RAUNGAN SUNGAI PINANG SUNGAI BERSEJARAH KEBANGGAAN KITA : BILAKAH AKAN TERBELA ?

Peka-Poster2-211x300

Sebuah NGO “PEKA”  Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia sedang pusatkan perhatian kepada pemuliharaan laut, pantai, sungai dan bukau bukau terutama di P.Pinang.Ini apabila cawangan PEKA ditubuhkan di Pulau Mutiara ini. Mengapa ? Bila memandang dari laut jelas bukit bukau yang menghijau mulai compang camping dibotakkan. Bila pergi ke Sungai Pinang terlihat pemandangan yang jijik. Apabila ke kawasan kawasan lereng bukit, ia mula dijarah dengan kondo kondo mewah. Bukan untuk rakyat sendiri tetapi dengan harga tinggi untuk pasaran luar negeri.

Suatu ketika dulu  air terjun di TITI KERAWANG sangat popular sebagai satu tarikan pelancongan. Kini aliran airnnya telah dialih menyebabkan kering tanpa titisan lagi. PEKA sedang menghangatkan isu isu yang jelas menjarah alam dan mendatangkan bencana kepada kemusnahan alam sekitar. Baru baru satu pendedahan telah dibuat tentang proses pembotakan bukit bukau di Teluk Bahang.Nampaknya seperti didiamkan.Tiada sebarang tindakan lanjut.Justeru PEKA akan membangkitkan semula  isu ini supaya dipandang serius  dan diambil tindakan yang sepatutnya.

Malaya_Pahang_River_postcard_British_Empire_Exhibition_1924-L

PEKA berharap rakyat PP akan peka terhadap isu isu yang kritikal ini. Ia telah menggersangkan kehidupan kita dalam masa terdekat ini. Jika kita ingin memandang laut yang biru bukannya hitam legam dek selut seperti di Bagan Jermal/ Gurney Drive, menyaksikan  sungai yang semakin jernih seperti Sungai Melaka, merasai suasana yang lebih sejuk dan kembalinya air terjun TITI KERAWANG seperti asalnya berilah perhatian kepada pemuliharaan alam sekitar.

Kini pembangunan yang rakus sedang menghantui dan menjejaskan masa kini apa lagi masa depan kita. Bukit bukau sedang ditarah dengan sesuka hati terutama di Teluk Kumbar. laut akan dikambus seperti rencana yang  sedang diatur di Teluk Kumbar. Pasti habitat udang dan ikan punca rezeki nelayan tradisi Teluk Kumbar akan dimusnahkan. Habitat laut yang bertahan ribuan tahun musnah dek tangan tangan jahat. Mereka yang jaci  pemusnah alam sekitar dalam sekelip mata. Musnah di sebalik program indah. Kononnya “PEMBANGUNAN” tetapi memusnahkan alam semula jadi.

Publik/Orang awam dan penduduk asal P.Pinang ingin bertanya, seluruh perancangan dan pelaksanaan pembangunan yang sangat rancak dan rakus ini dilakukan  untuk apa dan untuk siapa ?

Tidakkah semuanya dilakukan untuk tujuan keuntungan dan kemersial semata mata. Impak dan implikasinya yang disasar  terhadap rakyat dan alam sekitar tersangatlah besar dan parah. Rakyat Pulau Pinang harus peka terhadap kemusnahan ketara yang berlaku. Kemusnahan yang abadi. Kerosakan yang  menggugat kelestarian dan hak kita. Hak kita untuk terlibat mendapat  pembahagian  dan tempat yang lebih adil dalam pembangunan di negeri sendiri. Berlaku kerana pembangunan yang pincang dan sangat tidak seimbang kerana bersifat fizikal dan keuntungan semata mata.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *