MELAYU PENDUDUK ASAL & BUMIPUTRA P.PINANG : MENGAPAKAH WARISANNYA DINYAHKAN BEGITU SAHAJA !

 

MADAH PENCINTA WARISAN MELAYU P.PINANG

Ini kampung saya !  …. Kampung saya Tanjong Tokong salah sebuah kampung nelayan  tertua  di P.Pinang dan Malaysia TELAH DI musnahkan oleh malaun yang diberi nama PEMBANGUNAN !                          Gara gara buat sengketa antara UDA dengan  UMNO, Penduduk di penjara dalam hutan batu bata           Nihil  budaya, kosong  warisan,                                 Tanpa peka pada sejarah hingga semuanya dijarah
KINI DAP BERMAIN SANDIWARA PRO RAKYAT       Saat pemimpin utamanya didakwa di mahkamah,
JUGA UMNO DI KOTARAYA                                         PARA ELIT – KRONINYA MAHA KAYA KERANA KONONYA BERKAT KEDUDUKAN ISTIMEWA.

APALAH NASIB BANGSAKU HARAPKAN PARTI, PARTI MEMANGSAKAN RAKYAT TERBANYAK

NAK HARAP PKR ……DOK PIKIR PIKIR APA PERANCANGAN NAK MEMBELA UMAT,
Harapkan PAS, PAS MASUK UMNO DAN BUAT DONO
UMNO TENTU TAK BOLEH HARAP ………BUATKANK MASA KINI, APA LAGI MASA DEPAN TERTERAP
Pincang bangsa ku, kerana masing mencari peluang Masing maxing ambil kesempatan atas kesempitan, Golongan terbanyak mikin terhenyak !                 Akibat para pemimpin tamak,                                       Tak pernah pernah syukur meski dapat banyak !

Inilah jawapannya:

Tak payah ratapi nasib. Rancang masa depan. Kita mesti secara sistematik counter segala perancangan yang tak memihak kepada warisan dan tradisi Melayu.

Maaf cakap. Kita mesti aktif macam masyarakat sivil bukan Melayu yang memberi maklumbalas kepada pihak berkuasa. Selama ini kita banyak meratap dan tidak memberi reaksi dan cadangan kepada pihak berkuasa bagaimana untuk bangunkan Pulau Pinang.
Wakil rakyat Melayu/ ADUN dan politikus juga tidak menyahut dengan konstruktif rancangan pembangunan Pulau Pinang. Tak mengapa. Mereka orang politik kepartian. Di kalangan Melayu perlu pendekatan bukan politik dalam hal ini – bukan pendekatan PAS, UMNO, PKR,  AMANAH , dan lain-lain. Pendekatan yang mempunyai kepentingan politik akan hanya menghancurkan manusia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *