KENALI TOKOH INI : APA KAITANYA DENGAN P.PINANG !!!

 

yusof-bin-ishak-pria-minangkabau-presiden-pertama-singapura-Jx5m3v7qWC

Beliau adalah Yang Dipertua dan Presiden Singapura yang pertama.Namanya Yusuf Ishak. Anak kelahiran Padang Gajah Terong, Perak. Keturunanannya bersambung dengan seorang tokoh besar, pembuka satu bahagian P.Pinang iaitu GELUGOR dan kawasan sekitarnya. Ini termasuk tapak USM kini kawasan perumahan MINDEN HEIGHT, BUKIT GAMBIR dan sekitarannya.Siapakah tokoh pembesar yang bersambung keturunan dengan YUSUF BIN ISHAK  itu ? Beliau adalah DATUK JENATON, seorang pembesar dari Alam Minangkabau.

Kubur Dato Jenaton 2

Salasilah keturunanan seperti berikut :

Yusuf bin Ishak bin Ahmad bin Abdullah bin Datuk Jenaton berasal dari Pagar Ruyung, Alam Minangkabau, Sumatera Barat.

Moyangnya Abdullah bin  Datuk Jenaton telah berpindah dari Gelugor P.Pinang  ke Padang Gajah, Terong Perak dan bermukim di sana.

aziz I

Salah seorang adik Yusuf ialah Abdul Aziz. Beliau adalah Menteri Pertanian Tanah Melayu/ Malaya yang pertama dari tahun 1955 hingga 1962 di bawah kabinet Tunku Abdul Rahman Putera Al Haj  PM Malaya/Malaysia yang pertama. Keturunan Yusuf Ishak dan Abdul Aziz Ishak berasal dari P.Pinang. Piut mereka ialah DATUK JENATON. Beliau adalah antara pembuka P.Pinang yang terawal. 50 tahun lebih dahulu  sebelum kedatangan Francis Light( 1786 – 50 tahun = 1730an . Light  diangkat sebagai THE FOUNDER OF PENANG, mengikut rekayasa penjajah.

Hakikatnya PP telah dibuka dan terbuka sebelum kedatangan Inggeris.PP adalah wilayah kesultanan Kedah yang sah dan berdaulat. Kepten Light memperoleh PP daripada Sultan Kedah secara tipu daya, muslihat dan cara yang tidak sah.Soalnya bilakah P.Pinang akan kembali ke pangkuan Kedah semula. Pulau Pinang adalah  pemiliknya yang sah.

Wajah Yusuf Ishak telah diabadikan pada mata wang Singapura.

singapore-dollar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *