UCAPAN SELAMAT HARI RAYA MENGANDUNG MESEJ BERHARGA 67 TAHUN LAMPAU

DR BURHANUDDIN (1911 – 1969 ) ADALAH SEORANG PEMIMPIN ULUNG, MUJADDID   UNGGUL YANG ALLAH KURNIAKAN KEPADA BANGSA MELAYU. BELIAU TELAH BERJUANG SEJAK SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA LAGI.

BELIAU MENYAKSIKAN MARAKNYA PERJUANGAN RAKYAT INDIA MENUNTUT KEMERDEKAAN SECARA DEKAT DARIPADA PENJAJAH  BRITISH. BELIAU MENYAKSIKAN SENDIRI DENGAN MATA KEPALA KEHEBATAN MAHATMA GHANDI , PANDIT JAWAHRAL NEHRU DAN MUHAMMAD ALI JINNAH SEMASA MENUNTUT DI UNIVERSITI ALIGRAH.

BELIAU BERADA DI PALESTIN SAAT PERGOLAKAN MENENTANG PENUBUHAN NEGARA ZIONIST ISRAEL  SEBELUM TAHUN 1948.

DALAM POLITIK BELIAU ADALAH  PEMIMPIN  PENGASAS  PKMM PARTI KEBANGSAAN MELAYU MALAYA , PARTI POLITIK  PERTAMA YANG DITUBUHKAN SELEPAS PERANG DUNIA  PADA BULAI OKTOBER 1945, 6 BULAN SEBELUM PENUBUHAN UMNO. DR BURHANUDDIN TERLIBAT DI ZAMAN AWAL TERBENTUKNYA KEBANGKITAN SEMANGAT KEBANGSAAN MELAYU  SEBELUM PERANG DUNIA 2, ZAMAN BMA( BRITISH MILITARY ARMY),  ZAMAN MALAYAN UNION, FEDERATION, AMBANG KEMERDEKAAN, KEMERDEKAAN, PEMBENTUKAN MALAYSIA DAN KONFRONTASI.

DI BAWAH ADALAH UCAPAN BELIAU SEMPENA MENYAMBUT HARI RAYA PUASA TAHUN 1949 :

PENIMBAL YDP PAS PARTI ISLAM SEMALAYA  SEMASA DR BURHANUDDIN MENJADI YDP PAS  YANG KE 3 1956-1969).

SELAMAT HARI RAYA PUASA   Oleh DR BURHANUDDIN AL HELMI(1911-1969)

Dalam kuasa2 atau kerajaan2 besar diseluroh dunia sekarang memperjuangkan dengan hebatnya ideology masing2 selaku peperangan dingin. Dan disekitar tanah ayer kita dikelubongi dengan mendung dzarurat. Keadaan bangsa dan tanah ayer kita dalam dzarurat dan chemas. Pertarungan faham politik kebangsaan kita diantara kiri dan kanan.

Pertelingkahan dan keributan timbul pula dalam golongan kanan sendiri disebabkan anasir2 mempertopengkan kebangsaan untuk merebut kepentingan diri dan keroni, orang2 yang ta’mempunyai principle atau pendirian ta’kurang terkeliru dan dikelirukan…..

Dalam keadaan yang demikianlah kita menyambut Hari Raya. Sesudah kita berpuasa, melateh diri dan  mempertahankan jiwa sukma kita untok menchapai rasa dan ni’mat “Takwa”, satu bekal yang tulen suchi memberseh menyiram dan memandikan jiwa raga dan memasangkan perhiasan sabar, insaf dan tahan penderitaan, mengalahkan kepahitan angkara durjana nafsu dan shahwat.

Kejayaan  batin yang kita chapai dengan Taqwa itulah sumbar yang menimbulkan dan menjamin chiptaan kejayaan dzahir yang gemilang.

Kita membesarkan Allah dengan ingatan (zikir) takbir dan tahmid gemuroh memenohi suasana mesjid dan menara begitulah jua mestinya memenohi budi dan hati.

Oh! Di sekitar memperbaharui silatulrahim dan lawatan, di sana perajuri dan pemimpin2 bangsa dan agama kita yang telah terkorban, terasing, terusir dan ditahan, anak isteri mereka yang sedeh, pilu, dan rawan…. Mereka jadi begitu untuk menunaikan seruan ibu pertiwi “Hubbul watan minal iman.” Percayalah, iman yang teguh dan chita2 yang suchi saja yang kekal abadi yang dapat diperjuangkan terus menerus. Sabagaimana orang yang beriman itu sanggop menanggong sengit, pahit lapar, dahaga dan deritaan puasa. Kesengitan dan deritaan itu terus ditanggong hingga siap semporna menyambut Hari Raya ini dengan rasa renah hati yang taqwa dan jiwa yang berbahagia.

Tanggongan bangsa, nusa dan agama sedang ada di bahu kita dan  yang maseh menunggu di hadapan untok diselenggarakan, jaya dan selamat diselenggarakan tanggongan itu hanya oleh orang yang berhati suchi dan di atas chita2 suchi. Dengan semangat Hari Raya marilah dengan hati yang ria gembira kita sambut Hari Raya Puasa kita dan dengan sempananya kita  membaharui ‘azam, ketika disuatu pehak rebut perobahan sedang bertiup dan anak bulan di suatu pehak lagi bulan sabit (hilal) sedang berarak terbit, memperingatkan kita supaya bersiap sedia dan bergerak di atas dasar taqwa dan pimpinan dari Ilahi Rabbi menuju chita2 suchi bangsa, nusa dan agama.

Sumber: Majalah Kenchana, August 1949

dipetik dari :Pusat Sejarah Rakyat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *