BETULKAN SEBUTAN: BUKAN PENANG TETAPI PINANG

DI BAWAH INI SEBUAH LAGU YANG BERJUDUL PINANG SAMBA JELAS DISEBUT PINANG BUKAN SLANG PENANG SEBAGAIMANA KELAZIMAN KITA

PENANG adalah sebutan mengikut pelat Inggeris. Sebutan orang Inggeris itu menjadi ikutan kita. Itulah kesan penjajahan.Ia lekat sampai ke hari ini. MENGAPA ? SEJARAH SELALU BERPIHAK KEPADA YANG MENANG .Sebutan Pinang merujuk kepada nama asalnnya PULAU PINANG.

Begitu juga dengan George town. Orang tak akan kata nak pergi George Town.Mereka akan kata nak pi TANJONG.Sebutan itu merujuk kepada TANJONG PENAGA . Itulah nama asal sebelum timbul George Town. Nama TANJONG tak dapat pengiktirafan selepas merdeka.

Image result for Warisan Melayu pulau pinang

TANJONG PENAGA atau singkatannya TANJONG adalah sebuah petempatan yang dibuka oleh Datuk Nakhoda Kecil dari Pagar Ruyung dengan keizinan Sultan Kedah 50 tahun sebelum tibanya Francis Light (1786 M) di P.Pinang. Sekali lagi timbul nama GEORGE TOWN yang diberi penjajah. Mengapakah terjadinya realiti  sebegini meski pun kita telah merdeka lebih daripada  50 tahun.

KETERANGAN LAKARAN  PETA AWAL GEORGE TOWN TM  1800

Lihat ada SAWAH PADI SEKITAR PINANG ROAD           ( tertera dalam peta ), tanah perkuburan, Malay Town,  masjid, makam dsbnya. Sebelum George Town tapak asalnya memang  kampung kampung Melayu.Jelas telah ada petempatan penduduk asalnya. Sama seperti proses perbandaran dan pembangunan sebelumnya apa yang berlaku kini menghapuskan kampung kampung asal satu demi satu di depan mata kita tanpa meninggalkan bekas.

Pembangunan yang dibuat langsung tidak ada kaitan dengan sebelumnya. Pembangunan yang digarap tanpa meninggalkan jejak sedikit pun. Lebih hebat daripada negara negara maju seperti di Eropa dan Jepun. Mereka tidak sahaja membangun bangunan semata mata tetapi membangun budaya dan mengekalkan warisannya.Kita mengekalkan warisan penjajah tetapi memusnahkan warisan penduduk asalnya. Itulah wajah yang terpapar dalam pembangunan moden di P.Pinang kini.

Kita lebih kejam daripada penjajah. Sekurang kurang masih ada kampung kampung di luar George Town semasa penjajah meninggalkan kita. Kita ini sedang giat menghapuskan segalanya. Termasuk menghalau dan menghapuskan perkampungan penduduk asalnya daripada tapak warisan mereka zaman berzaman. Semata mata kerana tanah itu tidak lagi dimiliki oleh mereka.  Disebabkan proses perbandaran dan harga tanah yang melambong tanah tersebut  telah terlepas ke tangan pemilikan asing.

Maka kita pun bersetuju bhawa penduduk asal tidak mempunyai sebarang hak lagi. Mahkamah yang arif sering menjatuhkan hukuman kepada pihak pemaju tanpa keperihatinan tentang warisan dan hak penduduk asalnya. Proses itu sedang berlangsung dan bakal menghapuskan seluruh petempatan penduduk asal di Pulau Pinang.

Apakah rakyat tidak ada sebarang hak dalam PEMBANGUNAN ? Model pembangunan apa yang diterima pakai sehingga rakyat tidak mempunyai sebarang tempat dalam negara yang mereka menjadi rakyat dan warga negaranya.

Inilah yang berlaku di zaman pemerintahan bangsa sendiri yang dikatakan berdaulat dan merdeka. Kita semua mengundi dan memilih kerajaan untuk apa ? Kalau bukan untuk mepertahankan hak hak rakyat di dalamnnya ! Sesuatu yang pincang terus berlaku dalam pola pembangunan kita dan ianya sangat ketara.Memilih kerajaan seperti tidak ada beza sama ada yang sebelum dan selepasnya.

Fungsi kerajaan tetap menyokong pembangunan tanpa melihat ada golongan yang terabai. Pembangunan lebih menyebelahi golongan korporat seantero dunia. Jika satu masa kelak  tanah-tanah di sebahagian besar bumi Malaysia dibeli oleh orang asing , maka rakyat hendak berpindah ke mana lagi ? Ke mana pun rakyat pergi tanah sudah dimiliki oleh orang asing.

Fikir fikirkan nasib malang rakyat di negara yang rakyat menghilangkan tanggung jawab sosialnya kepada golongan yang yang kurang bernasib baik. Pembangunan kini sedang menghalau rakyat terutama penduduk asal bukannya melibatkan mereka dalam pembangunan yang berlaku. Mereka seperti tidak hak dan bahagian dalam pembangunan itu. 

Sila hayati lagu di bawah ini.Yang disebut bukan PENANG tetapi PINANG !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *