ADUN PULAU BETONG PEKA-PERIHATIN TERHADAP NASIB NELAYAN : PKR BAGAIMANA ?

20160509_120858

ADUN UMNO BN DI DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU BETONG SR MUHAMMAD FARID SAAD telah turun ke laut sekitar Balik Pulau. Ia dalam operasi khas untuk melihat kesan pencemaran alam akibat tambakan laut dan pembuangan sisa daripada kolam kolam udang.

Muhammad-Farid-SaadReclamation-Penang-Permatang-Damar-Laut

Berbagai aduan dan kesan pencemaran  telah didedahkan oleh SAHABAT ALAM dan CAP tentang ancaman itu. Beliau turun sendiri ke laut untuk melihat sejauh manakah benarnya dakwaan tersebut setelah menerima rungutan daripada para nelayan. Kini hasil tangkapan udang dan ikan semakin berkurang.

abdul-halim

Semoga politik taawun, kerjasama dan  tolong menolong dalam mengerjakan kebajikan akan bersemarak. Politik membela kehidupa  rakyat yang terjepit. Langkah untuk menangani survival nelayan yang teraniaya dan terperangkap  akibat kerakusan dalam pembangunan.

PERINGATAN TELAH DIBERI SEJAK 2012- SAYANG ! TIDAK DIPEDULI PARA PEMIMPIN MELAYU DALAM KERAJAAN NEGERI P.PINANG

Batu Uban bakal lenyap ditelan pembangunan komersial

SATU lagi tapak perkampungan Melayu, Batu Uban yang terunggul di Pulau Pinang bakal ranap dan hilang pupus daripada pemandangan apabila pembangunan pesat dan arus deras komersialisme mengambil tempat.

Sebelumnya perkampungan Melayu Bukit Kecil dan beberapa tempat hilang lenyap di depan mata tanpa usaha mengatasinya. Kita pun seperti merelakan. Apa boleh buat sudah suratan. Terima sajalah takdir yang berlaku. Mungkin ada hikmah di sebalik pembangunan.

Terletak di halaman hadapan Universiti Sains Malaysia (USM), universiti penyelidikan tersohor yang berdiri megah sejak tahun 1969. Dalam kerangka pembangunannya selama 40 tahun lebih bagaimana institusi tersebut boleh terlepas pandang tentang nilai sejarah dan peradaban yang begitu tinggi di persekitarannya. Dalam lengkongan dan spektrumnya pula, daya pengesanannya mesti tajam.

Para peneroka dan tokoh-tokoh kita telah memulakan proses perbandaran dan asas ketamadunan. Lama sebelum datangnya pemodenan. Mereka telah memulakan tamadun bangsa.

Pelabuhan, pusat pentadbiran, institusi pendidikan dan kawasan strategik. Ternyata tempat yang mereka buka telah menjadi pusat pertumbuhan termaju termasuk USM sendiri.

Tidak jauh daripada USM terdapat rumah warisan Syed Sheikh Al Hadi dan pusara Allahyarham, Masjid Jamik Jelutong yang didirikan oleh Datuk Nakhoda Kecil pembuka Tanjong Penaga yang kini bernama George Town, perkuburan Datuk Keramat seorang peneroka dan ulama dari Aceh, rumah penulis novel Melayu yang pertama Ahmad Rashid Talu, Bukit Tok Setia dan Datuk Janaton di mana bertempatnya USM Minden Pulau Pinang kini.

Umum mengetahui rumah bersejarah Syed Sheikh Al Hadi sudah jadi apa? Kita sekadar boleh menyebut rentetan keunggulannya. Tokoh yang memulakan gerakan Islah di Malaya dengan penerbitan Majalah Al Imam. Tokoh pendidikan Islam moden dengan terasasnya Madrash Al Masyhur, tokoh persuratan dan pesuratkhabaran dengan terasasnya akhbarSaudara dan The Jelutong Press dan Pengarang emansipasi wanita Hikayat Faridah Hanum.

Malangnya rumah bersejarah tersebut kini terlepas daripada jangkauan kita dan lebih memilukan sekali apabila ditukar menjadi rumah peribadatan. Mungkin kita boleh menyebut retorika “Hanya bangsa yang besar mengenang jasa para tokoh dan pahlawannya”. Kita telah gagal untuk menghargainya.

Harta intelek yang tidak ternilai ini telah terbazir dan disia-siakan begitu saja. Bagaimana kita hendak setanding dengan bangsa-bangsa yang besar. Mereka menghargai jasa para tokoh dan leluhurnya. Sedangkan kita tidak. Kita sekadar menyebut dalam sejarah tetapi kenyataannya warisan yang ada lenyap dan pupus di depan mata secara sedar.

Kini sebuah lagi perkampungan Melayu yang bersejarah Batu Uban bakal menjadi mangsa pembangunan. Juga sedang berlaku di depan lensa kita. Kajian demi kajian telah didedahkan tentang nilai sejarah dan peradaban yang tercetus di kampung ini.

Adakah sekali lagi kita akan terlelap, tidur berdengkur dan terus melupakan implikasi pahit yang memilukan ini.

Profesor Dr. Ahmad Murad Merican daripada Universiti Petronas, Perak menyatakan bahawa Batu Uban adalah pelabuhan yang pertama sebelum George Town. Dibuka oleh Datuk Nakhoda Nan Intan dengan restu baginda Sultan Kedah Tuanku Muhamad Jiwa, 50 tahun sebelum kedatangan Kapten Francis Light pada tahun 1786.

Buktinya terdapat masjid yang didirikan oleh beliau hingga kini. Penemuan demi penemuan telah didedahkan namun gagal menangkap sensitiviti para pemimpin kita. Rasanya bagaimana hendak menyampaikan mesej supaya para pembuat dan pelaksana dasar terjaga dan tersedar?

Ini isu dan krisis penting yang mencabar maruah kita dan mesti diselamatkan. Sebahagian kita kini sedang mamai dan mabuk dengan pembangunan ringgit dan sen yang memukau. Hakikatnya kita telah terpinggir dan mengalami kepupusan daripada segi budaya dan jati diri.

Bahaya telah menimpa ke atas generasi kini apabila melupakan sejarah dan merosakkan asas-asas ketamadunan bangsa. Apa yang hendak kita wariskan kepada mereka bahawa kita punya sejarah dan tamadun yang gemilang. Hanya kenyataan kosong tanpa bukti.

Mahukah kita meninggalkan sejarah kosong yang bakal diisi oleh orang lain yang tidak ada kena mengena dengan kita. Jauh sekali untuk menghargainya.

Mereka punya sejarah dan kepentingan seperti yang ketara bila Pulau Pinang diisytiharkan Bandar Raya Warisan Dunia oleh UNESCO. Bagi mereka sejarah hanya bermula di era penjajahan. Kita pun tidak menafikannya.

Batu Uban adalah sebuah bandar dalam peta lakaran Kapten Walter Avis, peta pertama Inggeris sebelum membuka Pulau Pinang. Ia adalah pusat pengajian dan tumpuan ulama. Ia telah menjadi pelabuhan penghubung di antara Pulau Pinang dengan Alam Melayu.

Ia adalah pusat pentadbiran sebelum era penjajahan. Baginda Sultan Kedah berangkat ke sini dalam lawatannya ke Pulau Pinang. Jika Inggeris melakarnya sebagai bandar. Tentu ia penting dan punya nilai.

Di sini juga tercetusnya masyarakat Jawi Pekan atau Jawi Peranakan hasil perkahwinan Melayu dengan Arab. Di sini banyak bermulanya peradaban terawal, termasuk pusat pentadbiran dan kosmopolitan Alam Melayu, Nusantara dan Lautan Hindi hingga ke Hadramaut mengikut kajian Profesor Dr. Murad yang mendedahkannya sejak lima tahun yang lalu.

Ia adalah Living Heritage yang perlu dipelihara dan dipulihara supaya ia hidup berkembang menjadi kebanggaan warisan kita di Malaysia. Langkah yang strategik amat perlu bagi menyelamatkannya.

Kerjasama semua pihak didambakan untuk melestarikannya. Terutama kepada kementerian yang berhubung dengan warisan dan kerajaan negeri Pulau Pinang sendiri.

(Utusan Malaysia, 17 Januari 2012, ms 9, Rencana)

DSAI PEMIMPIN HEBAT : SEMPAT KEMUKA PENYELESAIAN AKIBAT PERTEMBUNGAN PKR – DAP DI SERAWAK

MASIH BELUM TERLAMBAT ATASI PERTEMBUNGAN  PKR DENGAN DAP DI SERAWAK

a19fdc377db661205e52a152b5438686

Masih ada jalan terbuka mengatasi pertembungan antara PKR – DAP dalam pilihan raya Serawak.

Berlaku pertembungan di 6 kawasan.Hasil kurang persefahaman atau balas dendam antara kedua belah pihak PAKATAN HARAPAN  bagi kemenangan percuma kepada BN di dua DUN .

blogger-image--344687627

ANWAR IBRAHIM TAHANAN POLITIK KERAJAAN MALAYSIA

PENUMPUKAN KUASA DI P.PINANG : DENGAN KUASA MUTLAK CM BOLEH BUAT SEGALANNYA !

lim_guan_eng-peNANG_BUDGET-rashid_hasnon-p_ramasamy-061115-TMI-HASNOOR

BENARKAH CM SENDIRI PEGANG 10 PORTFOLIO PENTING DI PULAU PINANG.

Di P.Pinang CM dan partinya DAP hampir hampir memegang kuasa mutlak. DAP masuk bertanding 19 kerusi dan menang 100 peratus. Justeru kedudukan DAP begitu kukuh. Berdasarkan keadaan masa kini, hampir semua portfolio penting dalam genggaman CM dan DAP . Antaranya ialah  :

  1. CM  YANG AMAT BERHORMAT TUAN LIM GUAN ENG KETUA MENTERI PULAU PINANG
  2. EXCO TANAH
  3. WARISAN
  4. GEORGE TOWN WORLD HERITAGE
  5. PDC PENANG DEVELOPMENT CORPORATION
  6. MBPP MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG
  7. MPSP MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PRAI
  8. PBA PIHAK BERKUASA AIR P.PINANG
  9. PENANG INSTITUTE
  10. PERBADANANAN PERBADANAN YANG DITUBUHKAN OLEH KERAJAAN NEGERI SELEPAS PRU 2008

Nyata DAP diterima oleh orang China dengan penuh. Terbukti pengundi  China menolak MCA dan Gerakan secara padu.Mengapa jadi begitu ? Mereka menerima politik kebersamaan  PAKATAN RAKYAT yang diwar warkan oleh Datuk Sri Anwar Ibrahim.Politik untuk masa depan anak bangsa Malaysia. Politik KEADILAN UNTUK SEMUA. POLITIK REFORMASI BERTERASKAN KEDAULATAN RAKYAT BUKAN MENGUTAMAKAN KRONI DAN KORPORAT SECARA MELULU.

MELAYU TETAP SOKONG UMNO MESKI TERPINGGIR

Trenda politik yang  dijaja dan diwar warkan ialah menolak kerakusan, kebuasan dan kesewenangan UMNO – BN. Parti yang memegang kuasa setengah abad, 5 dekad  atau  50 tahun. Mengapa ? Disebabkan para pengundi begitu jelak dan marah , mereka menghantar mesej menumbangkan BN.

Namun hati orang Melayu masih kuat melekat, menyokong UMNO – BN. Ini walau pun  Melayu tersisih dan terbuang dalam pembangunan pesat di P. Mutiara. Sepanjang 50 tahun memerintah UMNO terlupa terus untuk menggazet  kawasan kawasan tradisi penduduk asalnya menjadi zon warisan Melayu. Kawasan yang mengiktiraf  hak penduduk asal untuk bertahan.Mereka boleh terima hak kaum China dan penjajah mendapat warisan di George Town tetapi menolak warisan bangsa sendiri. Dalam pembangunan Melayu terpinggir dan dari segi warisan Melayu dikesampingkan selepas merdeka.

Meski pun begitu pengundi Melayu masih kuat menyokong UMNO. UMNO menang 10 daripada 15 kerusi yang ditandinginnya. Di Balik Pulau UMNO menang 100 peratus, kerusi parlimen dan DUN. Melayu   tetap bersamanya.Ini berlaku  walau pun parti itu  gagal memenuhi harapan mereka untuk bertahan di PP.  Terbukti Melayu begitu teguh kesetiaaannya walau pun mereka gagal mendapat tempat dalam pembangunan sosio ekonomi yang adil dan seimbang di tanah tumpah darah mereka.

MELAYU DI GEORGE TOWN DAN TIMUR LAUT PP

Realitinya orang Melayu terutama di George Town khasnya dan Daerah Timur Laut umumnya telah terpukul habis . Mereka tidak ada tempat lagi  untuk bertahan. Lebih jelas lagi pembangunan pesat di Jalan Tanjong Tokong dan Kelawai  nampaknya sedang dan telah menghapuskan kehadiran orang Melayu iaitu penduduk asalnya.

Tentang mempertahankan zon warisan Melayu nampaknya UMNO dan agensinya UDA yang dijadikan Holdings yang dimonopoli oleh para korporat langsung tidak ada minat.Mereka tergamak menyerahkan tanah Tanjong Tokong kepada syarikat China iaitu IDEAL GROUP. Sedangkan UDA diberi tanah dalam bandar untuk mempertahankan kehadiran Melayu dalam bandar. Mereka lebih berpihak kepada pembangunan komersial daripada projek untuk rakyat.

HARAPAN KEPADA CM YANG MEMPUNYAI KUASA MUTLAK

Jadi CM yang mempunyai kuasa mutlak tidakkah boleh berbuat sesuatu demi keadilan rakyat. Undi dan kemenangan yang DAP dapat hasil daripada sokongan rakyat yang bencikan sikap BN yang terlalu boros  tersangat  pro korporat dan swasta sehingga mengabaikan hak hak rakyat untuk mendapat agihan dalam pembangunan semula sesebuah kawasan.

Kerajaan yang tegak atas nama PAKATAN RAKYAT dan kemudian PAKATAN HARAPAN mungkinkah ada sedikit keperihatinan dan tanggung jawab sosial untuk membela nasib rakyat yang paling terhimpit.

Ini akan memberi gambaran apakah corak kerajaan yang memerintah kini dan berhasrat menawan Putera Jaya dalam PRU ke 14. Adakah mereka lebih baik daripada BN atau lebih buruk daripadanya ? Kuasa bermata dua. Ia boleh digunakan untuk kebaikan semua dan boleh digunakan untuk segelintir pihak yang berkuasa.

Nyata  CM boleh  menggunakan kuasanya dengan menekan swasta supaya memberi rumah ganti kepada para pemilik rumah di Kampung Buah Pala. Mengapa ini tidak dijadikan dasar yang menyeluruh.

Mana mana pemaju  yang membuat pembangunan dan pemajuan ditapak kediaman yang penduduk asal dan rakyat harus diberi rumah ganti dan  dilibatkan dalam pembangunan. Adalah zalim menghalau mereka keluar daripada tapak kediaman  yang dihuni sebelum merdeka atau sejak  ratusan tahun.

Rakyat tidak kira Melayu, China dan India mendesak tuntutan  memberi rumah ganti kepada penduduk asal yang terlibat  dijadikan dasar oleh kerajaan negeri secara menyeluruh.Dalam hal ini PKR,parti yang  menjadi rakan kongsi dalam pembentukan kerajaan negeri di P.Pinang jangan membungkem diam. Mereka wajib mendesak dn bersuara sehingga ianya menjadi dasar di peringkat kerajaan negeri

TKM 1 DAN EXCO MELAYU DI MANAKAH KEUTAMAAN ? JANGAN KELAM DAN  TENGGELAM

TKM 1 , exco exco seperti YB Abbdul Malik Abol Kassim, YB Afif  tidak lagi bolah membisu dan berlepas tangan.  Suara dan pendirian mereka sedang dinanti oleh rakyat.

Mengapakah terjadi  kawasan kawasan penduduk asal rakyat P.Pinang  hampir tidak dipertahankan langsung untuk membuka peluang kepada rakyat terlibat dalam pembangunan.

Terbukti  P. Ramasamy dan  YB Sri Delima Ryer berjaya melobi di peringkat kerajaan negeri PP. Akhirnya  kaum India berhasil mendapat hak hak mereka untuk mendapat bahagian dalam pembangunan  di Kampung Buah Pala.

YB TKM 1 Rashid Hasnon juga boleh berjuang untuk membuktikannya. Rakyat wajib dibela untuk mendapat hak dan tempat dalam pembangunan.Ini pun  jika PKR hendak maju ke depan dan mendapat tempat di hati pengundi. Jika tidak pi mai pimai dok tang tu jugak ! Buktikan PKR adalah PARTI KEADILAN RAKYAT dalam realiti bukan slogan semata mata.