PEMBANGUNAN MENGHILANG HAK DI BAWAH DASAR EKONOMI BARU CIPTAAN UDA HOLDINGS

Kampung Tanjung Tokong meninggalkan seribu kenangan yang panjang menyentuh hati nurani kami sekeluarga dan komuniti masyarakat dengan kejiranan yang harmoni.

Keluarga kami telah menghuni di kampung tersebut sebelum Malaysia mencapai kemerdekan, iaitu sebelum 1957.

Kami memiliki sebuah rumah di situ yang beralamat 282- H, Jalan Syeikh Ibrahim, Tanjung Tokong, Pulau Pinang.

Ayah kami Allahyarham Tuan Haji Yahaya Bin Haji Salleh adalah Guru Silat yang telah mengasaskan Persatuan Seni Silat Melayu Petir Pulau Pinang pada tahun 70 an di Kampung Tanjung Tokong dan pernah meraih 2 kali piala kejuaraan dalam pertandingan Silat-Silat Melayu di Pulau Pinang.

Persatuan Silat Melayu Petir yang mempamirkan persilatan pukulan padu, kencang dan deras telah berkembang di Pulau Pinang dan Seberang Perai

Penduduk di kawasan itu juga adalah pemilik asal.

Kampung yang telah memiliki semua keperluan asas.

Ada Sekolah, Balai Polis, Pejabat Pos, 2 buah Masjid lama iaitu Masjid Karwa dan Masjid Tuan Guru dan sebuah Surau yang dinamakan Surau AtTaqwa, sebuah persatuan kebajikan iaitu Persatuan Setia Kampung Tanjong Tokong.

Kampung Tanjung Tokong memiliki 2 buah pantai yang unik dan indah yang menjulur sejauh 1km ke laut.

Para nelayan boleh turun ke laut untuk mencari nafkah. Para penduduk boleh mencari pelbagai siput iaitu kepah,remis, siput baji, kerang dll.
Di musim pembiakan udang boleh disiring anak-anak udang diangkut dengan banyaknya dengan menggunakan kain sahaja bahkan penyu juga menetas di hujung tanjung.
Tempat mengail ikan sembilang, ikan putih damak ,ikan gelama dll di waktu air pasang.
Tempat perkelahan di waktu petang di atas tembok dan di darat tempat berenang.

Sungguh indah pemandangan semasa matahari terbit di waktu pagi.

Semuanya tinggal kenangan apabila pembangunan semula kampung menimpa dengan tiba-tiba pada tahun 90an. Manusia berkepentingan melihat laba, dana dan keuntungan benda yang segera.
Warisan tiada harga.

Leave a Reply

Your email address will not be published.