PAS! PERJUANGAN YG BELUM SELESAI: HENDAK KE MANAKAH HJ HADI !

Sejarah Parti Islam Se Malaysia (PAS)

By admin | 22/01/2018 | Info PAS | No Comments

PAS tertubuh pada 1951.Sebelumnya ia sebahagian drpd UMNO sebagai Biro Agama. Ulama dlm UMNO kecewa dengan elit feudal yang pendiriannya kabur cara mana syariat Islam hendak dilaksana dalam Malaya merdeka. Mereka tubuhkan Persatuan Alim Ulama Semenanjong sebagai wadah agama dan platform perjuangan Islam.Ia berakhir dengan penubuhan parti Islam SeMalaya. Singkatan PAS

Masuk PRU 1955 sebelum merdeka menang 1 kerusi di Kerian, Perak menerusi wakilnya Hj Ahmad Tuan Hussein. Permulaan kerusi pembangkang .

PRU pertama pasca merdeka tahun 1959 PAS di bawah kepimpinan Dr Burhanuddin Al.Helmi tawan Kelantan dan Tersmgganu.

PAS melalui beberapa tahap kejayaan. Pada tahun 1969 PAS kekalkan kekuatan di Kelantan dan menang beberapa kerusi parlimen di Kedah dan Perak.

Selepas 13 Mei 1969 PAS kerjasama dengan UMNO yang kalah teruk dalam PRU ke 3 membentuk BN.

Mulai alami kemerosotan. Hasil permainan politik licik UMNO, pada tahun 1977 , PAS ditendang keluar drpd BN. Dlm PRU 1978 PAS kehilangan Kelantan.

1978 -1989 zaman kemerosotan PAS. Bangkit semula dengan menawan Kelantan pada tahun 1990 di bawah kepimpinan Ustaz Fadzil Mohd Noor.Ini menerusi kerjasama dalam Angkatan Perpaduan Ummah. PAS kerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah

Geraf PAS terus meningkat dlm PRU 1999 apabila tawan kembali Terengganu yang terlepas daripada tangannya pada tahun 1961 (38 tahun lampau)

Pengatuh PAS terus melebar do bawah kepimpinan Ust. Fafzil.Noor. Pilihan raya umum 2008 PAS buktikan pengaruhnya meluas ke negeri Pantai Barat. Seruannya PAS FOR ALL, ISLAM RAHMATAN LIL.ALAMIN dan NEGARA BERKEBAJOKAN. Dlm PRU 2013 PAS kekalkan momentumnnya.

UMNO yang tergugat dengan kemaraan Pakatann Rakyat telah berjaya menlankan jatum muslihaynya untuk pecahkan PR. PAS keluar PR pada tahun 2015 Mulai tarikh itu PAS ubah haluan. Di bawah kepimpinan Hj Hadi, PAS menjadi parti agama, parti alim ulama atau parti mullah, PAS keluar dan robohkan PR.

Kesimpilannya PAS kini kembali jadi parti Pantai Timur. Tertumpi di

Hasil

Kejayaan cemerlang PAS dalam pilihan raya umum ke-12 pada 2008 telah meletakkan PAS sebagai sebuah parti pembangkang utama yang dilihat oleh rakyat berupaya mengambil alih pemerintahan negara. Semenjak 1990, PAS telah melangkah maju daripada sebuah parti pembangkang yang dianggap “ekstrem” menjadi sebuah parti pemerintah yang moderat dalam melaksanakan cita-cita Islamnya bermula di Kelantan semenjak 1990, kemudian ke Terengganu pada 1999 hingga 2004, dan kini PAS mendapat kepercayaan rakyat di Kedah, Perak dan Selangor. Di Parlimen juga, PAS telah bangkit dan menguasai 10 peratus daripada kerusi Parlimen atau 25 peratus daripada keseluruhan kerusi pembangkang. Perkembangan ini meletakkan PAS dalam perhatian peminat politik, pengkaji dan juga penyelidik.

SIDANG BERSEJARAH… Haji Ghazali Abdullah sedang mempengerusikan Persidangan Persatuan Ulamak Se-Malaya di Bagan Tuan Kechil, Seberang Perai pada 24 November 1951 yang berjaya menubuhkan PAS.

Sebenarnya, kemunculan PAS dalam sejarah politik tanah air telah bermula semenjak 23 Ogos 1951 apabila para ulamak yang bersidang di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Ulamak Se-Malaya. Nama persatuan ini kemudiannya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951, dalam satu persidangan ulamak Malaya di Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai. Itulah sekelumit permulaan sejarah PAS yang diasaskan oleh para ulamak yang kemudiannya berkembang menjadi sebuah pertubuhan politico-dakwah yang penting di negara ini. Penglibatan dan sumbangan PAS dala politik negara bermula sebaik sahaja ia ditubuhkan walaupun ramai pengkaji mengatakan PAS hanya menyertai politik menjelang pilihan raya 1955.

MESYUARAT AGUNG PERTAMA… Yang Dipertua PAS, Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan sedang menyampaikan Ucapan Dasar PAS dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Pertama pada 4 Januari 1953

Kemunculan PAS ini dikatakan hasil daripada silang pengaruh yang berlaku antara beberapa gerakan Islam yang lebih awal seperti Ikhwanul Muslimun di Mesir, Masyumi di Indonesia dan Jamaat Islami di Pakistan. Ketiga-tiga pengaruh ini telah menyerap masuk ke Tanah Melayu melalui para ulamak yang belajar di Mesir, Mekah, India dan Indonesia. Ksedaran yang awal ialah para ulamak atau umat Islam memerlukan sebuah pertubuhan atau badan yang boleh mewakili mereka dalam semua aspek kehidupan terutama dalam keadaan Tanah Melayu sedang dijajah oleh British ketika itu. Longgokan ksedaran ini kemudiannya menghasilkan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 1947 diikuti oleh Hizbul Muslimin pada 1948 kesan daripada usaha gigih Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Walau bagaimanapun, gerakan Islam yang berpusat di Gunung Semanggol ini terkubur ekoran penguatkuasaan Ordinan Darurat pada Jun 1948.

Para ulamak mengambil beberapa sikap selepas tragedi darurat ini. Ada yang “tawakuf” daripada politik kepartian tetapi menggerakkan kesedaran rakyat melalui institusi pendidikan atau media massa. Dalam fraksi yang lain, para ulamak telah mengambil sikap untuk menyertai parti nasionalis Umno bagi membolehkan isu-isu umat Islam diperkatakan. Beberapa tokoh Hizbul Muslimin seperti Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang lepasan Maahad Il Ihya Assyariff, Gunung Semanggol telah menyertai Umno pada 1950 dan dilantik mengetuai Bahagian Agama dan Pelajaran Umno. Bahagian ini kemudiannya mengaturkan beberapa persidangan untuk membolehkan ulamak menubuhkankan persatuan. Dalam tulisannya, ‘Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan, Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap Umno yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, pengajuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain. Dalam satu persidangan ulamak yang dipimpin oleh Sheikh Abdullah Fahim, Mufti Pulau Pinang di Seberang Perai pada 1951, mereka telah mengeluarkan fatwa mengharamkan judi loteri anjuran Umno.

Dalam konflik pelbagai yang dihadapi oleh para ulamak dan situasi politik semasa yang masih tidak menuju kepada jalan Allah itu, maka para ulamak membuat pendirian untuk menubuhkan PAS. Haji Ahmad Badawi, seorang ulamak di Seberang Perai telah mengeluarkan satu manifesto yang dinamakan “Manifesto al-Badawi” dengan tema “Ulamak ke Jalan Allah” bagi menyambut persidangan untuk menubuhkan PAS pada 24 November 1951. Mereka memutuskan supaya PAS menjadi sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan melalui landasan demokrasi ke arah membentuk sebuah negara yang diredhai Alah. Para ulamak menolak bentukbentuk perjuangan yang diasaskan berdasarkan ideologi ciptaan manusia yang dibawa masuk oleh penjajah.

KEPEMIMPINAN BARU… Dr Burhanuddin al-Helmy bersama Ustaz Othman Abdullah (tengah) dan Ustaz Ahmad Long selepas Mesyuarat Agung Tahunan PAS pada 1958

Semenjak itulah, PAS muncul sebagai sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan negara, kemudian menyertai pilihan raya demi pilihan raya. PAS juga menggunakan pelbagai saluran untuk menyampaikan mesej dakwahnya termasuk membentuk beberapa kerjasama politik dengan orang bukan Islam semenjak 1953. Di bawah kepemimpin Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr Haji Abbas Alias, PAS bercakap soal kemerdekaan yang boleh ditegakkan hukum Islam. PAS menolak kerakyatan jus soli yang merugikan peribumi dan PAS mendesak supaya Islam dijadikan dasar negara yang merdeka. Apabila Dr Burhanuddin al-Helmy mengambil alih kepemimpinan PAS pada akhir 1956, PAS mula memperincikan sikapnya terhadap kemerdekaan yang hendak dicapai yang dianggap masih kosong dari matlamat sebenar kerana mengabaikan kebangsaan Melayu dan ketuanan Islam1. Hal ini tergambar daripada hasrat Dr Burhanuddin,

“Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terusmenerus memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi negara Tanah Melayu ini dengan bertapak di atas asas ideologi Islam yang maha suci”.

BERKERAJAAN… Saf ADUN Kelantan 1959 bergambar di Istana Balai Besar selepas mengangkat sumpah. Dalam Pilihan raya 1959, PAS telah berjaya membentuk kerajaan di Terengganu dan Kelantan.

Penyertaan PAS dalam pilihan raya 1959 telah memberikan kejayaan besar apabila Terengganu dan Kelantan berjaya dikuasai. PAS membentuk kerajaan yang dipimpin oleh Mohd Daud Abdul Samad di Terengganu dan Ustaz Ishak Lotfi Omar di Kelantan sebagai Menteri Besar. PAS memulakan langkah sebagai kerajaan di dua negeri Pantai Timur untuk menterjemahkan ideologi perjuangannya yang berasaskan al-Quran dan Sunnah. Namun begitu, kerajaan PAS di Terengganu telah dijatuhkan pada Oktober 1961 hasil permainan politik kotor Perikatan. Di Kelantan, PAS berjaya bertahan sehingga BN mendaruratkan Kelantan pada akhir 1977. Dalam konteks ini, PAS-lah satu-satunya pembangkang yang diberikan kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah kerajaan negeri di negara ini.

PERALIHAN… Dr Burhanuddin dan timbalannya, Dato’ Mohd Asri Haji Muda dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS 1964 di Stadium Chin Woo, Kuala Lumpur. Selepas Mesyuarat Agung ini Mohd Asri memangku jawatan Yang Dipertua Agung PAS sehingga 1971

Selepas kejatuhan Terengganu pada hujung 1961, PAS mulai menerima tekanan-tekanan politik seperti penyalahgunaan ISA, penahanan Dr Burhanuddin al-Helmy diikuti oleh sekatan politik, keganasan Pemuda Tahan Lasak Umno dan beberapa siri pembunuhan politik. Perjuangan PAS untuk memartabatkan kebangsaan Melayu Raya berasaskan Islam telah dijadikan kambing hitam dalam Konfrantasi Indonesia pada 1963. PAS menolak pembentukan Malaysia kerana mahukan sebuah negara Melayu yang lebih besar meliputi seluruh alam Melayu dibentuk. Dalam masa yang sama Umno mencanangkan isu-isu perkauman yang akhirnya membawa kepada beberapa siri perbalahan kaum di Pulau Pinang, Perak dan Singapura antara 1964 hingga 1969, dan kemuncaknnya tercetus Tragedi 13 Mei 1969 yang mengubah landskap politik negara. Selepas tragedi ini, Datuk Mohd Asri Muda yang memangku jawatan Yang Dipertua Agung PAS semenjak 1965 telah dilantik sebagai Yang Dipertua Agung PAS pada 1971.

MUKTAMAR 1978… Dato’ Mohd Asri bersama Pak Yusof Rawa dalam Muktamar Tahunan PAS 1978, setelah PAS dikeluarkan dari BN dan kalah di Kelantan.

PAS memasuki era baru dalam politik negara apabila PAS mula meneroka kerjasama dengan Umno bagi menjamin kestabilan politik negara, mengekalkan ketuanan Melayu dan menyerapkan Islam dalam pemerintahan. PAS menyertai beberapa parti lain telah membentuk Kerajaan Campuran PAS-Perikatan pada 1973, kemudian sama-sama mengasaskan Barisan Nasional (BN) pada 1974. BN mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya 1974 dan PAS sendiri telah berjaya menembusi ruang-ruang yang baru sehingga membolehkan Islam di sampaikan ke corong telinga rakyat dengan lebih berkesan. Walau bagaimanapun, keterbukaan PAS dalam membentuk kestabilan politik negara telah disalahgunakan oleh musuh-musuh politiknya dengan melaga-lagakan pimpinan PAS sehingga terjadi krisis politik Kelantan pada 1977. Akibatnya, PAS telah menolak Akta Darurat (Kelantan) 1977 yang menyebabkan PAS bukan sahaja disingkirkan dari BN, tetapi turut kehilangan Kelantan.

PIMPINAN BARU… Dari kiri: Pak Yusof Rawa, Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Syed Ibrahim dan Ustaz Nakhaie dalam Muktamar Tahunan PAS 1981. Selepas muktamar ini, Kepemimpinan Ulamak diasaskan

Setelah melalui tempoh yang mencabar antara 1978 hingga 1982 di mana PAS terpaksa berhadapan dengan perpecahan, kehilangan kuasa pemerintahan, tekanan ISA dan krisis kepemimpinan, akhirnya PAS telah mengasaskan kepemimpinan ulamak pada Oktober 1982. Tuan Haji Yusof Rawa telah diangkat untuk memimpin PAS bagi menggantikan Datuk Mohd Asri yang meletakkan jawatan. Permulaan era kepemimpinan ulamak memperlihatkan PAS kembali kepada asas perjuangannya untuk mendaulatkan Islam dan memberikan penekanan terhadap kwajipan tersebut. Gerakan dakwah PAS berkembang dengan lebih tersusun melalui pendekatan haraki dan dalam masa yang sama PAS terus membina jambatan dakwah dengan non-Muslim sehingga terbentuk Majlis Perundingan Cina (CCC). Di sudut yang lain, pendekatan PAS telah disambut oleh kerajaan dengan melaksanakan juzuk tertentu daripada Islam seperti Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam, Dasar Bersih, Cekap dan Amanah serta penubuhan Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa dan lain-lain.

PEMBAHARUAN POLITIK… Ustaz Fadzil Mohd Nor merintis kerjasama politik dengan Semangat 46 pada 1988 yang membolehkan PAS berkuasa semula di Kelantan

Paling mencabar pada era kepemimpinan ulamak ialah beberapa siri penyalahgunaan ISA yang berlaku pada 1984, 1987 dan 1989, ketimbang dengan desakan PAS untuk diadakan Debat Terbuka PAS-Umno pada 1984. Dalam kemelut ini, tercetus pula tragedi Memali pada November 1985 yang mengorbankan 14 orang ahli PAS. Tetapi, pada 1987, Umno pula menghadapi krisis kepemimpinan sehingga parti tersebut diharamkan. Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor memanfaatkan kesempatan ini dengan mewujudkan kerjasama politik dengan serpihan Umno, Semangat 46 yang membolehkan PAS berkuasa semula di Kelantan. Ketua Dewan Ulamak PAS (kemudian Mursyidul Am PAS), Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat diberikan kepercayaan untuk memimpin kerajaan Kelantan semenjak 1990. Dengan dasar “Membangun Bersama Islam”, PAS berjaya melaksanakan tanggungjawabnya untuk menegakkan hukum Allah yang berada dalam bidang kuasana.

Pada 1996, PAS mula berkrisis dengan Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) yang menyebabkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang dibentuk pada 1989 berpecah. Dua tahun kemudian, Umno sekali lagi menghadapi perpecahan ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebabkan wujudnya gerakan Reformasi. PAS telah memimpin Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) bagi menuntut keadilan kepada rakyat, kemudian menubuhkan Barisan Alternatif (BA) pada 1999. Melalui BA, PAS berjaya merampas semula Terengganu. Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang diamanahkan untuk mengetuai kerajaan Terengganu sehingga 2004. Selepas pencapaian lemah PAS pada 2004 kerana momentum Perdana Menteri baru, PAS bangkit semula pada 2008 dengan mengetuai tiga kerajaan negeri dan turut serta dalam kerajaan di Selangor. Kini, PAS dilihat sebagai pencabar utama Umno dalam menguasai politik orang Melayu Islam.

Sepanjang tempoh 1951-2008 ini, PAS telah dipimpin oleh tujuh orang Yang Dipertua Agung/Presiden iaitu Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan (1951-1953), Dr Haji Abbas Alias (1953-1956), Profesor Dr Burhanuddin al-Helmy (1956-1969), Datuk Mohd Asri Muda (1969-1982), Tuan Haji Yusof Rawa (1982-1988), Dato’ Fadzil Mohd Noor (1988-2002) dan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (2002 hingga sekarang). Para pengkaji yang menganalisis perkembangan PAS ini mengatakan PAS telah mengalami empat jenis kepemimpinan iaitu kepemimpinan ulamak tradisi (1951-1956), kepemimpinan nasionalis kiri (1956-1969), kepemimpinan nasionalis kanan (1969-1982) dan kepemimpinan ulamak haraki (1982-sekarang)3. Dalam pada itu juga, mereka mengatakan PAS telah melalui empat tahap perkembangan iaitu tahap kemunculan (1951-1959), tahap kebangkitan (1959-1973), tahap kemuncak (1973-1977), tahap kejatuhan (1977-1990) dan tahap kebangkitan semula (1990-sekarang)4. Dari sudut pembinaan ideologi perjuangan PAS, dikatakan berlaku tiga fasa iaitu fasa penubuhan dan pembentukan ideologi (1951-1958), fasa pencernaan ideologi (1958-1982) dan fasa pengukuhan idelogi (1982-1995)5.

————————————

1 Burhanuddin al-Helmy (1957), Panduan Jiwa Pergerakan, dlm. Suara Islam, Thn. 2, Bil. 1, Disember.
2 Burhanuddin al-Helmy (1960), Sambutan Kemerdekaan Kali Ketiga, Utusan Melayu, 31 Ogos.
3 Mohd Fadli Ghani (2003), Dewan Pemuda PAS: Suatu Kajian Terhadap Tahap-tahap Perkembangan Organisasi
Dalam Era Bertindak, 1975-2003, Tesis Sarjana Sastera, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi UKM, h. 27.
4 Wan Abdul Rahman Latif (1992), Parti-parti Politik di Malaysia: Asas Perjuangan dan Penerimaan Masyarakat,
dlm. Dunia Islam, Feb., h. 35.
5 Zambry Abd Kadir (1995), Religion and Politics: The Search for Political Legitimacy of The Pan-Islamic Party of
Malaysia, Tesis PhD, Temple

Proton-Perodua SUV race heats up


image: https://www.thestar.com.my/~/media/online/2018/09/12/11/16/proton-x70-2.ashx/?w=620&h=413&crop=1&hash=8C42A77C62781C7DE26C2F923EDBFE1181C1BA6D

“Perodua will focus on sales while Proton will focus on improving consumer perception. Proton will rely on the SUV to test the various operational reforms and processes that are being introduced to win back consumer confidence,” the research house said in a recent report.(File pix shows an X70.)

“Perodua will focus on sales while Proton will focus on improving consumer perception. Proton will rely on the SUV to test the various operational reforms and processes that are being introduced to win back consumer confidence,” the research house said in a recent report.(File pix shows an X70

TUKAR SEGERA GEORGE TOWN JADI TANJONG DAN BUTTERWORTH JADI BAGAN !

Pengkaji Sejarah : Tukar nama asal Georgetown ke Tanjong & Butterworth ke Bagan

Posted by Penang Kini on 23:40 in dalam negeri Terkini |Comments : 0

GEORGE TOWN, 4 Muharram 1438H, Rabu – Pengkaji sejarah, Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican mencadangkan supaya nama George Town dan Butterworth di Pulau Pinang ditukar kepada nama asal iaitu masing-masing Tanjong dan Bagan.

Justeru, beliau meminta Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Jabatan Warisan Negara dan kerajaan negeri Pulau Pinang supaya mengekalkan nama asal dua tempat berkenaan.

Nama Tanjong ditukar kepada George Town oleh pengasas penempatan British di Pulau Pinang, Kapten Francis Light pada 1786 dan nama Bagan ditukar kepada Butterworth oleh gabenor pertama Pulau Pinang, Sir George Alexander William Leith.

“Nama asal itu membuktikan bahawa komuniti Melayu sudah berada di situ sebelum ketibaan Francis Light dan dengan mengiktiraf nama asal, maka sejarah yang lebih tua turut diiktiraf,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurutnya, Datuk Nakhoda Intan, atau nama asalnya Raja Nan Intan dari Paya Kumbuh, Sumatera Barat, telah membuka pelabuhan Batu Uban serta mengasaskan penempatan di kawasan itu pada 1734 selepas mendapat perkenan Sultan Kedah, Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Muazzam Shah II.

Selepas ketibaan Datuk Nakhoda Intan, saudaranya Nakhoda Bayan dan Nakhoda Kecil telah datang ke pulau itu bagi membuka kawasan penempatan di Bayan Lepas dan Jelutong, kata Prof Ahmad Murad, yang juga ahli fakulti Pusat Penyelidikan dan Kajian Antarabangsa (Cenpris), Universiti Sains Malaysia (USM).

Selain nama George Town dan Butterworth, beliau berkata kerajaan negeri boleh menamakan nama-nama jalan mengikut pengasas kawasan penempatan Melayu seperti Datuk Nahkoda Intan dan Datuk Nakhoda Kecil.

Prof Ahmad Murad, yang juga presiden Persatuan Sejarah dan Warisan Melayu Pulau Pinang, berkata langkah menukar kepada nama asal perlu bagi menyahjajah kerana pengasas awal sebelum ketibaan Francis Light tidak diiktiraf oleh mana-mana pihak.

“Langkah ini adalah satu penghormatan kerana mereka ini juga menyumbang kepada sejarah negeri ini. Jangan hanya melihat kepada sejarah orang kulit putih…biar lebih daripada itu,” katanya.

Dalam pada itu, katanya Cenpris berusaha mengenal pasti kewujudan lebih 660 kampung tradisional di seluruh negara untuk pengumpulan sejarahnya.

“Ini bertujuan bagi mengelak sejarah kampung tradisional itu dipadam sama sekali,” katanya.- Bernama

APA NAK JADI DENGAN MASA DEPAN NELAYAN DI PP APABILA TAMBAKAN LAUT SEMAKIN BERLELUASA

Benarkah rakyat PP terutama nelayan menentang tambakan laut secara leluasa ? Sebahagian besar orang awam rileks dan tenang saja. Macam tak ada apa yang menggugat kehidupan mereka. Yang bising hanya beberapa kerat nelayan atau orang tertentu yang buat buat sebok kononnya penambakan laut semakin mengancam kehidupan dan menyekat pergerakan mereka. Bolehkan berlaku gerakan massa dan aksi nelayan untuk menentang projek yang menggugat periuk nasi mereka. Pasti tambakan laut akan menghapuskan tapak habitat dan hidupan laut – ikan, udang, ketam,siput, rumpai laut dsbnya.

Jika mereka ambil sikap tidak kisah ia akan jadi suara terpinggir saperti anjing menyalak bukit, bukit takkan runtuh.Kalau nak lawan lawan sungguh -sungguh. Mengapa ? Ini melibatkan pintu rezeki  dan masa depan mereka. Tambakan laut kini menjadi satu kegilaan. Kononnya untuk menambah tanah demi untuk pembanguna. Pembangunan untuk siapa ? Adakah manfaatnya tedhadap rakyat yang tiada berumah ?

Jika dibuat tambakan laut sekurangkurangnya rakyat ada bahagian dalam reklaimation yang dibuat. Kawasan itu asalnya tapak kehidupan nelayan mencari rezeki sejak zaman berzaman. Amat zalim jika hak mereka dinafikan terus sebagaimana kes tambakan laut di Tg Tokong zaman BN. Langsung rakyat tak ada bahagian.Tambakan jadi hak swasta. Pembinaan rumah yang dibuat bersifat mewah.Pasarannya mengutamakan pembeli luar negara.

Massa rakyat wajar digerakkan secara menyeluruh jika tebusguna mengenepikan hak hak rakyat ambil tempat dan bahagian dalam PEMBANGUNAN ! Katakan ini sah bantahan rakyat. Bukan kerana sape sape. Teruskan demi memperjuangkan hak hak rakyat supaya mereka ada hak dan bahagian dalam pembangunan yang lebih adil dan seimbang. Pembangunan mega tidak harus mengambil tempat secara dalam secara berleluasa kerana ia mengetepikan hak dan bahagian rakyat di dalamnnya. Relakan kerajaan melihat rakyat sendiri menjadi orang terbuang, teraniaya dalam pembangunan yang utamakan komersial semata mata ? Sedangkan rakyat semakin terpinggir di bumi sendiri. Manakala pergerakan nelayan turun ke laut semakin tersekat kerana kawasan penangkapan ikan mereka semakin tersekat, terancam dan mengecil.

TIADA LOMPAT KATAK DUA ADUN UMNO PULAU PINANG

Little chance of ‘political frogs’ in Penang


  • N
  • Thursday, 20 Dec 2018
Remaining loyal: Muhamad Yusoff says he and Nor Hafizah will not betray the trust of the people and they will remain in Umno.

Remaining loyal: Muhamad Yusoff says he and Nor Hafizah will not betray the trust of the people and they will remain in Umno.

GEORGE TOWN: While “political frogs” are leaping around the country, there seems little chance of that happening at the Penang state assembly because of the state’s anti-hopping law of 2012.

Enacted to hinder crossovers of the then Pakatan Rakyat assemblymen after the 2013 general election, the law now works to prevent the assembly’s three opposition members – two from Umno and one from PAS – from leaving their parties and continue to remain in office.

Rumah pusaka yang telah diruntuhkann Uda Hldgs 282 H, Jalan Sheikh Ibrahim Tg Tokong. Di situ dilahirkan pada tahun 1952. Di situ 10 org adik2ku lahir dan membesar. Gamak Uda Hldgs x ganti rumah rumah kami dan bg apa2 pampasan pun untuk anak Tg Tokong.Itulah perangai buruk dan bejat puak ketuanan Melayu. Perangai jahat hasil dendam kesumat menyanggupkan mrk buat kezaliman atas bangsanya sendiri. Kampung Pala pun kalah kes mahkamah tapi kerajaan negeri PP ttpkan syarat mesti rimah ganti rumah. Malah dapat ganti rumah teres 2 tingkat. Ini gara gara krn ada PRIBUMI TANJONG TOKONG TUNTUT SATU BAHAGIAN KAMPUNG INI JADI KAMPUNG WARISAN. Salahkah ? Kampung China Bang Liau yg kemudian daripada itu atas usaha LGE CM (2008 – 2018) jadi warisan dgn tetdirinya projek AVATAR menghidupkan semula tokoh2 mrk yg kononnya mengasaskan kampung tersebut. Sdgkan TANJONG TOKONG ADALAH KAMPUNG MELAYU YG TERAWAL. Maksud perkataan TOKONG pada TANJONG TOKONG bukan bererti BERHALA. Maksudnya berkait dgn sifat geografi iaitu sebuah tanjong yg dimuka lautnya terhimpun longgokan batu batu gondol yg besar. Gamvaran itu masih ada di Tg Tokong sampai kini di muka laut. Takkanlah orang Melayu nsk namakan kampungnya dgn maksud berhala atau toh pek kong ! Paling kurang pun istilah yg guna pakai KERAMAT, sprt nama Pulau Keramat yg tak jauh drpd Tg Tokong.Jadilah pembangunan TG TOKONG hanya pembangunan fizikal. batu bata dan simen belaka. Ia tanpa pengisian budaya, warisan dan sejarah.Tg Tokong kini tenggelam dlm pembangunan komersial yg semakin menghakis identiti penduduk asalnya malah menjadikan Melayu jd orang asing di tanah airnya sendiri. Akhirul kalam kata Prof Ahmad Murad Merican dalam satu peristiwa bersejarah PERISYTIHARAN TANJONG TOKONG pada April 2014:

Sorry to say sepanjang 50 lbh MERDEKA di bawah kepimpinan UMNO – PERIKATAN – BARISAN NASONAL Melayu PP semakin hilang segalanya. Hilang hak, hilang sejarah, hilang warisan, hilang kehadiran sebagai penduduk bandar, hilang habitat, hilang penyertaan dalam ekonomi hilang, hilang, hilang segalanya sebagai anak negeri dan bumiputra P.Pinang
Mengapa? ……kerana pengkhianatan agensi agensi yang diamanahkan untuk membantu rakyat ttp mengkayakan golongan ningrat dan korporat

Bayang reklaim seluas 980 ekar iaitu 20 kali di gafan pantai kampung Tanjong Tokong satu bahagian pun x diberi untuk perluasan kampung dan atasi masalah kepadatan kampung sekepada 60 merdeka.Alih alih buat pembangunan di tanah kampung yang dah sempit dgn memadatkan sgl pembangunan di situ. Tanah reklaim dibuat utk komersial, pemvangunan mewah untuk orang asing dan luar utk tujuan FDI. MANAKAH BAHAGIAN RAKYAT ????????