REALITI MELAYU PP : KATAKANLAH YANG SEBENAR WALAU PUN PAHIT

FB_IMG_1461493404813

BERANI BERKATA BENAR ADALAH JIHAD, MEMBISU ATAS KEBENARAN DAN BERKATA DUSTA ATASNYA ADALAH KHIANAT !

BERANI BERKATA BENAR BERDASARKAN ANALISIS, APA YANG TERJADI ADALAH SATU PERJUANGAN. MENGAPA IA  BERHADAPAN DENGAN RISIKO.

AHMAD-MURAD-2

PROFESOR AHMAD MURAD MERICAN DALAM SATU MAJLIS PERISYTIHARAN  WARISAN MELAYU TANJONG TOKONG.

220px-The_Map_of_Early_Penang_Showing_the_Malay_Town_on_the_South_of_the_Town_Center_by_Popham_1799 (2)

DALAM MAJLIS PADA 16 APRIL 2013, BELIAU TELAH MENYATAKAN KESEDIHAN APA YANG TELAH BERLAKU KEPADA MELAYU P.PINANG  SETELAH 50 TAHUN MERDEKA.KATA BELIAU :

“MAAF CAKAP !  DI BAWAH KEKUASAAN UMNO SELAMA 50 TAHUN, MELAYU P.PINANG TELAH HILANG SEGALA GALANYA.

MEREKA HILANG TANAH, HILANG PETEMPATAN, HILANG KEDIAMAN, HILANG KAMPUNG ASAL, HILANG HABITAT, HILANG SEJARAH, HILANG WARISAN, HILANG NAMA, HILANG IDENTITI, HILANG, HILANG, HILANG SEGALANYA ………………..HILANG MASA DEPAN

Saat jatuhnya sesuatu bangsa berlaku apabila para pemimpinnya menghina warisan tamadunnya sendiri.

PULAU PINANG BANDAR BAHARU

KEPTEN LIGHT MENJADI RAJA

KALAU DIKENANG MASA YANG LALU

RASA MENITIS SI AIR MATA

APAKAH JADAH ? SEMAKIN BANYAK SEMINAR MIKIN BANYAK TANAH MELAYU HILANG !

 

received_10205703034409657

SEMINAR   TANAH DAHULU DAN KINI DIMANAKAH HAK KITA ? SEMINAR ANJURAN NGO TANAH WARISAN DAN PENEROKA BANDAR   AKAN DI ADAKAN DI DEWAN MASYARAKAT PENYAYANG PADA HARI SABTU 21 MEI 2016 JAM 9 .00 pg hingga 5 ptg


FB_IMG_1463707755696

Melayu dah hilang dari GEORGE TOWN. Kehadiran Melayu di pusat bandar tak sampai pun 5 peratus. Tanah Melayu di DTL tak sampai 3 % yang tinggal,Itu pun termasuk tanah wakaf. Melayu dah hilang nama Nama pun George Town bukan TANJONG, hilang kampung, hilang tempat, hilang habitat, hilang sejarah, hilang identiti, hilang institusi, hilang penonjolan, hilang warisan, hilang, hilang hilang masa kini dan masa depan.Apa yang ada lagi . Sesuatu  yang boleh dipertahankan sebagai warisan.

Seminar nak pertahan apa lagi ? Kerajaan negeri ke kerajaan persekutuan ke, RAJA RAJA MELAYU ke, KORPORAT  KORPORAT MELAYU ke, maaf cakap kebanyakannya KEPARAT tak boleh diharap. Tak ada AMANAH. Kebanyakannya mudah gelap dengan godaan dunia dan hak istimewa. Terdedah mengambil kesempatan, kayakan diri sendiri,  rembat hak hak Melayu sampai habis dan ambil lagi.

Tanah tanah rezab Melayu hanya tinggal tak sampai 20 peratus. Penjajah Inggeris lebih amanah. Dia ambil dia ganti balik. Yang Melayu Islam ini pecah amanah, khianat la tu. Tau ambil dan hilangkan saja. Tak pulangkan balik. Lesap sntah ke mana. Macam mana perkara yang dimaktub,dikanunkan dan dijamin dalam perlembagaan boleh hilang. Kalau begitu apa guna ada peruntukan dalam perlembagaan kalau tak boleh dijamin.Bila Hilang amanah, hilang tanah, negara pun boleh dijual.

SELAMAT BERSEMINAR  BENAR BENAR MOGA MOGA KEMBALI KEPADA AMANAH JANGAN KHIANAT, CAKAP BSNAR JANGAN PUTAR BELIT DAN DUSTA, SAMPAI MAKLUMAT YANG TELUS JANGAN SONGLAP DAN BUAT POLISI YANG BIJAKSANA BUKAN BANKRAF, BODOH DAN MAKAN DIRI !

SELAMAT BERSEMINAR UNTUK KALI YANG BERAPA YA ?

MOGA MOGA DENGAN INAYAH ALLAH BERJAYALAH HENDAKNYA !

DARIPADA ALLAH KITA DATANG KEPADANYA  KITA KEMBALI UNTUK DIPERTANGGUNG JAWAPKAN ATAS AMANAH YANG TELAH  DIGALAS !

PROGRAM FREE MARKET DI TELUK BAHANG 28 MEI 2016

 

teluk-bahang-roundabout-02

Julung kali satu program “FREE MARKET” PASAR PERCUMA akan diadakan di Teluk Bahang. Program ini akan diadakan pada hari Sabtu 28 Mei 2016 dari jam 8.00 hingga 12  tgh.

download (13)

Konsep free market bermaksung mengumpulkan barang barang yang tak mahu diguna lagi tetapi masih elok untuk diagihkan kepada publik yang memerlukannya.

Barang barang itu berupa pakaian, perabot, permainan kekanak, mesin, kasut, buku, apa jua alat yang boleh diguna pakai untuk membantu sesama kita. Contoh yang paling baik seperti wheel chair, tempat tidur flexible, mesin dsbnya.

P.PINANG SEMAKIN KEKURANGAN PANTAI MILIK AWAM – HAMPIR HABIS DIBOLOT SWASTA !

DULU !   DULU ! DULU !    DAN  KINI TENTU BERBEZA

DULU BEGITU  TENANG TERBUKA DAN SELESA. TEPIAN PANTAINYA DIHEMBUS ANGIN SEPANJANG MASA. KINI ANGIN PUN MOGOK DAN HAMPIR HAMPIR MATI ,  ENGGAN MENGEMBUS LAGI.

DI PANTAI INILAH YANG  MENJADI TEMPAT CAMPING AWAM YANG SANGAT TERKENAL KETIKANYA PADA TAHUN 1960an, 1970an, 1990an.

Mengimbau sejarah di sini pernah pernah diadakan perhimpunan scout sedunia pada tahun 1966.Di tapak ini para pengunjung dari seluruh Malaysia datang berhimpun. Mereka mendirikan khemah di sepanjang pantai. Kini semuanya tinggal kenangan.Kenangan manis untuk P.Pinang semakin hilang dan lenyap daripada pandangan.

Adakah batas batas antara hak awam dengan hak kerajaan yang melindungi kepentingan rakyatnya ? Jika hak itu dilanggar dan terlepas bolehkah dikembalikan  ? Agak mustahil kerana kerajaan dan pimpinan yang ada kini daripada jenis yang membuat duit. Mereka terlalu kemaruk dengan projek.

Tidak ada beza dengan kerajaan yang terdahulu.Buktinya tanah kerajaan milik PDC dijual, tanah Taman Manggis pun dijual menjadi kerajaan semakin kehilangan tanah. Di manakah kerajaan hendak mengadakan proek perumahan untuk rakyat. Ada ahli politik yang buat kenyataan pelik . Bahawa mengadakan peluang perumahan bukan tanggung jawab sosial kerajaan negeri. Itu tanggung jawab kerajaan pusat. Jadi adakah kerajaan negeri tidak ada tanggung jawab sosial untuk rakyat dan anak nsgerinya. Kerajaan negeri salahkan kerajaan pusat, kerajaan pusat salahkan kerajaan negeri akhirnya yang menjadi mangsa ialah rakyat jelata.Inilah politik yang dimainkan bila berkuasa. Sebelum pilihanraya janji ditabur umpama madu, selepas pilihanraya rakyat terlopong dilanda keliru.

1jamboree09AKAN DATANG IKUT PERANCANGAN.PROJEK ANGSANA SEDANG BERJALAN. MANA LAGI PANTAI UNTUK AWAM. SEMUANYA DIBOLOT OLEH HOTEL, RESORT DAN BERBAGAI PROJEK SWASTA. TIDAKKAH PANTAI, LAUT, BUKIT BUKAU DAN SUNGAI MILIK NEGARA. NAMUN DALAM PEMBANGUNAN YANG DITUNJANGI SWASTA TIDAK MUSTAHIL SEMUANYA BESAR KEMUNGKINAN AKAN DIBAHAM HABIS.MENGAPA SWASTA LEBIH KUAT DARIPADA KERAJAAN DAN TUNDUK KEPADA TEKANAN.ITULAH YANG SEDANG TERJADI DI MALAYSIA TERUTAMA DI BANDAR BANDAR BESAR KHASNYA DI P.PINANG.

masterplansm

HISHAMUDDIN RAIS : MAHKAMAH RAYUAN BEBASKANNYA DARIPADA HUKUMAN PENJARA

HISHAMUDDIN RAIS HARI INI 15 MEI 2016 BEBAS DARIPADA DIPENJARAKAN SELAMA 9 BULAN.NAMUN HUKUMAN DENDA RM 5000 KEKAL. KEPUTUSAN INI DISAMBUT DENGAN GEMBIRA OLEH PARA PENYOKONGNYA.MEREKA MENYANYIKAN LAGU PEMBEBASAN ATAS KEMENANGAN DALAM KES HASUTAN TERSEBUT.

PARA PENYOKONG ISYAM DI LUAR MAHKAMAH “HAPUSKAN AKTA HASUTAN”

PEOPLES DECLARATION – TUN MAHATHIR’S MESSAGE FOR MALAYSIAN

“DEKLARASI RAKYAT” MESEJ PERUTUSAN TUN MAHATHIR KEPADA RAKYAT MALAYSIA

4ed276fd9bd966642acac42b1c0e798b

Tun Dr Mahathir sendiri akan serah borang kepada YDP AGONG dalam masa terdekat .

7a2917243ce9df584875bc7460d86d4f

Kini bilangan yang menanda tangani dan bersetuju dengan DEKLARASI RAKYAT telah mencecah 1.27 juta atau 1, 270,000. Bilangan pengundi Malaysia ialah 14 juta. Jika kempen ini berjaya meraih sokongan melebihi 8 juta ini merupakan satu pernyataan terang berupa referandum bahawa kepimpinana PM telah di tolak.

screenshot_2016-03-23-14-29-16_1

Angka ini memberi petanda apa yang akan berlaku dalam PRU ke 14. Kata bijak dan perangsang Tun Mahathir buat rakyat Malaysia untuk meraih sokongan rakyat ialah :

THE MORE THE NUMBERS THE SAFER YOU ARE

MAKIN BERTAMBAH  RAKYAT MENYOKONG SEMAKIN SELAMAT KITA UNTIK MEMBINA  MASA DEPAN NEGARA.

KAIN  BASAH  USAHLAH  DISARONG                                                  BUANGKAN SAJA TIDAK SELESA                                                                 1 MDB BANYAK  KELENTONG                                                                 MEMALUKAN MALAYSIA  DI MATA DUNIA

PROJEK DAN PROSES MELURUSKAN SEJARAH SEKITAR PEMBUKAAN PULAU PINANG

phistory3[1] (1)

Batu Uban dibuka sekumpulan orang Melayu berasal dari Pagar Ruyong, Sumatera diketuai Mohamad Salleh atau lebih dikenali sebagai Nakhoda Intan.

Manakala di Gelugor pula kawasan seluas kira-kira 40 hektar diterokai oleh Dato’ Jenatun ibni Raja Labu serta para pengikutnya yang juga berasal dari Pagar Ruyong sejak tahun 1749 lagi.

Tanah seluas kira-kira 40 hektar yang diterokai Dato’ Janatun di Gelugor itu adalah hadiah kurniaan  Sultan Kedah ketika itu,. Beliau adalah Baginda Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Shah ll.

Bagi menghargai kurniaan Sultan Kedah itu, Dato’ Janatun menghadiahkan pula kepada baginda 10 buah naskah al-Quran bertulisan tangan yang dibawa dari Pagar Ruyong.