WARISAN MELAYU DI P.PINANG : ADAKAH TKM 1 RASHID HASNON ADA HATI BUAT MENJENGUKNYA !

Kampung Warisan Melayu dihapuskan di Pulau Pinang.!

KAMPUNG BATU UBAN TUNGGU MASA UNTUK DILENYAPKAN – PEMBANGUNAN KOMESIAL YANG MENGHIMPIT

SELAMATKAN BATU UBAN – TAPAK WARISAN DAN PERADABAN MELAYU PULAU PINANG

PROF AHMAD MURAD MERICAN adalah pengkaji sejarah awal P.Pinang sebelum pendaratan Francis Light pada tahun 1789.Beliau  telah mengeluarkan sebuah buku   “BATU UBAN SEJARAH AWAL P.PINANG”. BUKU INI SEBUAH KARYA PENTING

Sebuah penemuan yang  membuktikan kewujudan Batu Uban sebagai pelabuhan pertama sebelum kemunculan George Town. Apa harapan kita terhadapnya terhadap kelahiran karya yang bersejarah ini . Karya yang mencabar sejarah rekayasa penjajah.

Sekurang kurangnya khalayak P.Pinang mengharapkan  tindak balas daripada pihak pimpinan kerajaan negeri P.Pinang terhadap usaha anak negerinya. Sebuah karya yang menolak sejarah ciptaan  penjajah bahawa tidak ada apa pun peradaban di P.Pinang sebelum ketibaan penjajah.

Nampaknya para pemimpin Melayu dalam PKR langsung  ada tindak balas terahadap penemuan itu. Sungguh !  Adakah mereka terlalu sibuk dengan urusan kerajaan. Agenda  mesyuarat, perasmian, lawatan dan politik dalaman. Langsung tidak ada ruang masa untuk menjenguk satu pemaparan yang penting mengenai sejarah dan warisan bangsa.  Lebih-lebih lagi di P.Pinang warisan penjajah dan kaum imigran mendapat tempat yang istimewa.

Kedudukan penduduk asalnya terpinggir dalam segala segi. Pembangunan terpinggir dan warisannya bukan saja tercicir malahan dihapuskan begitu mudah tanpa maaf. Tepat kata Tun Mahathir ketika mencerap sikap bangsa bahawa MELAYU MUDAH LUPA ! Lupa sejarah, rupa bangsa, lupa janji, lupa identiti dan lupa segalanya untuk survival membela golongan anak negeri yang paling teraniaya.



RH

ASAL NAMA TELUK KUMBAR -KUMBAR ITU MAKSUDNYA APA

Datuk Haji Idris Al Jauzi semasa berceramah di Kuala Sungai Teluk Kumbar dalam satu majlis PKR  “APA KHABAR ORANG KAMPUNG ?

“Beliau  telah bertanya APA SEBAB NAMA TEMPAT INI  TELUK KUMBAR ? Ini menunjukkan keperihatinan beliau terhadap suasana tempat ia berceramah. Keperihatinannya terhadap sejarah dan asal usul sesuatu tempat.

Datuk Hj Mohd Idris JusiMP  BATU PAHAT JOHOR DATUK IDRIS AL JAUZI

Teluk semua orang faham. Kawasan tepi laut yang keadaannya mengunjur ke dalam. Berlawanan dengan tanjong yang mengunjur keluar.

KUMBAR adalah sejenis pokon keluarga palma. Pokok ini daripada spesis yang sama dengan asam kelubi atau disebut juga buah salak. Ini ruapanya pokok dan buah KUMBAR. Dahulunya bagitu banyak tumbuh di teluk apa yang kita namakan kini sebagai TELUK KUMBAR.

Teluk Kumbar mendapat nama daripada rimbunan pokok kumbar, sejenis palma yang mempunyai pelepah yang berduri tajam dan buahnya juga mempunyai bilah-bilah nipis duri tajam yang rapuh pada kulit ( sebagaimana buah salak). Buahnya berwarna kemerahan ketika masak dan masam rasanya. Rimbunan pokok ini mengisi ruang tanah di bahagian tengah dan bukit yang memerlukan ketabahan yang tinggi untuk menerokanya.

Teluk Kumbar terdiri dari sebuah telukan laut yang menganjur dari Sungai Batu ke Kampung Nelayan, kira-kira 3 kilometer panjangnya. Terdapat beberapa telukan kecil yang lain di Pasir Belanda dan Gertak Sanggul yang secara keseluruhannya menjadikan garis pantai nya sepanjang lebih 10 kilometer.

BUAH KELUBI ATAU SALAK

POKOK KUMBAR INI RUPANYA

Garis pemisah menjadi umat / warga negara yang baik dan sebaliknya

Surah 3. Al-i’Imran, Ayah 104

Al-Qur’an Grammar      Prev      Go   Next
وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Asad : and that there might grow out of you a community [of people] who invite unto all that is good, and enjoin the doing of what is right and forbid the doing of what is wrong: and it is they, they who shall attain to a happy state!
Malik : Let there arise from among you a band of people who should invite to righteousness, enjoin good and forbid evil; such are the ones who shall be successful.
Pickthall : And there may spring from you a nation who invite to goodness, and enjoin right conduct and forbid indecency. Such are they who are successful.
Yusuf Ali : Let there arise out of you a band of people inviting to all that is good enjoining what is right and forbidding what is wrong; they are the ones to attain felicity. 431 
Transliteration : Waltakun minkum ommatun yadAAoona ila alkhayri wayamuroona bialmaAAroofi wayanhawna AAani almunkari waolaika humu almuflihoona

DATUK HJ AZMI MERICAN MENINGGAL DUNIA

dato-azm-150i1Info terkini yang diterima daripada ahli PEMENANG, Persatuan Melayu P.Pinang memberitahu :

Datuk Hj Azmi Merican Penimbal Presiden PEMENANG telah meninggal dunia semalam dan akan dikebumikan di awal pagi Ahad ini. Mayatnya kini berada di rumahnya di no 44, Lorong Delima 14, Island Glades Gelugor P.Pinang.

Beliau lebih dikenali dengan nama panggilan Bab, seorang yang berbudi bahasa. Antara pemimpin dan penggiat UMNO P.Pinang yang terkenal. Beliau bergerak dalam bahagian penerangan. Masa pesta di Padang Tambun tahun 1960an, Hj Azmi adalah antara juru acara yang sangat terkenal. Beliau adalah sahabat baik Datuk Hj Yusuf Latiff. Pernah menjadi SU Kerja UMNO P.Pinang . Kematiannya adalah kehilangan besar kepada Melayu P.Pinang terutama untuk Melayu Tanjong.

MENGENANG TOKOH BERJASA DARI P.PINANG -CIKGU MOHD NOOR AHMAD

Cikgu Mohd Noor and Zaaba                                                          zaaba

MENGENANG TOKOH BAHASA DAN BANGSA YANG MENINGGALNYA DI RUMAH BIASA DI TAMAN BROWN PULAU PINANG 

CIKGU MOHD NOOR AHMAD SEBUAH NAMA YANG SANGAT TERKENAL SEPANJANG TAHUN 1950an. Ketika itu perjuangan guru guru Melayu yang diketuainya sedang marak dan sangat ketara. Beliau menjadi  Yang Dipertuanya. Cikgu Mohd Nor terlibat dalam politik UMNO untuk memperjuangkan kemerdekaan.Justeru dalam mengisi kemerdekaan beliau mahu Bahasa Melayu didaulatkan. BM dijadikan bahasa rasmi dan kebangsaan Malaya merdeka. BM dilaksanakan menjadi bahasa pengantar dalam sistem persekolahan negara pasca bebas daripada penjajahan atau kolonialisme.

Itulah perjuangan Cikgu Mohd Noor Ahmad, seorang guru keluaran SITC sebelum perang dunia kedua. Gelarannya yang diberi oleh masyarakat P.Pinang ialah Cikgu Mohd Noor bakul. Beliau menggerakkan tenaga guru-guru Melayu menyokong UMNO sepenuhnya demi mencapai cita-cita tersebut.Cita cita tersebut  diperjuangkannya dengan gigih  sebelum dan sesudah merdeka. Digerakkan tenaga guru guru dan  massa sepenuhnya untuk melaksanakan Kongres BM 1, 2 dan 3.Kongres tersebut  berlangsung pada tahun 1952, 1954 dan menjelang MERDEKA 1956. Tujuan kongres tersebut ialah untuk mempersiapkan BM menjadi bahasa rasmi negara yang akan merdeka. Kerajaan menerimanya dengan menyediakan PENYATA RAZAK sebagai perakuan dan langkah bagaimana penyata tersebut dilaksanakan.Ia menjadi asas pelaksanaan  DASAR PELAJARAN KEBANGSAAN. Itulah kegigihan Datuk Mohd Noor. Hanya guru sekolah rendah kelulusan darjah 6 Sekolah Melayu. Ini tidak bererti kurang kemampuan intelektual dalam menghadapi tentangan zaman. Juga dalam menghadapi puak sekular dan intelektual pro barat yang cenderung kepada BI dalam menimba ilmu.Mereka kurang yakin dengan kemampuan bahasa Melayu bahasa ibunda untuk diangkat tarafnya menjadi bahasa ilmu.

TUNKU DAN CIKGU MOHD NOOR 1

CIKGU MOHD NOOR BERSONGKOK DI SEBELAH KANAN TUNKU ABDUL RAHMAN. DI SEBELAH KIRI BELIAU BERSERBAN TUAN HJ MANSOR JP

Namun beliau kecewa  selepas MERDEKA apabila Dasar Pelajaran Kebangsaan  dilambat lambatka dan hampir tidak berjalan. Persekolahan  menengah Melayu tidak dilaksanakan. Terhenti setakat darjah 6 sahaja.Sama sebagaimana  sebelum merdeka, di mana penjajah Inggeris menyekatnya daripada meningkat ke peringkat sekolah menengah. Sekolah menengah hanya terbuka untuk pengantar Inggeris sahaja. Cikgu Mohd Noor berani memberi kata dua kepada para pemimpin tertinggi UMNO. Jangan mengkhianati keputusan kongres BM dan Dasar Pelajaran Kebangsaan.Mahu atau tidak persekolahan menengah Melayu mesti dimulakan.

Guru guru Melayu yang menjadi tunjang dan jentera penggerak UMNO akan bertindak termasuk keluar daripada UMNO jika Dasar Pelajaran Kebangsaan terhenti sekadar dasar tanpa pelaksanaan. Akibatnya kerajaan memulakan persekolahan menengah Melayu pada tahun 1959. Itu pun selepas UMNO kalah di dua buah negeri iaitu Kelantan dan Terengganu. Itulah perjuangan dan pengorbanan Datuk Haji Mohd Noor. Beliau telah dipecat   daripada UMNO kerana pendiriannya yang tegas dan jitu demi memartabatkan BM di negaranya.Risiko itu diterimanya dengan tenang.

Sebelumnya semasa kongres BM 1, begitu tinggi kedudukan Cikgu Mohd Noor. Beliau diberi penghormatan meletakkan songkok PENDITA di atas kepala Zaaba seorang tokoh dan pengkaji BM yang paling terkenal pada masa itu .

Di P.Pinang cikgu Mohd Noor Ahmad dapat penghargaan.

PENGHARGAAN BUATNYA IALAH  SEBUAH SEKOLAH DINAMAKAN DENGAN NAMA BELIAU. SEBUAH SEKOLAH  MENENGAH DI GELUGOR TELAH DINAMAKAN DENGAM BELIAU. DINAMAI SEKOLAH MENENGAH   DATUK HAJI MOHD NOOR AHMAD.

penang kini
Jahara
Penang Kini 4 nov 2015  6 jam lalu 

Dato Jahara Hamid dan pembeli unit rumah Taman Sejahtera Indah, Telok Ayer Tawar telah mengadakan sidang akhbar menggesa SPNB – Syarikat Perumahan Negara Berhad untuk menyegerakan penjualan unit rumah berkenaan. Pembeli mendakwa terpaksa bayar hutang bank walaupun kediaman mereka belum siap.
Teruskan membela nasib rakyat!!

jahara 4

Puting beliung atau tornado di P.Pinang.Kejadian baru berlaku sekitar 5-6 jam lalu .Kelihatan jelas daripada pesisir pantai. Apa petandanya adakah kita terdedah kepada serangan taufan tornado di masa kini setelah diserang jerubu baru baru ini. 
taufan 2

penang taufan

Taufan 3

PULAU PINANG DAN PENGKHIANATAN SEJARAH
A. MURAD MERICAN | 23 Julai 2015

AHMAD MURAD 2F LightUNGKAPAN dan kepercayaan bahawa sejarah Pulau Pinang bermula dari tahun 1786 masih berlanjutan. Apakah kita mahu kekalkan satu mitos dalam sejarah negara? Secara khususnya, sejarah dan persejarahan Pulau Pinang amat dikhianati.

Saya merujuk kepada makalah Dr. Chandra Muzaffar (Utusan Malaysia 5 Julai 2015) yang memberi reaksi terhadap apa yang dipaparkan dalam laman web rasmi Pulau Pinang. Terlebih awal ialah pada 12 Jun di mana seorang lagi cendekiawan, Prof. Datuk Seri Md. Salleh Yaapar dari Universiti Sains Malaysia telah menyangkal kenyataan laman web tersebut. Sumber laman itu ialah Biro Penerangan Pulau Pinang.

Umumnya rakyat Malaysia dan Pulau Pinang (termasuk Melayu Pulau Pinang sendiri) tidak mempedulikan kepentingan kenyataan yang berbunyi: “Sejarah Pulau Pinang hanya bermula dari tahun 1786.”

Kebelakangan ini, ada yang memberi reaksi bahawa ia bukan satu isu sebab sentimen umum masyarakat di negara ini maklum akan keadaan pengambilan Pulau Pinang oleh Francis Light. Pengalaman saya menyaksikan pelbagai cemuhan dan penghinaan selama ini terutama melalui media sosial apabila menampilkan mengenai sejarah Pulau Pinang sebelum tahun 1786.

Saya perhatikan Ilmu Sejarah Pulau Pinang berlandaskan kepada citra budaya dominan arus perdana Pulau Pinang. Dan ia begitu keras menafikan sejarah Pulau Pinang wujud sebelum tahun 1786. Walaupun penduduk Melayu seluruh Pulau Pinang lebih kurang 50 peratus, citra sejarah dan paparan imej Melayu amat daif dan terpinggir.

Chandra menerusi makalah itu bertanya, kenapa fakta-fakta tentang sejarah Pulau Pinang tidak diketahui umum dan tidak menjadi sebahagian daripada pengetahuan arus perdana? Beliau mencadangkan bahawa keadaan ini mungkin kerana kejahilan sebahagian besar golongan yang berpengaruh dalam masyarakat. Ya, golongan itu jahil. Dan tidak, mereka maklum tetapi dalam penafian.

Golongan ini bergantung kepada Light bagi meraikan dan meriakkan susur galur etnik dan budaya, idea asal-usul dan kesahihannya mengenai perkembangan masyarakat majmuk di wilayah yang digelar sebagai ‘Georgetown’. Kononnya, Light membawa tamadun ke Pulau Pinang. Sebelum 1786, Pulau Pinang ‘tidak ada tamadun’ dan segala wacana merujuk zaman sebelum itu disifatkan sebagai ‘pra-sejarah’ Pulau Pinang.

Beberapa tahun dahulu dalam satu seminar di Pulau Pinang, sebelum saya dapat menghabiskan perenggan kedua pembentangan saya, mereka yang hadir, konon daripada golongan berpengaruh, berkecuali dan ‘multicultural’ amat cepat melenting dan mendesak bukti “kukuh”. Soalan-soalan seperti, “Mana ada Melayu di Pulau Pinang sebelum Francis Light datang?”, dilontarkan dengan lantangnya.

Saya merujuk kepada Masjid Jamek Batu Uban dibina pada tahun 1734. Saya sebut nama Muhammad Salleh @ Nakhoda nan Intan berasal dari Kampung Bodi (Buadi) Payakumbuh, kini di Sumatera Barat. Saya kata peneroka awal di Pulau Pinang bermastautin di Batu Uban, dan sebelum itu di Tanjung Penaga, berasal dari wilayah Minangkabau.

Sebaliknya beberapa persoalan ditanya mereka antaranya: “Jika orang Minangkabau mengasaskan masjid di Batu Uban, mengapa bumbung masjid itu tidak ada gonjong seperti seni bina di Minangkabau itu sendiri?” dan “Apakah sumbangan peneroka-peneroka seperti Nakhoda nan Intan, Datuk Jenaton dan Nakhoda Kecil kepada pembangunan Pulau Pinang?”. Pertanyaan itu mirip kepada menafi dan mentohmah para peneroka awal sebelum 1786.

Sejarah Melayu Pulau Pinang sebelum 1786 tidak diiktiraf dan tidak disebut dalam buku teks mata pelajaran Sejarah di sekolah. Apa yang disebut ialah ‘Kapten Francis Light.’ Malah, gelaran “Kapten” itu pun tidak betul dan tidak disebut dalam surat-surat rasmi antara beliau dan pihak berkuasa penjajah Inggeris di India. Sebutan dan gelaran yang diberi ialah ‘encik’ (mister).

Kewujudan Melayu di Pulau Pinang juga tidak disebut, dan ditonjolkan dalam permohonan Georgetown dan Melaka sebagai Bandar Warisan. Tahun 1786 dipaparkan sebagai bermulanya sejarah dan tamadun Pulau Pinang. Ini satu penipuan besar!

Naratif dalam Wikipedia melalui ‘George Town, Penang’ menyatakan, bandar itu ditemui pada 11 Ogos 1786 oleh Light, seorang pedagang untuk Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) sebagai pangkalan untuk syarikat itu dalam negeri-negeri Melayu. Beliau telah memperoleh Pulau Pinang daripada Sultan Kedah. Light tidak pernah bekerja dengan SHTI. Beliau bekerja dengan firma Jourdain Sullivan and de Souza yang mewakili SHTI.

Fakta sejarah yang kita perlu tahu, Light bukan hanya berhubung dan berunding dengan Sultan Abdullah Mukarram Shah (1778-1797), tetapi juga dengan Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin II (1710-1778), ayahanda Sultan Abdullah. Perundingan itu bukan sebagai beliau mewakili kerajaan Inggeris, tetapi mewakili firma perdagangan Jourdain Sullivan and de Souza. Butiran-butiran ini mestilah diletakkan dalam perspektif yang betul.

Dan apakah perspektif kita mengenai kedaulatan Pulau Pinang sebelum 1786? Hakikatnya telah wujud tamadun sebelum tahun 1786. Buktinya, masyarakat Melayu di Pulau Pinang bermastautin di sepanjang Sungai Pinang (awal 1700), Tanjong Penegeri dan Batu Uban, serta Kelawai (Kuala Awal) pada tahun-tahun 1730-an mengamalkan undang-undang Kedah. Batu Uban ialah sebuah pekan dan pelabuhan pada masa itu.

Dalam buku saya (sedang diterbitkan) bertajuk, “Batu Uban: Sejarah Awal Pulau Pinang (Dewan Bahasa dan Pustaka: 2015)”, saya menyifatkan Melayu di Pulau Pinang ini sebagai pengemis sejarah. Saya harap keadaan tersebut tidak berlarutan.

Usaha penghayatan sejarah Pulau Pinang sebelum 1786 tidak ada noktah. Usaha berterusan mesti dilakukan bagi meluruskan naratif melalui pelbagai cara. Selain daripada penulisan buku, makalah, ceramah dan sebagainya, sejarawan dan cendekiawan Melayu mesti menonjolkan diri dalam memaparkan sejarah Melayu Pulau Pinang (dan Kedah serta rantau ini) di pentas-pentas persidangan antarabangsa sebagai usaha melobi kepada masyarakat dunia yang kian lama disogok dengan cerita mitos. Catatan kolonial sendiri menyebut kewujudan Melayu di Tanjong sebelum tahun 1786.

Malah, catatan dan surat-surat Light menyebut bahawa beliau mempunyai ramai kawan keturunan Minangkabau dan Batak. Ini telah diakui oleh salah seorang generasi keenam Light bernama Noel Francis Light Purdon (penulis, pengkritik dan bekas ahli akademik Universiti Cambridge) dalam pertemuan kami di Adelaide, Australia, awal bulan ini.

Catatan beliau sendiri tidak menafikan Melayu sebelum 1786. Namun begitu, salah satu sebab mengapa mitos ini berlarutan ialah hampir setiap kali penulisan mengenai sejarah awal Pulau Pinang terpampang dalam surat khabar dan majalah berbahasa Melayu sekian lama yang saya ingat, imej, gambar dan tugu Light disiarkan walaupun tidak pernah relevan dengan cerita yang disampaikan. Mengapa pihak sidang pengarang Melayu sendiri tidak peka bahawa tindakan sebegitu akan hanya mengekalkan mitos tersebut?

Francis-light-Kubur-030-1024x614

PENULIS berkhidmat di Jabatan Pengurusan dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi PETRONAS, Seri Iskandar, Perak

INGATAN KEPADA YANG LUPA ! SESIAPA YANG MENOLAK SEJARAH PASTI MENERIMA PADAH

IBN KHALDUN

MENURUTI ADAT ADAT  DAN WARISAN TRADISI  LAMA SECARA MEMBUTA TULI  BUKAN BERMAKNA YANG LAMA AKAN HIDUP DAN MEKAR  SEMULA TETAPI MENYEBABKAN YANG BARU TIDAK TUMBUH BAHKAN KUYU DAN  MATI .

santayanhaSantayana 2

SESIAPA YANG MELUPAI SEJARAH

SESIAPA  TIDAK MENGAMBIL IKTIBAR DARIPADA PERISTIWA YANG LEPAS MEREKA PASTI  TERHUKUM DAN MENERIMA PADAH

DENGAN MELAKUKAN KESILAPAN DEMI KESILAPAN SECARA BERTERUSAN

BILA KITA TERIMA SEJARAH P.PINANG BERMULA DENGAN KEDATANGAN PENJAJAH INGGERIS PADA TAHUN 1786 BERMAKNA KITA MENOLAK SEJARAH PARA LELULUHUR KITA. KITA MENOLAK SEJARAH KITA BAHAWA KITALAH PEMILIK NEGARA INI. BERMAKNA KITA MENERIMA PENJAJAH DAN PENJAJAHAN SECARA BERTERUSAN WALAU PUN TELAH MERDEKA. MENGAPA ?

KERANA KITA SECARA RELA MENOBATKAN SEJARAH REKAYASA PENJAJAH  SEBAGAI SEJARAH KEBANGGAN KITA DAN MEMATIKAN MATA RANTAI SEJARAH SENDIRI YANG MENAMAKAN NEGARA INI TANAH MELAYU !ALANGKAH SEDIHNYA .INI SELARAS DENGAN KATA IBN KHALDUN :

BANGSA YANG TERJAJAH BIASANYA BERKEADAAN LEMAH, RASA KALAH TELAH MEMPENGARUHI MEREKA SEHINGGA TIDAK ADA KEKUATAN UNTUK BANGKIT SEMULA . APA LAGI  UNTUK MELAWAN !

BACA TULISAN PROF AHMAD MURAD MERICAN PULAU PINANG DAN  PENGKHIANATAN  SEJARAH

AHMAD MURAD 2

NEGARA YANG MERDEKA WAJIB MELURUSKAN SEJARAHNYA !

Antara tugas sebuah negara yang MERDEKA ialah MELURUSKAN SEJARAHNYA.Kita mesti,wajib meluruskan sejarah yang bengkok, sejarah yang penuh dengan muslihat dan tipu daya. Sejarah apa yang selama ini direkayasa atau ditinggalkan  oleh penjajah.

Dalam hal ini kita sebagai warga, pemimpin dan anak anak MERDEKA amat lemah.Kita menerima seadanya apa yang ditulis. Kita seperti burung tiong, melagukan apa yang didendangkan penjajah. Bukan sekedar itu saja. Kita rela menjadi Pak Kaduk, Lebai Malang, Pak Pandir dan watak- watak sepele,  dungu ciptaan penjajah.Bangga dengan sejarah penjajahan. Kononnya sejarah kita.

Implikasinya secara tidak langsung meneruskannya dalam udara lapok dan busuk. Tiada kesadaran bahawa  merdeka bererti mengubah apa yang dusta dan palsu supaya  menjadi bangsa yang bebas, bermaruah dan cendekia.Dalam erti kata lain tidak lagi dikongkong,diperbodohkan  oleh sesiapa. Malu untuk disebut Benarkah begitu  apa yang berlaku dan dilakukan kita selama ini ?

Contohnya kita terima bulat bulat sejarah PP baru  bermula dengan kedatangan Kepten Francis Light pada tahun 1786. Ini menafikan sejarah bahawa PP telah dibuka dan terbuka jauh lebih lama sebelum itu. Timbul nama nama Datuk Jenaton, Datuk Nakhoda Kecil dan Datuk Nakhoda Nan Intan yang telah membuka Gelugor, Tanjong Penaga dan Batu Uban  50 tahun terlebih awal daripada Mr Light sekitar tahun 1730an.

Kebanyakan nama nama tempat yang dilakar dalam peta peta terawal  adalah nama nama asal. Maknanya telah wujud ratusan tahun sebelumnya. Nama nama besar yang membuka tempat tempat strategik di PP adalah para nakhoda. Mereka ada ilmu dan dapat membaca selok belok kawasan sesuaikah dijadikan pelabohan dan petempatan. Ternyata kawasan kawasan yang mereka buka telah menjadi tempat terpenting di kemudian hari.

Kenapakah sejarah nasional kita yang membonglar kebenaran sejarah dipandang remeh. Ini menunjukkan bahawa pemujaan kita terhadap sejarah KOLONIAL sangat kuat. Ini bermakna acuan dan dominasi  penjajah masih masih kuat  melekat dan erat mengongkong kita meski pun telah MERDEKA. Marilah kita berfikir sejenak tentang erti kemerdekaan. Marilah menoleh sebentar  apa yang telah  dilakukan oleh Indonesia, India, Burma , Sri Lanka dan lain negara terhadap sejarah mereka.

Mereka telah  mengubah kesan dan citra penjajah. Negara negara itu sudah mengembalikan ROH DAN  JATIDIRI menjadi sebuah NEGARA BANGSA YANG MERDEKA. Di PP warisan penjajah berkudrat dan kuat , warisan rakyat dan penduduk asalnya dirembat dan hilang tanpa nama ibarat kuburan tanpa batu nisan. Justeru siapa peduli ? Apakah kita ini telah menjadi watak watak yang mangli dan beransur ansur menjadi pekak, buta dan bisu terhadap sejarah dan warisan sendiri.

Seterusnya baca tulisan Prof Ahmad Murad Merican pembongkar sejarah awal PP sebelum ketibaan penjajah berjodol PULAU PINANG DAN PENAFIAN SEJARAH. Tulisan beliau akan disiarkan kemudian.

Sekadar usul  dan percobaan untuk menguji sikap kita demi untuk mengembalikan jati diri kita sebagai warga negara sebuah negara bangsa yang MERDEKA. Beranikah kita mengubah nama GEORGE TOWN menjadi TANJONG dan BUTTERWORTH menjadi BAGAN di PULAU PINANG

PULAU PINANG BANDAR BAHARU                                                KEPTEN LIGHT MENJADI RAJA                                                           KALAU  DIKENANG MASA NAN LALU                                                  RASA MENITIS SI AIR MATA

PULAU PINANG POLITIK SELEPAS MERDEKA

 

P.PINANG asalnya wilayah kesultanah Kedah.Sebuah wilayah yang mempunyai kesinambungan dengan induknya KEDAH. Sejarah yang tidak boleh dipisahkan daripada KERAJÀAN  KEDAH.  Penemuan terkini membuktikan  kerajaan Melayu yang memiliki TAMADUN tertua di Asia Tenggara.

Apa pun yang berlaku sejarah P.Pinang dengan ibundanya Kedah seperti  tidak dapat disambung. Dipisahkan dalam sebuah negari yang berjiran. Masing masing jadi negeri yang tersendiri. Ia menjadi terpisah kerana P.Pinang wujud menjadi sebuah negeri berdaulat dalam PERSEKUTUAN TANAH MELAYU.

Malangnya ini berlaku dalam sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Mengapakah terjadinya yang sedemikian rupa. Implikasinya di PP tidak ada tanah rezab . Apatah lagi tanah warisan Melayu. Di PP warisan Melayu ssperti tidak ada tempat dan hampir tidak dipedulikan. Mengapa ? Warisan di P.Pinang bermula dengan KOLONIAL diikuti dengan KAUM AMIGRAN CHINA DAN INDIA. Itulah yang diterima menjadi pemula dan penerus warisan. Warisan Melayu dianggap sesuatu yang asing dan sukar dibuktikan kewujudannya di pulau yang penduduk asalnya MELAYU. Ia seperti telah dijangka akan berlaku apabila Kepten Light mendarat dan seterusnya menjajah P.Pinang. Dengar dengar lah pantun ini untuk memahami mesejnya .

PULAU PINANG BANDAR  BAHARU                                                                       KEPTEN LIGHT JADI RAJA                                                                                           KALAU DIKENANG MASA NAN LALU                                                                         RASA MENITIS SI AIR MATA

Bukar sekadar itu sahaja, malahan apa yang berlaku jauh daripada itu seperti sudah diteka.Terbukti apa yang kini sedang berlaku iaitu  kehilangan kampung kampung Melayu secara nyata di seluruh PP terutama di pusat bandar George Town dan persekitaranya.

Bolehkah bangunan bangunan warisan  yang telah hilang didatangkan semula untuk menampilkan bukti kewujudan warisan Melayu di P.Pinang. Ia seperti mustahil.Mengapa ? Apa yang ada pun sukar dipertahankan. Apa lagi yang telah hilang. Bagamaina pun warisan rumah P.PRamlee yang hampir hampir lenyap berjaya diselamatkan. Itu  hasil tindakan berani Pengarah Muzium Negara Zakiah Hanum pada tahun 1980an. Namun rumah dua pengarang Melayu yang terkenal masih belum boleh diselamatkan. Kata pepatah MAHU 1000 DAYA TAK MAHU 1000 DALIH. Jika warisan penjajah boleh dipulihara dan dinobatkan mengapakah usaha mengembalikan warisan penduduk asal menjadi begitu sulit kerana dihalang oleh berbagai hambatan yang kita bina sendiri.