UCAPAN SELAMAT HARI RAYA MENGANDUNG MESEJ BERHARGA 67 TAHUN LAMPAU

DR BURHANUDDIN (1911 – 1969 ) ADALAH SEORANG PEMIMPIN ULUNG, MUJADDID   UNGGUL YANG ALLAH KURNIAKAN KEPADA BANGSA MELAYU. BELIAU TELAH BERJUANG SEJAK SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA LAGI.

BELIAU MENYAKSIKAN MARAKNYA PERJUANGAN RAKYAT INDIA MENUNTUT KEMERDEKAAN SECARA DEKAT DARIPADA PENJAJAH  BRITISH. BELIAU MENYAKSIKAN SENDIRI DENGAN MATA KEPALA KEHEBATAN MAHATMA GHANDI , PANDIT JAWAHRAL NEHRU DAN MUHAMMAD ALI JINNAH SEMASA MENUNTUT DI UNIVERSITI ALIGRAH.

BELIAU BERADA DI PALESTIN SAAT PERGOLAKAN MENENTANG PENUBUHAN NEGARA ZIONIST ISRAEL  SEBELUM TAHUN 1948.

DALAM POLITIK BELIAU ADALAH  PEMIMPIN  PENGASAS  PKMM PARTI KEBANGSAAN MELAYU MALAYA , PARTI POLITIK  PERTAMA YANG DITUBUHKAN SELEPAS PERANG DUNIA  PADA BULAI OKTOBER 1945, 6 BULAN SEBELUM PENUBUHAN UMNO. DR BURHANUDDIN TERLIBAT DI ZAMAN AWAL TERBENTUKNYA KEBANGKITAN SEMANGAT KEBANGSAAN MELAYU  SEBELUM PERANG DUNIA 2, ZAMAN BMA( BRITISH MILITARY ARMY),  ZAMAN MALAYAN UNION, FEDERATION, AMBANG KEMERDEKAAN, KEMERDEKAAN, PEMBENTUKAN MALAYSIA DAN KONFRONTASI.

DI BAWAH ADALAH UCAPAN BELIAU SEMPENA MENYAMBUT HARI RAYA PUASA TAHUN 1949 :

PENIMBAL YDP PAS PARTI ISLAM SEMALAYA  SEMASA DR BURHANUDDIN MENJADI YDP PAS  YANG KE 3 1956-1969).

SELAMAT HARI RAYA PUASA   Oleh DR BURHANUDDIN AL HELMI(1911-1969)

Dalam kuasa2 atau kerajaan2 besar diseluroh dunia sekarang memperjuangkan dengan hebatnya ideology masing2 selaku peperangan dingin. Dan disekitar tanah ayer kita dikelubongi dengan mendung dzarurat. Keadaan bangsa dan tanah ayer kita dalam dzarurat dan chemas. Pertarungan faham politik kebangsaan kita diantara kiri dan kanan.

Pertelingkahan dan keributan timbul pula dalam golongan kanan sendiri disebabkan anasir2 mempertopengkan kebangsaan untuk merebut kepentingan diri dan keroni, orang2 yang ta’mempunyai principle atau pendirian ta’kurang terkeliru dan dikelirukan…..

Dalam keadaan yang demikianlah kita menyambut Hari Raya. Sesudah kita berpuasa, melateh diri dan  mempertahankan jiwa sukma kita untok menchapai rasa dan ni’mat “Takwa”, satu bekal yang tulen suchi memberseh menyiram dan memandikan jiwa raga dan memasangkan perhiasan sabar, insaf dan tahan penderitaan, mengalahkan kepahitan angkara durjana nafsu dan shahwat.

Kejayaan  batin yang kita chapai dengan Taqwa itulah sumbar yang menimbulkan dan menjamin chiptaan kejayaan dzahir yang gemilang.

Kita membesarkan Allah dengan ingatan (zikir) takbir dan tahmid gemuroh memenohi suasana mesjid dan menara begitulah jua mestinya memenohi budi dan hati.

Oh! Di sekitar memperbaharui silatulrahim dan lawatan, di sana perajuri dan pemimpin2 bangsa dan agama kita yang telah terkorban, terasing, terusir dan ditahan, anak isteri mereka yang sedeh, pilu, dan rawan…. Mereka jadi begitu untuk menunaikan seruan ibu pertiwi “Hubbul watan minal iman.” Percayalah, iman yang teguh dan chita2 yang suchi saja yang kekal abadi yang dapat diperjuangkan terus menerus. Sabagaimana orang yang beriman itu sanggop menanggong sengit, pahit lapar, dahaga dan deritaan puasa. Kesengitan dan deritaan itu terus ditanggong hingga siap semporna menyambut Hari Raya ini dengan rasa renah hati yang taqwa dan jiwa yang berbahagia.

Tanggongan bangsa, nusa dan agama sedang ada di bahu kita dan  yang maseh menunggu di hadapan untok diselenggarakan, jaya dan selamat diselenggarakan tanggongan itu hanya oleh orang yang berhati suchi dan di atas chita2 suchi. Dengan semangat Hari Raya marilah dengan hati yang ria gembira kita sambut Hari Raya Puasa kita dan dengan sempananya kita  membaharui ‘azam, ketika disuatu pehak rebut perobahan sedang bertiup dan anak bulan di suatu pehak lagi bulan sabit (hilal) sedang berarak terbit, memperingatkan kita supaya bersiap sedia dan bergerak di atas dasar taqwa dan pimpinan dari Ilahi Rabbi menuju chita2 suchi bangsa, nusa dan agama.

Sumber: Majalah Kenchana, August 1949

dipetik dari :Pusat Sejarah Rakyat

PEDULI WARISAN -MEMBONGKAR DAN MENGETENGAHKAN TAPAK WARISAN MELAYU P.PINANG

mohamad Yaahya menunjukkan rumah yang pernah menjadi madrasah

Mohamad Yahaya menunjukkan rumah yang pernah menjadi madrasah mengaji Al-Quran dan ilu amgama pada awal abad ke-20 

MERUNGKAI SEJARAH MADRASAH AL QURAN DI LEBOH ACEH

Penduduk asal Kampung Melayu Lebuh Acheh, Mohamad Yahaya, 76, memberitahu, sepanjang ingatan serta maklumat daripada generasi terdahulu, rumah tersebut merupakan madrasah mengaji al-Quran.

“Syeikh Al-Hadi mengajar di sini, bukan dia mengasas atau madrasah ini milik dia. Setahu saya rumah ini milik keluarga Syed Zakaria Basheer,”

Beliau yang tinggal di rumah sebelah madrasah berkenaan memberitahu, pada asalnya madrasah al-Quran itu terletak di luar pekarangan masjid.

“Dulu di kawasan Dewan Belia Perbandaran banyak rumah Melayu. Orang keturunan Arab ada membuka madrasah mengaji al-Quran dan ilmu agama tetapi penyertaannya terhad kepada masyarakat Arab.

“Selepas dipindahkan ke rumah di pekarangan masjid baru penyertaannya terbuka sehingga sesak yang menyebabkan timbul usaha membuka madrasah baharu” katanya.

Beliau menambah, selepas dipindahkan, madrasah tersebut pernah menjadi pusat transit jemaah haji kerana di zaman pergi ke Mekah menaiki kapal, pusat operasi haji adalah di sekitar Lebuh Acheh.

“Saya masih ingat jemaah dari Kelantan dan Terangganu akan datang lebih awal, sebab mereka jauh. Lagipun datang awal sebab mereka perlu membeli kelengkapan dan tidak membawa kelengkapan dari tempat sendiri kerana menyusahkan perjalanan.

“Selalunya mereka datang ditemani seorang guru dan setiap kali selesai solat kita melihat kemeriahan kumpulan ini berguru dengan guru masing-masing atau makan masakan yang dimasak sendiri. Apa yang saya sedar, jemaah dari Kelantan tidak boleh menerima nasi kandar yang banyak dijual di sini,” ujarnya.

Sementara itu, Abdul Rahman Ismail dalam tulisannya bertajuk Syed Syeikh Al-Hadi: Penggerak Kebangkitan Melayu Abad Ke-20: menyatakan Syeikh Al-Hadi terlibat secara langsung mendirikan sekolah-sekolah Arab-agama cara moden seperti Madrasah Al-Iqbal di Singapura pada tahun 1907.

Pada 1915, dia membuka Madrasah Al-Hadi di Melaka dan Madrasah Al-Mashoor di Pulau Pinang pada tahun 1919.

Walaupun Madrasah Al-Iqbal dan Madrasah Al-Hadi terpaksa ditutup setelah kira-kira dua tahun kerana masyarakat belum bersedia menerima unsur-unsur baru yang diperkenalkannya, Madrasah Al-Mashoor kekal dan terus berperanan hingga ke hari ini.

Sheikh Syed Al-Hadi berkhidmat membina dan membimbing Al-Mashoor hingga 1926 sebelum beliau sekali lagi menumpukan perhatian penuh pada penerbitan dan penulisan.

Menurut Abdul Rahman, semua madrasah itu didirikan dengan matlamat mengatasi kelemahan dan kekolotan orang Melayu pada masa itu.

KENYATAAN KHOO SALMA AKTIVIS WARISAN DEDAHKAN PEMBANGUNAN P.PINANG DITENTUKAN OLEH SWASTA

13502122_1105766326162062_8436340588044189388_n.png

Prominent  Penang  Heritage activist Khoo Salma Nasution has slammed the  state goverment for letting the developers planned the state intead of living it to planners.

She said the reclaimation of the three island at Permatang Damar Laut should not be approved as it was not in the Original Draft  Structure Plan.

However after the Penang Tranport Council meeting the state goverment emended the Draft Structure Plan ringt away and called for another meeting ffd amend it, she added.

The state goverment acknowledged it  but because of developers demand,  it amended right away. This was one thing for sure which is our planning is not done by planners but it is being done by developers.

Most of the houses that will built have to be built on the three  island will be  unaffordable to locals, she told BERNAMA here today.

khoo

RAMALAN DSAI ! RAMAI LAGI PEMIMPIN PEMBANGKANG DAN UMNO AKAN DITANGKAP DAN DIDAKWA !!!

55593f63b1bbb0507346d14ecc13ee36 (1)

Amat beberapa perkara yang pelik dan mengejutkan dalam kes tangkapan dan pendakwaan kes rasuah melibatkan CM P.Pinang Lim Guan Eng. Apa dia ?

Beliau ditangkap dalam pejabatnya  setelah dikepung tanpa diberi masa yang cukup untuk bersedia menghadirkan diri di mahkamah

Ditahan dan termaksa bermalam di pejabat SPRM Jalan Sultan Ahmad Shah, P.Pinang

Pasukan pendakwaan diketui oleh Peguam Negara Tan Sri Affandi Mohd Ali

Jumlah wang jamin RM 1 juta sangat luar biasa

Ini menunjukkan kes ini sangat luar biasa. Tidak sama dengan kes Toyo mantan MB Selangor yang juga terlibat dan dihukum kerana rasuah dalam pembelian bungalo bernilai jutaan ringgit.

Maka tuduhan kes ini bersifat dendam politik dan dakwaan terpilih kepada seorang pemimpin pembangkang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nota ringkas menyatakan :

Pendakwaan ke atas LGE  bersifat keji dan bermotif politik.

Ini sindiran sinis LIM KIT SIANG :

10 copy

Ini pula jawapan peguam negara TAN SRI AFFENDI ALI

tmp_12113-3 copy-17816639

 

 

 

SOLIDARITI BUAT GUAN ENG : TERBUKTI BELIAU BERSAMA SAMA RAKYAT !

WhatsApp-Image-20160704-650x340

Kata Tuan Lim Guan Eng CM P.Pinang dalam perhimpunan bersama 5000 rakyat.

“Sama ada saya ada atau tiada tidak penting.

Apa yang lebih penting ?

PULAU PINANG TETAP MILIK RAKYAT”

Rakyat berbilang kaum berkerumun  menyokongnya. Jadi LGE harus buktikan beliau pemimpin rakyat, pro rakyat yang transpran Bukan sekadar pemimpin DAP, pemimpin kaum China tetapi pemimpin rakyat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama demi untuk kesejahteraan seluruh rakyat P.Pinang.

Ini melayakkan beliau untuk diterima sebagai pemimpin Malaysia ! Jadilah pemimpin sejati bukan pemimpin jadi jadian. Pemimpin  yang bijak bersandiwara demi untuk memukau rakyat bahawa mereka berjiwa rakyat. Sedangkan nasib rakyat bertambah susah.

13569035_10155034253409129_2454861809074421619_o-650x340

LGE bersama rakyat dalam perarakan dari Leboh Pantai ke Padang Kota. Mereka tunjukkan solidariti dengan berpakaian berwarna warni.

MAKSUD EIDUL FITHRI DALAM ERTI KATA YANG SEBENAR MENGIKUT RAMADZAN AL MUBARAK

EIDULFITRI, FITRI DAN FITRAH OLEH SHAIKH AMEEN AL HUSSAINI 

Hari ini menjelang maghrib kita semua meninggalkan ramadhan dan menyambut kedatangan syawal.Seringkali ucapan yang sering di dengar ialah selamat hari raya eidulfitri ,maaf zahir dan batin.Namun demikian, apakah maksud sebenar perkataan eidulfitri itu ?

Fitri dan fitrah ,perkataan ini berasal dari akar kata fatara.Perkataan ini mempunyai beberapa maksud. Antara maksudnya ialah “memunculkan” atau dalam bahasa Inggeris “to originate”. Menciptakan sesuatu dari tidak ada sama sekali.Itulah maksud “FATARA”

Oleh itu kata fatara hanyasanya digunakan untuk pencipta iaitu Allah swt.Sebagai conton fataras sama watiwal ard iaitu” dialah yang menciptakan langit dan bumi”. Oleh kerana langit dan bumi dicipta dari sesuatu yang belum ada, maka perkataan tersebut digunakan.

FATARA berbeza dengan KHALAQA.  Khalaqa membawa maksud menciptakan sesuatu dari yang telah ada .Misalnya tanah liat, dari tanah itu kita buat tembikar ,pasu dan lain-lain.Inilah perbezaan antara kedua perkataan ini.

Di dalam surah Ar Rum ayat 30 Allah swt menyebut فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا ۚ فِطْرَتَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا ۚ لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui

Di dalam ayat ini Allah swt menerangkan bahawa dalam diri insan itu sudah ada God spot dan sifat-sifat asli yang sudah ditanamkan ke dalam diri manusia.Sifat-sifat yang cenderung kepada ketuhanan ,melakukan kebaikan dan seumpamanya itu sudah ada di dalam diri insan.

Malangnya diluar ramadhan, fitrah ini ditimbus dengan segala macam maksiat, noda dan dosa.Oleh itu apabila memasuki madrasah ramadhan, kita dilatih menahan hawa nafsu ,berpuasa di siang hari dan qiam atau berdiri dengan beribadah tarawih ,qiyamullail di malam hari untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Semua ini dilatih selama sebulan supaya sifat-sifat asli atau fitrah yang tertimbus itu muncul kembali di hari eidulfitri ! Inilah maksud yang sebenarnya .Fitri bukan bermaksud suci atau qudus seperti mana disebut oleh sebahagian orang. Ada perkataan lain untuk  itu.Misalnya di malam tarawih imam akan menyebut subbuhun ,quddusan .Inilah maksud perkataan suci dan qudus

FATARA juga membawa masud memecahkan.Dari istilah ini juga muncul perkataan iftar yang bermaksud memecahkan atau membuka puasa. Seperti juga perkataan Inggeris apabila kita makan pertama kali iaitu sarapan pagi, iainya disebut “breakfast”Ini kerana kita tidak makan di sepanjang malam kita tidur itu seolah-oleh kita berpuasa.

Oleh itu Eidul Fitri bermaksukd sambutan hari kita mengakhiri ibadah puasa.

Seperti saya sebutkan tadi , dari istilah KHALAQA muncullah perkataan KHULUQ dan jamaknya ialah AKHLAQ. Akhlaq membawa perlakuan hasil bentukan.Ada hadis yang menyebut selalu kita dengar “TAQALLAQU BI AKHLAKILLAH” yang bermaksud berakhlaklah kamu seperti akhlaq Allah.

Allah itu maha pencipta , kita juga harus kreatif melakukan penciptaan-penciptaan baru. Begulah contohnya.

Di hari raya ini sering kita akan di sapa “minal a’idin wal faizin” “kulli am wan antum bi khair”. Seringkali orang kita menyebut selamat hari raya maaf zahir dan batin . Tapi bukan itu maksud sebenarnya. Ianya jika diterjemah membawa maksud ” Semoga anda sebahagian dari orang-orang yang kembali ke jalan tuhan dengan memperoleh kejayaan” .

Kulli am wa antum bi khair bermaksud “semoga sepanjang tahun kedepan kamu semua berada dalam kebaikan “

Akhir kata ,selamat hari raya eidulfitri ,minal ‘aidin wal faizin, kulli am wan antum bi khair !

RAUNGAN SUNGAI PINANG SUNGAI BERSEJARAH KEBANGGAAN KITA : BILAKAH AKAN TERBELA ?

Peka-Poster2-211x300

Sebuah NGO “PEKA”  Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia sedang pusatkan perhatian kepada pemuliharaan laut, pantai, sungai dan bukau bukau terutama di P.Pinang.Ini apabila cawangan PEKA ditubuhkan di Pulau Mutiara ini. Mengapa ? Bila memandang dari laut jelas bukit bukau yang menghijau mulai compang camping dibotakkan. Bila pergi ke Sungai Pinang terlihat pemandangan yang jijik. Apabila ke kawasan kawasan lereng bukit, ia mula dijarah dengan kondo kondo mewah. Bukan untuk rakyat sendiri tetapi dengan harga tinggi untuk pasaran luar negeri.

Suatu ketika dulu  air terjun di TITI KERAWANG sangat popular sebagai satu tarikan pelancongan. Kini aliran airnnya telah dialih menyebabkan kering tanpa titisan lagi. PEKA sedang menghangatkan isu isu yang jelas menjarah alam dan mendatangkan bencana kepada kemusnahan alam sekitar. Baru baru satu pendedahan telah dibuat tentang proses pembotakan bukit bukau di Teluk Bahang.Nampaknya seperti didiamkan.Tiada sebarang tindakan lanjut.Justeru PEKA akan membangkitkan semula  isu ini supaya dipandang serius  dan diambil tindakan yang sepatutnya.

Malaya_Pahang_River_postcard_British_Empire_Exhibition_1924-L

PEKA berharap rakyat PP akan peka terhadap isu isu yang kritikal ini. Ia telah menggersangkan kehidupan kita dalam masa terdekat ini. Jika kita ingin memandang laut yang biru bukannya hitam legam dek selut seperti di Bagan Jermal/ Gurney Drive, menyaksikan  sungai yang semakin jernih seperti Sungai Melaka, merasai suasana yang lebih sejuk dan kembalinya air terjun TITI KERAWANG seperti asalnya berilah perhatian kepada pemuliharaan alam sekitar.

Kini pembangunan yang rakus sedang menghantui dan menjejaskan masa kini apa lagi masa depan kita. Bukit bukau sedang ditarah dengan sesuka hati terutama di Teluk Kumbar. laut akan dikambus seperti rencana yang  sedang diatur di Teluk Kumbar. Pasti habitat udang dan ikan punca rezeki nelayan tradisi Teluk Kumbar akan dimusnahkan. Habitat laut yang bertahan ribuan tahun musnah dek tangan tangan jahat. Mereka yang jaci  pemusnah alam sekitar dalam sekelip mata. Musnah di sebalik program indah. Kononnya “PEMBANGUNAN” tetapi memusnahkan alam semula jadi.

Publik/Orang awam dan penduduk asal P.Pinang ingin bertanya, seluruh perancangan dan pelaksanaan pembangunan yang sangat rancak dan rakus ini dilakukan  untuk apa dan untuk siapa ?

Tidakkah semuanya dilakukan untuk tujuan keuntungan dan kemersial semata mata. Impak dan implikasinya yang disasar  terhadap rakyat dan alam sekitar tersangatlah besar dan parah. Rakyat Pulau Pinang harus peka terhadap kemusnahan ketara yang berlaku. Kemusnahan yang abadi. Kerosakan yang  menggugat kelestarian dan hak kita. Hak kita untuk terlibat mendapat  pembahagian  dan tempat yang lebih adil dalam pembangunan di negeri sendiri. Berlaku kerana pembangunan yang pincang dan sangat tidak seimbang kerana bersifat fizikal dan keuntungan semata mata.

PENGALAMAN BERKUNJUNG KE NEGERI 9 : APA YANG CM GUAN ENG PATUT PELAJARI DARI MB DATO’ MAT HASSAN

DARI MB NS KEPADA CM P.PINANG – APA GUAN ENG BOLEH BELAJAR DARI DATO’ MAT HASAN ?

mohamad hassan mb ns

Ketika ini heboh diperkatakan  tentang  penangkapan oleh SPRM ke atas CM  Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng.Beliau dituduh atas tuduhan rasuah melibatkan pembelian rumah beliau di Jalan Pinhorn di bawah harga pasaran.Beliau telah pun diikat jamin sebanyak RM  1 juta dan dibebaskan dari tahanan SPRM.

Namun demikian saya ingin menarik perhatian pembaca terhadap apa yang menimpa peniaga dan penjaja di Pulau Pinang.Khususnya bumiputra Melayu yang kerap mengalami penganiayaan, perobohan ke atas gerai-gerai perniagaan mereka.

Baru-baru ini saya berpeluang berkunjung ke Seremban selama beberapa hari.Sepanjang berada di sana saya berpeluang melihat pernigaan bercambah.Tumbuh merata-rata di sana.Terdapat kedai yang menjual kopi di tepi jalan,penjaja yang menjual kuih-muih,nasi lemak dan bermacam-macam perniagaan lagi. Menurut perbualan saya dengan penduduk setempat, mereka diberi kebenaran untuk membuka gerai dan dibenarkan berniaga walau tanpa permit selama kurang lebih 3 tahun.

Lebih menariknya, MB Negeri Sembilan sendiri Dato Mat Hassan memberi arahan kepada MPN dan MPS agar tidak mengganggu peniaga dan penjaja kecil ini.

“Biarlah mereka mencari rezeki lebih dengan skill yang mereka ada. Apa salahnya kalau mereka hendak menambah pendapan?”

Begitulah ungkapan MB Negeri Sembilan.Tugas agensi-agensi kerajaan negeri sepatutnya memudahkan bukan menyusahkan.Barulah perniagaan di kalangan anak tempatan akan berkembang maju. Inilah yang berlaku di Seremban.

Malangnya apa yang berlaku di Pulau Pinang adalah sebaliknya.Saya merasa sedih melihat nasib yang menimpa peniaga-peniaga Melayu di sepanjang jajaran dari Batu Ferringgi sehingga Teluk Bahang.Challet dan rumah tumpangan yang mereka bina bertahun-tahun lamanya di roboh oleh MBPP begitu saja. Portfolio MBPP ini di pegang oleh Ketua Menteri sendiri iaitu Tuan Lim Guan Eng.Arahan tentulah datang daripadanya dalam melakukan kerja-kerja perobohan ini.

Lebih malang lagi,tindakan perobohan dibuat tanpa notis terlebih dahulu.Datang dan terus roboh !Saya bukanlah seorang yang rasis. Amat menyakitkan hati apabila gerai-gerai lain yang dimiliki oleh bangsa asing dibiarkan begitu saja, seolah-olah MBPP buta. Walhal premis yang turut tidak mempunyai lesen dan berniaga di tepi jalan tidak diganggu oleh MBPP.Apa sebabnya?Tidakkah tindakan ini rasis?.Kalau hendak berlaku adil, tindakan harus di lakukan ke atas semua pihak yang tidak mempunyai lesen !

Malahan ada juga gerai perniagaan makanan yang maju di Batu Feringgi diganggu oleh MBPP berkali-kali. Meja dirampas,barang modal diambil sehingga peniaga hilang mata pencarian.Inikah sikap kerjaan negeri terhadap rakyatnya?Lebih menyakitkan hati apabila kerajaan negeri mewarwarkan bahawa mereka adalah pro rakyat.

Hakikatnya cakap tak serupa bikin.Tindakan perobohan secara bersiri ini menyebabkan mereka terpaksa bergabung dalam menubuhkan koperasi dalam membela nasib mereka yang diancam oleh kerajaan negeri yang kononnya pro rakyat.

Sikap yang ditunjukkan oleh MBPP yang porfolionya dipegang oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng sungguh berbeza seperti apa yang ditunjukkan oleh MB NS Dato’ Mat Hassan.

Oleh itu melalui luahan ini ,saya berharap kerajaan negeri  PP dapat mempelajari sesuatu dari negeri lain.  Bagaimana seharusnya kerajaan melayani rakyatnya. Tugas kerajaan ialah membuka ruang,peluang dan memudahkan bukan menyusahkan dan merobohkan tanpa perundingan !

IKUTI KENYATAAN MB NEGERI 9 TENTANG PENJAJA