PENGALAMAN BERKUNJUNG KE NEGERI 9 : APA YANG CM GUAN ENG PATUT PELAJARI DARI MB DATO’ MAT HASSAN

DARI MB NS KEPADA CM P.PINANG – APA GUAN ENG BOLEH BELAJAR DARI DATO’ MAT HASAN ?

mohamad hassan mb ns

Ketika ini heboh diperkatakan  tentang  penangkapan oleh SPRM ke atas CM  Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng.Beliau dituduh atas tuduhan rasuah melibatkan pembelian rumah beliau di Jalan Pinhorn di bawah harga pasaran.Beliau telah pun diikat jamin sebanyak RM  1 juta dan dibebaskan dari tahanan SPRM.

Namun demikian saya ingin menarik perhatian pembaca terhadap apa yang menimpa peniaga dan penjaja di Pulau Pinang.Khususnya bumiputra Melayu yang kerap mengalami penganiayaan, perobohan ke atas gerai-gerai perniagaan mereka.

Baru-baru ini saya berpeluang berkunjung ke Seremban selama beberapa hari.Sepanjang berada di sana saya berpeluang melihat pernigaan bercambah.Tumbuh merata-rata di sana.Terdapat kedai yang menjual kopi di tepi jalan,penjaja yang menjual kuih-muih,nasi lemak dan bermacam-macam perniagaan lagi. Menurut perbualan saya dengan penduduk setempat, mereka diberi kebenaran untuk membuka gerai dan dibenarkan berniaga walau tanpa permit selama kurang lebih 3 tahun.

Lebih menariknya, MB Negeri Sembilan sendiri Dato Mat Hassan memberi arahan kepada MPN dan MPS agar tidak mengganggu peniaga dan penjaja kecil ini.

“Biarlah mereka mencari rezeki lebih dengan skill yang mereka ada. Apa salahnya kalau mereka hendak menambah pendapan?”

Begitulah ungkapan MB Negeri Sembilan.Tugas agensi-agensi kerajaan negeri sepatutnya memudahkan bukan menyusahkan.Barulah perniagaan di kalangan anak tempatan akan berkembang maju. Inilah yang berlaku di Seremban.

Malangnya apa yang berlaku di Pulau Pinang adalah sebaliknya.Saya merasa sedih melihat nasib yang menimpa peniaga-peniaga Melayu di sepanjang jajaran dari Batu Ferringgi sehingga Teluk Bahang.Challet dan rumah tumpangan yang mereka bina bertahun-tahun lamanya di roboh oleh MBPP begitu saja. Portfolio MBPP ini di pegang oleh Ketua Menteri sendiri iaitu Tuan Lim Guan Eng.Arahan tentulah datang daripadanya dalam melakukan kerja-kerja perobohan ini.

Lebih malang lagi,tindakan perobohan dibuat tanpa notis terlebih dahulu.Datang dan terus roboh !Saya bukanlah seorang yang rasis. Amat menyakitkan hati apabila gerai-gerai lain yang dimiliki oleh bangsa asing dibiarkan begitu saja, seolah-olah MBPP buta. Walhal premis yang turut tidak mempunyai lesen dan berniaga di tepi jalan tidak diganggu oleh MBPP.Apa sebabnya?Tidakkah tindakan ini rasis?.Kalau hendak berlaku adil, tindakan harus di lakukan ke atas semua pihak yang tidak mempunyai lesen !

Malahan ada juga gerai perniagaan makanan yang maju di Batu Feringgi diganggu oleh MBPP berkali-kali. Meja dirampas,barang modal diambil sehingga peniaga hilang mata pencarian.Inikah sikap kerjaan negeri terhadap rakyatnya?Lebih menyakitkan hati apabila kerajaan negeri mewarwarkan bahawa mereka adalah pro rakyat.

Hakikatnya cakap tak serupa bikin.Tindakan perobohan secara bersiri ini menyebabkan mereka terpaksa bergabung dalam menubuhkan koperasi dalam membela nasib mereka yang diancam oleh kerajaan negeri yang kononnya pro rakyat.

Sikap yang ditunjukkan oleh MBPP yang porfolionya dipegang oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng sungguh berbeza seperti apa yang ditunjukkan oleh MB NS Dato’ Mat Hassan.

Oleh itu melalui luahan ini ,saya berharap kerajaan negeri  PP dapat mempelajari sesuatu dari negeri lain.  Bagaimana seharusnya kerajaan melayani rakyatnya. Tugas kerajaan ialah membuka ruang,peluang dan memudahkan bukan menyusahkan dan merobohkan tanpa perundingan !

IKUTI KENYATAAN MB NEGERI 9 TENTANG PENJAJA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *