PKR ABAIKAN PELUANG SEDANGKAN IMPIAN UMNO UNTUK BERKUASA DI PP MASIH JAUH !

fb_img_1473684741255Impian UMNO untuk  berkuasa semula  di PP masih jauh. Parti itu hanya menang 10 kerusi daripada 15 kerusi yang ditandinginya. Pencapaiannya masih tempang  sekadar 25 % sahaja.Masih jauh daripada jumlah  keseluruhan 40 kerusi DUN PP. Itu pun penguasaannya di kerusi tradisi majoriti Melayu. Dua di parlimen Seberang Prai dan 1 di Balik Pulau.

Di DUN bercampur seperti Sungai Bakap, Batu Maung, Pantai Jerejak dan Seberang Jaya, UMNO masih gagal menawan hati bukan Melayu.

Namun di Parlimen dan DUN Balik Pulau, Kepala Batas dan Tasik Gelugor UMNO  menang 100 % mebetuk kemenangan 9 DUN. Tambah 1 kerusi di Sungai Aceh. Itu pun berpunca hasil pertandingan 3 penjuru UMNO, PKR dan PAS menyebabkan calon PKR  Cikgu Bard tewas

Bagaimana pun di  Parlimen dan DUN Permatang Pauh, kubu kuat DSAI , UMNO kalah  100 %.

Ketua Perhububgan UMNO PP Datuk Zainal Abidin Osman kalah di parlimen Nibong Tebal di tangan Datuk Mansor Othman Ketua MPN Majlis Pimpinan Negeri PKR, P.Pinang

Di DUN Sg Bakap Calon UMNO kalah di tangan Calon PKR  Datuk Makhtar Shafie yang  2 kali menang berturut turut dalam PRU 2008 dan 2013.

Punca kekalahan kerana undi bukan Melayu menyokong PKR.Kini dengan keangkuhan para pemimpin UMNO pusat seperti  Datuk Zahid Hamidi dan Nazri Azizi bolehkah  BN tawan PP.

Mood bukan Melayu iaitu pengundi  China dan India tak ada pada BN. Apa buktinya. Dalam PRU 2008 dan 2013 kesemua calon MCA, Gerakan, MIC tewas 100 peratus melawan DAP. DAP tanding 19 kerusi menang 19 kerusi. Menang solid 100 persen.

Calon UMNO dan Gerakan di kerusi bercampur untuk parlimen Bayan Lepas dan DUN  Pantai Jerejak, Batu Maung dan Batu Uban kalah 100 peratus.

Fokus PKR sehingga kini  masih gagal mencari calon berwibawa dan sedia turun padang pada bila bila masa untuk berkhidmat di 3 kerusi DUN dalam parlimen Balik Pulau.

abdul_halim_0310_600_465_100

Komen CM Lim Guan Eng selepas kekalahan total di parlimen dan DUN DUN Balik Pulau sangat menyengat.PKR telah memilih calon yang silap. Itu yang menjadi punca kekalahan.pkr-mohd-bakhtiar-wan-chik

Apakah  persediaan PKR  dalam  PRU ke 14 ini  di Balik Pulau ? Kubu ini masih gagal ditembus dan dipecahkan sejak 2008 hingga 2013. Apa muslihat dan peluang dan kemungkinan untuk menang dalam PRU ke 14 pada tahun 2017/ 2018 ?

dr-zahri  aaeaaqaaaaaaaabzaaaajdvhngu0zdczlweyntytndfins1imjcwltywymjkotczy2u0mg

Tidak adakah pemimpin berwibawa daripada kalangan ahli ahli Majlis Perbandaran PP mewakili PKR dulu  dan kini daripada  MBPP dan MPSP yang dapat diangkat untuk menjadi calon DUN dan parlimen akan datang ?

 

APA JADINYA DENGAN NASIB RAKYAT BILA S’PORE BORONG RERUMAH KEDAI DI TAPAK WARISAN ?

 

DI MANAKAH HAK HAK RAKYAT APABILA KERAJAAN NEGERI DAN KANUN TANAH NEGARA MEMBENARKAN PEMBELIAN HARTATANAH DAN TANAH MALAYSIA KEPADA       WARGA ASING SECARA BERLELUASA – TANPA SEKATAN  ?

DI MANAKAH KEDAULATAN KITA ? KE MANAKAH RAKYAT AKAN MEREMPAT.

FENOMENA INI SEMAKIN MENJADI JADI AKIBAT KEJATUHAN NILAI RINGGIT. MATA WANG SINGAPURA 3 KALI LENIH KUAT DARIPADA RM

 

BILAKAH RAKYAT AKAN DAPAT JAMINAN OLEH UNDANG UNDANG YANG MEMEPERTAHANKAN HAK HAK NEGARA DAN RAKYAT DARIPADA  HILANG TEMPAT DI BUMINYA SENDIRI

PEPATAH LAMA MELAYU TELAH MENYEBUT :

AYAM DIKEPUK MAYI KEBULURAN

ITIK DI AIR MATI KEHAUSAN

MUSAFIR LALU RUMAH DITINGGALKAN

LIHAT BAGAIMANA SINGAPURA MENJAGA KEPENETINGAN WARGANYA. TANAH SAMA SEKALI TIDAK BOLEH DIBELI.TANAH MENJADI MUTLAK HAK NEGARA. HANYA HARTANAH SAHAJA BOLEH DIBELI. HAK MENDAPAT I UNIT RUMAH TERJAMIN DENGAN HARGA YANG TERKAWAL. MEREKA DIBERI PINJAMAN MENERUSI TABUNG NEGARA CPF CENTRAL PROVIDENCE FUND DENGAN KADAR YANG RENDAH.

MERAKAMKAN LAFAZ HUSAM MUSA KETIKA SERTAI “AMANAH”

79d4637676ceed8e5493e5d21c1d86b7

Kita semua TENANG dengan ISLAM, Kita SENANG dengan perjuangan  ISLAM, oleh itu  kita masuk PAS. ( Sesudah dipecat) sekarang ada AMANAH, ia mententeramkan hati saya.

Ia bertepatan dengan apa yang Al Quran beritahu Jangan kamu bimbang dan takut  jika kamu bersama Islam.Sekarang saya masuk AMANAH supaya hati saya tenteram.

SAYA BERDIRI DI SINI DENGAN NAMA ALLAH,BERTAWAKAL SAYA SERAHKAN DIRI SAYA KEPADA PERJUANGAN AMANAH

Dalam masa yang sama HUSAM mahu AMANAH mengambil alih  pemerintahan di Kelantan.

Mengapa ?

FB_IMG_1472567501112

Apa yang nyata, PAS dilihat gagal menyelesaikan masalah yang berlaku  di Kelantan selepas banjir. Malah dalam masalah GST yang membebankan rakyat dan  IMDB yang membusuk di seluruh dunia, PAS mengambil pendirian longlai dan GOYANG KAKI. Sangat ceroi dan santai tanpa pendirian yang jelas.

PAS hanyut bersama UMNO dengan  flip flop yang berkepanjangan. Tidak menampakkan AMANAH dan KEBERTANGGUNG JAWABAN sebagai sebuah parti Islam yang berintegriti. Alternatifnya ialah mencari  tapak  gerakan Islam baru, yang lebih mantap dan konsisten.

PAS terlihat ketinggalan zaman apabila memilih bersendirian dengan gaya kepimpinan ulama yang sangat tertutup, orthodoks dan konservatif.Justeru ISLAM harus ke depan menyelesaikan masalah yang gawat ini iaitu TADBIR URUS NEGARA YANG SANGAT BURUK “BAD GOVERNANCE”.

NEGARA ditadbir oleh individu individu yang rakus dan parti yang bobrok.Mementingkan politik diri, kroni dan kepentingan di sekeliling. Malaysia sudah menjadi negara yang gagal dengan bebanan hutang yang bertimbun. Sarat  dengan masalah sosial, ekonomi dan politik yang parah berpunca daripada kepimpinan yang sangat tidak BERAMANAH.

ERTI POLITIK DALAM REALITI SEMASA TAK KIRA PEMBANGKANG ATAU PARTI KERAJAAN

Lim-Guan-Eng-Hadi-Awang

YANG BERMUKA MUKA AKAN TERKEMUKA

YANG LURUS AKAN KURUS

YANG JUJUR AKAN TERBUJUR

YANG PANDAI MENGAMBIL KESEMPATAN AKAN TERKEDEPAN

WALAU PUN MEMBUNUH KAWAN

the-7-deadly-sins-are-wealth-without-work-pleasure-without-conscience-knowledge-without-character-mahatma-gandhi

Kata Mahatma Ghandi salah satu dosa besar kemanusian ialah politics witout principle. Politik yang menolak agama, tanpa pertimbangan dosa dan pahala, halal atau haram.

Continue reading “ERTI POLITIK DALAM REALITI SEMASA TAK KIRA PEMBANGKANG ATAU PARTI KERAJAAN”

TEBUSGUNA LAUT YANG RAKUS DI P.PINANG MEMBAWA PADAH BAHAYA KEPADA NELAYAN DAN KEHIDUPAN MARIN

zulfigar (1)Prof Zulfagar Yasin pakar kehidupan marin USM

PP_Pil2

Pengkaji marine biologist atau hidupan laut dari USM memberi amaran bahaya jika kerajaan negeri P.Pinang kini meneruskan tebusguna laut secara besar besaran di Bagan Jermal / Gurney Drive. Lebih apabila tebusguna untuk mewujudkan 3 pulau buatan di hadapan pantai Teluk Kumbar.

Di situlah lubuk kehidupan udang, ketam , ikan dan pelbagai kehidupan marin yang menjadi punca rezeki para nelayan.Kawasan Teluk Kumbar tidak pernah terusik sebelumnya. Tiba tiba rancangan besar untuk mengambus laut diwar warkan untuk dijalankan secara tergesa gesa. Kononnya langkah strategik untuk menyelesaikan masalah kepadatan lalu lintas yang tak teratasi. Atas alasan itu Teluk Kumbar dimangsakan.

Apa jaminan bahawa kehidupan marin dan masa depan survival nelayan tidak terjejas. Sedangkan di situlah tempat mereka mencari tangkapan  sumber hidup. Tentu di kawasan laut tradisi yang diharung setiap hari. Tidakkah ini seperti melontar pasir dan selut ke dalam periuk nasi mereka.

Kawasan lubuk ikan dan udang itu telah terbentuk secara semula jadi sejak ribuan tahun. Setelah dibuat reclaimation pasti tidak akan sama seperti sediakala.Tujuannya sudah menjadi lain. Keuntungan sudah tentu dikaut pemaju dan konsortium yang terlibat. Apa yang rakyat dapat selain pampasan yang tak seberapa untuk seketika.Seluruh masa depan kehidupan mereka akan terjejas kerana perairan sudah bertukar menjadi daratan.

Tidak ada apa yang tonggal melainkan kenangan. Wahai sedarlah sedikit tentang nasib rakyat yang dimangsakan atas nama kata kata indah PEMBANGUNAN . Apa yang dilakukan oleh tangan tangan jahat ialah PEMUSNAHAN.Politik memang indah dalam kata kata ibarat sihir yang memukau kenyataannya tergambar sebagaimana firman ALLAH dalam Al Quran, surah 30 Ar Rum ayat 41 maksudnya :

download (4)

Telah nyata kerosakan di darat dan laut oleh aktiviti perbuatan tangan tangan manusia supaya ALLAH merasakan sebahagian akibat kejahatan mereka supaya mereka kembali ke landasan yang benar  –  Surah Ar Rum 30: 41