justeru mereka ini adakah sebagaimana bidasan Prof Muhammad Hj Salleh  terhadap para politikus bisu dalam Simposium Pemikiran Anwar Ibrahim. Ada orang politik seolahnya tak ada jantung hati, tak ada telinga atau mata yang  nampak pada perkara perkara besar yang tertinggal dan sengaja diabaikan dalam pembangunan jati diri bangsa kita di P.Pinang.
Seolahnya menjadi dominasi mutlak kaum China yang mendapat satu bandar warisan yang diktiraf dunia di George Town  dan penjajah  semata mata. Tidak salah mengutamakan budaya dan warisan mereka. Bagaimana dengan warisan penduduk asal yang dikesamping secara sedar.Inilah barometer  menguji kepekaan para politikus kita supaya tidak menikus dalam perkara yang menyentuh keperibadian dan jatidiri bangsa   yang dengan  sengaja kita diabaikan secara sedar. Adakah ini kerana kepekaan kita langsung tidak lagi ada terhadapnya ? Adakah kita ini hanya fizikalnya saja Melayu tetapi rohnya tidak ada.
Jelas terlihat para politikus yang hilang arah sedang tenggelam dalam keghairahan politik memburu kuasa. Justeru adakah mereka ini pemimpin sebenar atau “pemimpin upacara” sahaja yang sebok membuka dan menutup puluhan majlis sehingga terlupa pada paksi perjuangan yang sebenar. Ini sama sekali tidak wujud kepada para pemimpin China. Mereka tidak lupa menempatkan warisannya secara nyata di Malaysia walau pun di pusat kubu kuat kebudayaan Melayu, Kelantan dan Terengganu tetap ada warisan China yang terserlah di sana.
Mereka sangat berjaya dalam perniagaan. Namun tidak lupa  juga menonjolkan jati diri bangsanya dengan megah iaitu menempatkan warisan mereka secara jelas nyata di bumi kita.Begitu dengan  warisan kaum India di Brickfield.PM Najib memberi pengiktirafan dan penghargaan bertarap dunia  dengan merasmikannya di hadapan PM India Mahmohan Singh sebagai saksi mata.
Setiap tahun PM Najib tidak lupa mengunjungi Batu Cave , tempat bertakhtanya warisan kaum India beragama Hindu di Malaysia.Itulah penghargaan berlebihan yang para pemimpin kita beri kepada warisan kaum lain demi menunjukkan sikap keterbukaan yang berlebihan dalam menangani politik kepelbagaian. Bagaimana pun bila tiba kepada warisan Melayu liat untuk melaksanakannya.Seolahnya tidak ada kaitan dengan mereka dan bahagian dalam pembangunan negara.
Realitinya kaum China dan India merayakannya warisan mereka dengan megah dihadapan kita. Kita pun meraikannya bersama sebagai warisan rakyat berbilang kaum dan agama terutama semasa sambutan Hari Warisan selama seminggu di P.Pinang setiap awal bulan Julai saban tahun.Bagaimana dengan warisan Melayu penduduk terbesar negara ini ? Di manakah kedudukannya di hati para pemimpin kita. Sebagaimana kata kata keramat Datuk Onn Jaafar, pemimpin agong bangsa Melayu:
Ada orang yang rupanya Melayu, kulitnya Melayu dan segala galanya Melayu. Namun sayang hatinya bukan  berhati Melayu !
Kita kini  seperti ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan, musafir lalu rumah ditinggalkan.Jadilah kita Lebai Malang, Pak Kadok dan Pak Pandir yang sering ditertawakan oleh politik bikinan para pemimpin   kita yang mudah lupa daratan bila berada di kerusi empuk di pentas kuasa. Hubaya hubaya teruskanlah lakonan  dalam  menipu kaum bangsa sendiri yang kian tenggelam di bumi ini.  Saat jatuhnya sesuatu bangsa bermula apabila para pemimpin utama bangsa itu menghina dan menginjak nginjak warisan bangsanya sendiri. Wassalam   MSY
Abdur-Razzaq Lubis

KUALA LUMPUR: The Penang Malay Heritage and Historical Society (Pewarisan) has expressed its disappointment with the organisers of the George Town Festival, saying the Malay community was not appropriately represented at the event.

Its president Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican said since its inception in 2010, the event had failed to recognise the Malays as the founding community of Penang and Tanjong, among others.

“George Town has a history of the Malays, not only in the ‘Malay town’ of Lebuh Acheh/Armenian and in the surrounding areas where the Malays once plied their trade,” he said in a statement today.

He said the absence of the Malay community in the festival was a false portrayal of multiculturalism.

“We agree that Penang and George Town are cosmopolitan. But the history and heritage of the Malay community have not been portrayed as such.”

He said in previous years, the event’s organisers had included stories by various ethnic groups like the Chinese Peranakan, Hokkien, Indian Muslims and Eurasians.

“But the festival seems to have forgotten the Malay community. Other ethnic groups have claimed that they are the founding community, but the Malays building a community decades earlier was silenced.”

Ahmad said instead, the festival glorified the genealogy of Francis Light, the founder of the British colony of Penang.

“The organisers continue to marginalise the cosmopolitanism in Penang before the arrival of the British — the cosmopolitanism that lends various names of places on the island, and the earlier layer of the history of George Town. This has to be narrated.”

Ahmad said the organisers should refer to various oral and written sources on the history of the Malays in Penang.

“There is no reason to claim ignorance. Or perhaps it (the festival) has been plain selective.

“More recent history of Penang Malay letters, printing, publishing and journalism centred around George Town’s core heritage area are censured.

“The organiser must create the aesthetics for the memory of how Penang began. There will be no meaning to the festival if the founding Malay community is not represented,” he said.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *