KISAH NEGARA DENGAN GELAGAT POLITIKUS YG RAKUS !!!

Tulisan Bahrain Ramli

Di luar negara, orang politik termasuk yang berjawatan dalam kerajaan mengambil keputusan berundur dan meletak jawatan apabila terpalit dengan tuduhan rasuah, salahguna kuasa dan terbabit dengan amalan tak bermoral lain.
Mereka berprinsip dan berjiwa besar walaupun ada di antara mereka bukan beragama islam.
Mereka kerapkali lenyap daripada alam politik dan lambat-laun dilupakan orang.
Tetapi di malaysia, orang politiknya yang kebanyakannya islam akan terus juga berpolitik walaupun pernah diheret ke penjara dan disabitkan kesalahan di mahkamah.
Mereka menafikan telah melakukan kesalahan, sebaliknya semua tuduhan yang dilemparkan adalah fitnah dan konspirasi pihak yang memusuhi dan berdendam.
Mereka tidak peduli cemuhan, celaan dan penghinaan. Hati mereka sudah sekeras batu dan sekebal besi kursani.
Mereka terus berpolitik sehingga botak dan beruban. Mereka terus berpolitik sehingga terpaksa berjalan terhegeh-hegeh dan terpedap-pedap akibat kencing manis, darah tinggi dan masalah buah pinggang.
Dalam kalangan mereka, ada yang kurus langsing akibat kurang tidur dan hilang selera makan, ada juga yang berperut boroi akibat banyak makan makanan berkolestrol, termasuk makan duit rasuah yang belum dapat dikesan sprm.
Mereka memang makhluk luarbiasa. Makhluk paling degil dan ketegar, yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana orang politik seantero dunia.
Hanya serangan strok yang menyebabkan mereka lumpuh dan maut sahaja yang akan memisahkan mereka daripada politik.
Ketika ahli politik di dunia luar sudah sekian lama berundur seperti pemain bola yang sudah patah lutut, tetapi di malaysia ahli politiknya yang hampir mengingsut masih juga berpolitik di kelilingi cucu-cicit dan piut-miut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *