AMANAT DSAI BUAT PAKATAN HARAPAN MENJELANG PRU KE 14


13177246_715153351921277_2174582913735298567_n (1)

Jelas PAKATAN RAKYAT mengalami kepincangan selepas selepas DSAI dipenjara dan TG Nik Aziz meninggal dunia pada awal  tahun 2015. Retak menjadi belah dengan ketiadaan TG Nik Aziz dan DSAI digiring untuk direhatkan  ke Sungai Buluh.

Berikutnya  dalam muktamar PAS  pada pertengahan 2015, seluruh barisan kepimpinan yang menyokong Pakatan Rakyat telah dikalahkan 100 % menerusi undian berpetunjuk cai.  PAS berubah haluan.Timbul kenyataan kenyataan yang pelik yang merosakkan kesepaduan dalam PR sehingga terbubar dan terkubur dengan sendirinya.

Hari blok Pembangkang, PAKATAN HARAPAN menjadi permuafakatan yang pincang. DAP bersaing dan bertembung  dengan PKR dalam PRU Serawak, PAS pula  bertanding  bukan untuk menang  tetapi jadi pengacau undi yang jelas strategi untuk memenangkan UMNO.

Harapan rakyat berkecai untuk melihat perubahan kerajaan daripada KEBOBROKAN menuju KEBAIKAN menerusi urus tadbir kerajaan yang lebih baik, telus, peka  dan responsif terhadap derita rakyat.

Di bawah ini diperturunkan AMANAT DSAI yang molek dijadikan pedoman. Jika PAKATAN HARAPAN  tidak boleh menang dalam PRU ke 14, lupakanlah impian untuk ke Puterajaya. Mereka bakal jadi PAKATAN PORAK PERANDA yang hilang pedoman. Siapa pun tidak akan percaya pada janji janji dan program  mereka. Hanya sekadar di atas kertas dan mimpi di siang hari sahaja.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *