KU LI AHLI PARLIMEN TERLAMA SEDIA JADI PM INTERIM

Demi kepentingan rakyat, Ku Li sedia jadi PM Interim

Astro AwaniJulai 8, 2021 06:00 MYTDemi kepentingan rakyat, Ku Li sedia jadi PM InterimTengku Razaleigh Hamzah berkata, beliau tidak menolak sekiranya diberi kepercayaan untuk dipilih sebagai Perdana Menteri interim jika negara sekali lagi berdepan krisis politik. – Foto fail/Astro AWANIKUALA LUMPUR: Veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah berkata, beliau tidak menolak sekiranya diberi kepercayaan untuk dipilih sebagai Perdana Menteri interim jika negara sekali lagi berdepan krisis politik.Memetik laporan Sinar Harian, Ahli Parlimen Gua Musang yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu berpendapat, sesiapa sahaja termasuk dirinya akan memikul tanggungjawab tersebut jika ia dibuat demi kepentingan rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *