KERJAYA POLITIK YUSMADI YUSOFF KIAN MENYINAR SEMULA DI PARLIMEN BALIK PULAU

Baru baru ini kerajaan negeri P.Pinang telah menamakan Sdr Yusmadi Yusof sebagai wakil bagi Parlimen Balik Pulau dalam tenggang masa April dan Jun semasa tempoh PRU ke 14 akan berlangsung. Petanda ini menyingkap  bayangan apakah beliau akan diberi peluang bertanding sekali lagi atas tiket PKR di parlimen Balik Pulau. Rekod menunjukkan Yusmadi (ahli parlimen 2008 – 2013)menang di parlimen BP  dengan majoriti lebih 1000 dalam PRU ke 12

MENGAPA KEDUDUKAN WARISAN MELAYU SANGAT TERANCAM DI PP :LANGSUNG TIADA NIAT PUAK KETUANAN MELAYU SELAMATKANNYA !

Pada hari ini saya ingin berkongsi pandangan tentang kedudukan warisan Melayu di P.Pinang menerusi pantun .

Pulau Pinang bandar baharu

Kepten Light menjadi raja

Kalau dikenang masa nan lalu

Rasa menitis si air mata

Pantun ini  tercetus  di zaman Kepten Francis Light menawan PP daripada Kesultanan Kedah. Zaman PP dijadikan hak penjajah Inggeris. Di era itu PENJAJAH INGGERIS adalah kuasa mutlak . Kuasa berubah daripada KETUANAN KESULTANAN  KEDAH kepada KETUANAN PENJAJAH.Kini zaman sudah berubah. 70 tahun sudah kita  MERDEKA.

Kenapakah pada realitinnya  keadaan orang Melayu  semakin teruk sehingga terpinggir di bumi sendiri, selepas merdeka. Nyata orang Melayu berpusu pusu lari keluar meninggalkan PP. Mengapa ? Melayu hilang tanah.Tanah tanah  Melayu habis dijual.Ia  dibeli oleh para  pemodal luar, China , India Jepun, Singapura dan bangsa bangsa. Mereka  kaum imigran yang dulu dibawa oleh  Inggeris untuk memunggah kekayaan Malaya. Ditambah pula oleh pemodal luar. Mereka membeli dan terus membeli apabila spekulasi harga tanah melambong semakin tinggi. Mengapa ?

Dasar kita selepas merdeka melulu bersifat ekonomi kapitalis yang terlalu  terbuka. Terlalu terbuka sehingga  gagal mempertahankan survival kita di bumi sendiri. Orang China dan India yang mempunyai pandangan masa depan tertumpu dan  mengaut kekayaan di bandar bandar utama. Bagaimana pun dalam masa yang sama mengekalkan warisan bangsanya secara ketara. Melayu iaitu penduduk asalnnya serba ketinggalan dan sedang terhambat daripada George Town khasnya dan P.Pinang amnya.

Lihat apa yang sedang berlaku di kawasan tegar Melayu kini, di Teluk Kumbar, Bayan Lepas dan Balik Pulau.Kita semakin tersudut di bumi sendiri. CHINA dan INDIA mengekalkan warisannya di George Town. Warisan Melayu dan sejarahnya di pandang sepi dan dipertikaikan oleh para pemimpin bangsa sendiri.

Warisan Melayu dalam bentuk perkampungan tertua sebelum kedatangan Inggeris tidak pun dipedulikan untuk dikekalkan walau pun hanya sekerat bahagian atau di suatu sudut pun dikawasan pembangunan. Pembangunan diberi izin oleh undang undang tanah yang disahkan oleh Kanun Tanah Negara untuk membuldozerka  kesemuanya tanpa ada empati terhadap warisan sendiri untuk dikekalkan. Contohnya rumah warisan kita. Bahkan rumah Syed Sheikh Al Hadi, tokoh gerakan pembaharuan Islam dan kesusasteraan Melayu moden, rumahnya gagal diselamatkan apabila ditukar menjadi tokong China. Begitu dengan rumah Ahmad Rashid Talu pemula novel Melayu terbiar begitu saja.

Selepas merdeka dari segi demografi dalam aspek pembangunan Melayu semakin  terpinggir  dalam perjuangan mengekalkan warisannya. Gagal sama sekali apabila sejarah pembukaan dan kehadirannya di P.Pinang dinafikan.  Warisan Melayu terpupus di bumi sendiri di depan mata para pemimpin elit bangsa dan korporatnnya yang gelojoh dengan pembangunan fizikal dan komersial yg ketepikan sejarah, budaya dan tamadun bangsanya di P.Pinang. P.Pinang sama sekali terpisah daripada kesultanan Kedah.

Sejarahnya dipangkas dan detiknya  hanya baru bermula pada 11 Ogos 1786. Sebelum itu P.Pinang adalah pulau kosong tanpa penempatan kekal. Jadi dengan senang kita diperbodohkan bahawa kehadiran Melayu pun selepas itu bersama sama dengan kedatangan kaum imigran.

Apabila terdesak dari segi politik, lalu mengapa  ramai ramai  kita dikerah menjerit,  meneriakkan KETUANAN MELAYU !!!!!! Sedangkan kita bukan lagi tuan dalam bentuk penobatan sejarah dan kehadiran yang ketara dalam pembangunan. Seperti kata TUN MAHATHIR benarkah kita TUAN di bumi sendiri ? Kita hanya mampu melihat pembangunan. Ia bukan milik kita. Sehingga kini di PP belum ada tanah yang digazetkan sebagai tanah Warisan Melayu. Jadi dimanakah ketuanan kita di P.Pinang dan dibandar bandar utama kerana pembangunan yang menunjangi kita adalah pembangunan dalam bentuk hutan batu batu semata. Pembangunan yang nihil budaya, tamadun, sejarah dan warisan bangsa sendiri yang dikatakan sebagai bumiputra dan pribuminya di negara yang telah merdeka tetapi minda dan jiwanya madih terjajah.

Di atas robohan Kota Melaka

Kita bangunkan jiwa merdeka

Bersatu padulah segenap baka

Mempertahankan hak keadilan pusaka

KERAJAAN PERSEKUTUAN SAYANG KAT PP : BINA EMPANGAN MENGKUANG RM 1 BILION

Awat ayaq dapat percuma ke ? Tak payah bayaq. Ada banyak dok kena bayaq walau dah lama siap. Contoh cukai jalan, TOL mikin lama mikin naik. Yg naik sikit gaji dan upah. Tambah pula GST, tak boleh nak lepaih,dok kena cantaih.

GEORGETOWN 22 MAC 2018. Ketua Pegawai Eksekutif PBA Holding Bhd (PBAHB) dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP), Datuk Ir Jaseni Maidinsa menunjukkan gambar Empangan Mengkuang selepas mengumumkan Pulau Pinang bersedia untuk mengambil alih semula Empangan Mengkuang yang telah diperbesarkan kepada 73.5 billion liter dari Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) semasa sidang media di pejabatnya, Kompleks Tun Abdul Razak, Georgetown. NSTP/MIKAIL ONG

 

PM NAJIB MASIH MUDA! KENAPA TAKUT SANGAT MENGHADAPI PEMIMPIN SETUA MAHATHIR

UMUR 93 TAHUN 9
22 Mar 2018 | Popular

1. Ya, usia saya akan mencecah 93 tahun Julai ini. Ya, 93 tahun adalah tua. Najib tak perlu takut saya.

2. Tetapi Najib takut. Takut berbahas dengan saya. Dua kali apabila forum Nothing to Hide (Tidak ada apa yang nak disembunyi) diadakan, Najib tidak berani hadir untuk bahas soal sembunyi fakta. Sebaliknya diarah polis hentikan forum. Bahkan pada kali kedua penyokong Najib membaling kerusi dan meletupkan letupan untuk gagalkan forum.

3. YAB masih muda. Apa yang nak takut berhujah dengan orang umur sembilan puluhan tahun.

4. Jika YAB tidak ada yang disembunyi nyatakan secara terbuka. Dan orang tua ini akan cuba buktikan bermacam-macam yang disembunyi oleh YAB.

5. Rakyat akan dengar dan akan buat keputusan mereka samada yang muda atau yang tua yang sembunyi fakta.

6. Datanglah dengan pegawai tinggi dan menteri-menteri yang muda-muda belaka. Bawak juga pakar-pakar dari luar negeri, termasuk Cambridge Analytica untuk bisik jawapan-jawapan apabila tidak dapat menjawab.

7. YAB juga boleh tanya rekod saya semasa menjadi PM selama 22 tahun. Tanya fasal kehilangan berbillion oleh Bank Negara, kerugian Perwaja dan lain-lain. Saya tak akan bawa pakar. Hanya saya sahaja.

8. Ya. Saya sedar saya akan pergi tak lama lagi. Tetapi selagi nyawa dikandung badan saya akan perjuangkan bangsa, agama dan negara tercinta ini. Bersama dengan patriot negara saya akan usaha untuk selamatkan negara ini dari seorang kleptokrat perosak negara.

9. Kepada Allah swt saya serahkan diri saya.

ISU TANAH PERDA DIJUAL MURAH: SIAPA UNTUNG SIAPA RUGI !

Rakyat Pulau Pinang rugi RM15 juta kerana PERDA jual tanah dengan “diskaun” lebih 90 peratus

 

GEORGE TOWN, 1 APRIL: Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Datuk Shabudin Yahaya, diminta untuk membuat penjelasan kepada rakyat Pulau Pinang berikutan tindakannya yang didakwa menjual tanah bagi projek perumahan di bawah harga pasaran.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, Shabudin yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor perlu menjelaskan tentang tanah di atas nama PERDA itu yang dijual dengan harga bawah pasaran dan telah menyebabkan Pulau Pinang kehilangan sebanyak lebih RM15 juta.

“Kesemua 18 petak keluasan dengan keseluruhan 8.5 ekar (256 lot), harga pasaran yang dinilai Kerajaan Persekutuan (Lembaga Hasil Dalam Negeri) ialah RM16,636,000 (RM16.636 juta). Harga yang dia (PERDA) jual pula RM1,427,000 (RM1.427 juta) sahaja.

“Bermakna kehilangan kepada PERDA dan secara langsung kepada rakyat Pulau Pinang sebanyak RM15,209,600 (RM15.2 juta).

“Jadi saya nak tanya adakah satu tender terbuka dijalankan semasa beliau menjalankan penjualan dan mengapa jual dengan harga yang begitu rendah iaitu hanya 8.6% berbanding harga pasaran,” jelas Guan Eng kepada pemberita di sini semalam.

Beliau turut mempersoalkan apakah rasional tanah-tanah tersebut dijual dengan harga yang begitu murah berbanding harga pasaran.

Justeru, Ahli Parlimen Bagan itu menjemput Shabudin untuk ‘minum kopi’ bersamanya lagi memberikan penjelasan.

“Jadi saya nak jemput Datuk Shabudin untuk minum kopi bersama saya hari Ahad ini 3 April pada jam 11 pagi di Bilik Mutiara tingkat 52 Komtar.

“Saya jemput beliau datang beri penjelasan tentang penjualan tanah ini,” katanya. – Roketkini.com

ISU TANAH PERDA BELUM REDA ! BOLEHKAH TANAH YG TELAH DIJUAL DITENTUKAN SYARAT PULAK DAH ?

 

Shabudin Yahaya menunjukkan keratan pelan kawasan Tok Keramat,
Shabudin Yahaya menunjukkan keratan pelan kawasan Tok Keramat, Nibong Tebal yang menjadi isu penjualan tanah milik Perda dalam sidang akhbar di bangunan Perda, Butterworth, Pulau Pinang, semalam. UTUSAN/AZMAN ASMAYATIM

Pengerusi Perda, Datuk Shabudin Yahaya berkata, pembangunan semula tanah seluas 3.4 hektar di Tok Keramat itu telah dipersetujui Ahli Lembaga Pengarah selepas membuat analisis keuntungan kos. (cost benefit analysis).

Menurutnya, tanah itu telah dipecahkan kepada 240 lot-lot kecil yang telah diluluskan pelan kebenaran merancang untuk membina rumah kos rendah pada 1988 atau 28 tahun lalu.

“Namun, berlaku mendapan pada fasa satu projek itu kerana terletak di tepi sungai mengakibatkan 107 unit rumah yang telah dibina terpaksa dirobohkan kerana masalah tersebut serta menyebabkan projek pemba­ngunan itu terbengkalai.

“Jika projek itu diteruskan, Perda akan mengalami kerugian sebanyak RM10 juta, jadi kami ambil keputusan jual tanah itu pada harga RM1.42 juta,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Shabudin mengulas dakwaan Ke­tua Menteri, Lim Guan Eng semalam yang meminta Shabudin memberi penjelasan berhubung penjualan tanah awam milik Perda itu, kononnya di bawah harga pasaran.

Guan Eng mendakwa, nilai kese­luruhan tanah yang mempunyai 18 plot itu adalah RM16.6 juta, namun dijual Perda pada tarikh penukaran hak milik pada 28 Jun tahun lalu dengan nilai lebih RM1.4 juta.

Tambah Shabudin, proses penjualan tanah itu dibuat dengan bersyarat iaitu pembeli tanah tersebut harus membina rumah kos rendah dan mampu milik untuk rakyat kawasan terbabit.

Sebagai ganti tanah yang dijual, Shabudin memaklumkan, Perda te­lah membeli tanah lain di kawasan SPS seluas 4.8 hektar untuk diba­ngunkan projek rumah kos rendah dan sederhana rendah.

“Perda ambil maklum nilai semasa harga tanah di kawasan itu se­perti yang didakwa oleh Guan Eng, namun harga yang diumumkan itu adalah nilaian kawasan sekitar.

“Jika mahu diambil kira nilai­an semasa, kadar harga rumah yang akan dijual adalah antara RM400,000 hingga RM500,000 yang pastinya tidak mampu dibeli rakyat berpendapatan rendah di kawasan itu.

“Itu sebabnya pemaju di Tok Keramat disyaratkan membina rumah yang boleh dijual pada harga RM42,000 hingga RM72,000 atau maksimum sehingga RM200,000,” ujarnya.

PAKATAN HARAPAN SERIUS TENTANG PENYELEWENGAN INI :AKAN KEMBALIKAN HAK RAKYAT BILA MENANG !

RAMPAS BALIK TANAH PERDA YANG TERGADAI DI TOK KERAMAT DEKAT SEBERANG PERAI SELATAN, JIKA AMBIL ALIH KERAJAAN PERSEKUTUAN

Dalam portal antarabangsa The Guardian baru-baru ini, dilaporkan, Parti Buruh UK jika menjadi kerajaan kelak berhasrat untuk merampas kembali segala tanah, hartanah serta kepentingan negara yang tergadai, tanpa membayar walau sesen pun dana awam kepada pihak kroni swasta.

Banyak pihak mengkritik hasrat parti berkenaan, kononnya melampau serta tidak berdasarkan pada undang-undang negara.

Bagi John McDonnell, kalau undang-undang yang dipinda membenarkan semua kepentingan negara boleh dirampas tanpa membayar walau sesen pun pampasan, maka tindakan tersebut adalah bukan jenayah di negara tempat undang-undang itu digubal.

Sejarah

Menyorot sejarah perundangan dunia, pampasan memang dibayar kepada semua pihak berkepentingan ketika undang-undang pemansuhan sistem perhambaan digubal di seluruh empayar Britain pada tahun 1833.

Namun, 10 tahun kemudian, iaitu selepas tamatnya perang saudara di Amarika Syarikat, di negara itu jua turut dimansuhkan sistem perhambaan secara perundangan, dengan semua pihak berkepentingan langsung tidak dibayar walau satu sen pun oleh kerajaan memerintah.

Fahamnya di sini, tak menjadi jenayah di Amerika Syarikat jika kerajaan tidak membayar pampasan bagi tiap-tiap hamba yang dibebaskan, kerana ada undang-undang sebegitu digubal di negara itu.

Tapi, amalan sebegitu adalah suatu jenayah di Britain kerana undang-undang yang digubal memberi hak kepada pihak berkepentingan untuk mendapatkan pampasan daripada kerajaan bagi tiap-tiap hamba yang dimerdekakan.

Mustahil hapus GST?

Dalam konteks politik perlembagaan di Malaysia ini, sesiapa pun yang ada suara majoriti di Parlimen, mereka ada kuasa untuk menggubal atau memansuhkan satu-satu undang-undang.

Rejim kleptokrasi Najib Razak boleh menggubal undang-undang berkaitan GST kerana UMNO BN mempunyai suara majoriti di Parlimen.

Selepas PRU14 nanti, jika Pakatan Harapan mempunyai suara majoriti di Parlimen, mereka pun boleh menghapuskan GST yang membebankan rakyat terbanyak.

Sebagaimana didalihkan oleh UMNO BN, jika difahami realiti politik perlembagaan mudah sebegini, mereka tidak akan menganggap manifesto Pakatan Harapan untuk memansuhkan GST dalam tempoh 100 hari selepas penubuhan Kerajaan Persekutuan sebagai sesuatu yang mustahil.

Pulau Pinang

Beberapa tahun lalu di Pulau Pinang, PERDA di bawah kepemimpinan Dato’ Shabudin Yahaya menjual 3.461 ekar tanah awam dekat Tok Keramat, Seberang Perai Selatan kepada pemaju swasta dengan harga serendah RM1.427 juta sahaja.

Walhal Jabatan Penilaian & Perbendaharaan Harta di bawah Kementerian Kewangan Pusat sendiri menetapkan harga pasaran tanah adalah setinggi RM16.636 juta.

Fahamnya di sini, rakyat rugi kira-kira RM15.2 juta kerana PERDA yang dikuasai pemimpin UMNO BN sendiri telah menjual tanah awam rakyat kepada kroni.

Bagi saya, kalau dalam Kanun Tanah Negara yang dipinda ini, antara lain membolehkan tanah-tanah awam yang tergadai ini dirampas kembali tanpa satu sen pun wang pampasan dibayar kepada kroni UMNO, maka tindakan sebegitu adalah sah di sini undang-undang.

Rampas tanah yang digadai oleh PERDA ketika Shabudin memimpin agensi persekutuan tersebut mesti menjadi salah satu hasrat Pakatan Harapan Pulau Pinang.

Biar rakyat, khususnya Melayu buka mata luas-luas untuk melihat Pakatan Harapan berusaha untuk mengambil balik tanah rakyat yang tergadai dek ketamakan pemimpin UMNO BN.

Saya mohon mencadang.

#DEKPOS
#ManifestoMerah