ADUN PENANTI TERMANGSA AKIBAT MEMBONGKAR OPERASI KILANG HARAM MENCEMAR ALAM SEKITAR !

PKR Pulau Pinang menjauhkan diri daripada ADUN Penanti, Dr Norlela Ariffin yang mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mengambil tindakan terhadap isu kilang haram di Seberang Perai.

Ucapan penghargaan itu disiarkan di Facebook selepas Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Alam Sekitar dan Masyarakat Penyayang, Phee Bon Poh ditahan SPRM Jumaat lalu kerana disyaki melakukan salah guna kuasa.

Beberapa pemimpin PKR memberitahu Malaysiakini bahawa mereka memahami tindakannya mengadu mengenai kilang haram itu kepada SPRM bagi pihak penduduk.

“Tetapi dia keterlaluan apabila mengucapkan terima kasih kepada SPRM yang hanya mensasarkan pembangkang dan ikan bilis, bukan jerung besar seperti yang terlibat dalam skandal 1MDB,” kata salah seorang pemimpin PKR.

Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Othman pada awalnya enggan mengulas mengenai perkara itu tetapi akhirnya berkata parti itu berdiri di belakang DAP.

Bagaimanapun katanya PKR tidak akan mengambil tindakan terhadap Norlela yang dilihat pengkritik cuba mewujudkan perpecahan antara DAP dan PKR di Pulau Pinang.

“Kami menegaskan bahawa parti ini di Pulau Pinang adalah bersama kerajaan negeri.

“Kami berasa sedih dengan apa yang telah berlaku kepada Phee dan melihat tindakan ini oleh SPRM sebagai penganiayaan terpilih terhadap beliau”

Apa pun yang Dr Norlela lakukan atas kedudukannya sebagai ADUN Penanti kata pengerusi MPN Parti Keadilan Rakyat P.Pinang Datuk Mansor Othman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *