PSR ATAU PSI DIMANAKAH RASIONALNYA?

Apabila Sungai,Tasik, Pantai TERAKHIR ditimbus, bukit TERAKHIR diratakan, pokok TERAKHIR ditebang dan, dan, dan……… Pada tika itu barulah manusia sentak tersedar bahawa sesungguhnya wang tidak boleh dimakan.

Isu tambak laut Penang South Reclaimation (PSR) kembali panas di Sidang DUN Pulau Pinang semalam.

Nak kenal siapa pelobi PSR boleh tonton sampai habis.
Bagi sesiapa yang masih melihat isu ini secara binari blok politik , minta maaf anda takkan faham isu ini dengan baik.

Percaturan ahli politik hanyalah satu segmen untuk memahami isu ini. Banyak segmen pertembungan lain lagi dalam isu ini.

Antaranya, siapa akan dapat kontrak daripada yang paling besar sehingga yang paling kecil. Kalau bab duit macam ni, berbeza blok politik pun boleh bersatu. Di mulut tetap berzikir demi rakyat.

Bila kita tonton video ni , kita akan dapat kenal ADUN-ADUN yang fungsinya hanya jadi tukang kacau. Hujah tak ada pun. Adun yang setia pada projek masyuk dan sebagainya.

Beberapa hujah ADUN dalam ni telah saya jawab dalam tulisan saya yang disiarkan di portal berita , posting FB saya, kenyataan media dan slot-slot bual bicara jemputan .

Saya semakin tak sempat menulis sebab banyak fokus membaca dan mentelaah (belajar) sekarang ini. Kadang saya baca komen-komen serba tahu (palatao) oleh warganet suka nak jadi hero tanpa meneliti sambil makan popcorn jer la.

Selamat menonton.

Zikrullah Ismail
BJ , Penang
9 September 2021

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *