APAKAH PENGHUJUNG KERAJAAN TEBUK ATAP ?

Agong amat dukacita, pembatalan Ordinan Darurat belum diperkenan

Saiful Haizan Hasamsaiful.haizan@bh.com.myJuly 29, 2021 @ 12:22pm

AddThis Website Tools
https://s7.addthis.com/dc/amp-addthis.html?_amp_=2107170150000
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – Foto NSTP/SHAFIQ HASHIM

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan pengumuman kerajaan berkenaan pembatalan semua Ordinan Darurat kerana ia belum diperkenankan baginda.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang telah diperkenan dan dititahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus bin Harun, semasa majlis menghadap secara maya 24 Julai lalu bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan, telah tidak dilaksanakan.

“Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa kenyataan Yang Berhormat Menteri di Parlimen pada 26 Julai adalah tidak tepat dan telah mengelirukan Ahli-Ahli Dewan Rakyat.

“Seri Paduka Baginda turut menegaskan bahawa permohonan pembatalan semua Ordinan Darurat berkuat kuasa pada 21 Julai telah dilakukan secara tergesa-gesa tanpa pembentangan di Parlimen dan kenyataan yang bercanggah serta mengelirukan di Parlimen.

“Ia bukan sahaja gagal menghormati prinsip kedaulatan undang-undang yang terkandung dalam Rukun Negara, malah telah membelakangi fungsi dan kuasa Seri Paduka Baginda selaku Ketua Utama Negara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Fadil berkata, Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa dalam pemerintahan Raja Berperlembagaan dan sistem Demokrasi Berparlimen bertunjangkan prinsip keluhuran perlembagaan, semua pihak perlu mematuhi kedaulatan undang-undang.

“Perkara 150(2B) dibaca dengan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan secara jelas memperuntukkan kuasa penggubalan dan pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat terletak pada Seri Paduka Baginda,” tegasnya.

Beliau berkata, Seri Paduka Baginda juga sedia maklum akan perlunya Baginda bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri seperti terkandung dalam Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.

Namun katanya, Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa Baginda, selaku Ketua Utama Negara mempunyai kewajipan untuk menyampaikan nasihat dan teguran jika berlaku sebarang tindakan yang tidak berperlembagaan oleh mana-mana pihak, khususnya mereka yang melaksanakan fungsi dan kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Sementara itu, Ahmad Fadil berkata, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada pihak kerajaan di atas pelaksanaan persidangan Parlimen yang bermula Isnin lalu.

Katanya, ini sejajar dengan saranan Raja-Raja Melayu dalam Perbincangan Khas yang telah diadakan pada 16 Jun lalu supaya persidangan Parlimen dapat diadakan sebelum tamatnya tempoh Darurat.

“Seri Paduka Baginda turut mengambil kesempatan ini menyeru rakyat untuk bersama mendoakan agar negara sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT, dijauhi dari sebarang musibah dan wabak COVID-19 dapat dibendung serta diakhiri dengan segera,” katanya.

Dalam Mesyuarat Khas Dewan Rakyat, Isnin lalu, Takiyuddin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menyambung Proklamasi Darurat yang akan tamat pada 1 Ogos ini.

Beliau berkata, kerajaan juga memutuskan berdasarkan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan, semua ordinan yang telah dibuat sepanjang tempoh Proklamasi Darurat dibatalkan berkuatkuasa 21 Julai lalu.

“Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang telah diperkenankan dan dipersetujui tedahulu dengan Takiyuddin Hassan selalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) dan Idrus Harun, peguam negara semasa majlis menghadap secara maya pada 24 Julai 2021 bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di parlimen bagi tujuan dirungkaikan telah tidak dilaksanakan.

“Seri Paduka Baginda menegaskan kenyataan menteri di Parlimen pada 26 Julai 2021 adalah tidak tepat dan telah mengelirukan ahli-ahli Dewan Rakyat.

“Seri Paduka Baginda turut menegaskan bahawa permohonan pembatalan semua Ordinan Darurat berkuatkuasa pada 21 Julai 2021 yang telah dilakukan secara tergesa-gesa tanpa pembentangan di parlimen dan kenyataan yang bercanggah serta mengelirukan di parlimen bukan sahaja gagal menghormati prinsip kedaulatan undang-undang yang terkandung dalam Rukun Negara malah telah membelakangi fungsi dan kuasa Seri Paduka Baginda selaku Ketua Utama Negara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan,” kata kenyataan itu.

KU LI AHLI PARLIMEN TERLAMA SEDIA JADI PM INTERIM

Demi kepentingan rakyat, Ku Li sedia jadi PM Interim

Astro AwaniJulai 8, 2021 06:00 MYTDemi kepentingan rakyat, Ku Li sedia jadi PM InterimTengku Razaleigh Hamzah berkata, beliau tidak menolak sekiranya diberi kepercayaan untuk dipilih sebagai Perdana Menteri interim jika negara sekali lagi berdepan krisis politik. – Foto fail/Astro AWANIKUALA LUMPUR: Veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah berkata, beliau tidak menolak sekiranya diberi kepercayaan untuk dipilih sebagai Perdana Menteri interim jika negara sekali lagi berdepan krisis politik.Memetik laporan Sinar Harian, Ahli Parlimen Gua Musang yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu berpendapat, sesiapa sahaja termasuk dirinya akan memikul tanggungjawab tersebut jika ia dibuat demi kepentingan rakyat.

KISAH NEGARA DENGAN GELAGAT POLITIKUS YG RAKUS !!!

Tulisan Bahrain Ramli

Di luar negara, orang politik termasuk yang berjawatan dalam kerajaan mengambil keputusan berundur dan meletak jawatan apabila terpalit dengan tuduhan rasuah, salahguna kuasa dan terbabit dengan amalan tak bermoral lain.
Mereka berprinsip dan berjiwa besar walaupun ada di antara mereka bukan beragama islam.
Mereka kerapkali lenyap daripada alam politik dan lambat-laun dilupakan orang.
Tetapi di malaysia, orang politiknya yang kebanyakannya islam akan terus juga berpolitik walaupun pernah diheret ke penjara dan disabitkan kesalahan di mahkamah.
Mereka menafikan telah melakukan kesalahan, sebaliknya semua tuduhan yang dilemparkan adalah fitnah dan konspirasi pihak yang memusuhi dan berdendam.
Mereka tidak peduli cemuhan, celaan dan penghinaan. Hati mereka sudah sekeras batu dan sekebal besi kursani.
Mereka terus berpolitik sehingga botak dan beruban. Mereka terus berpolitik sehingga terpaksa berjalan terhegeh-hegeh dan terpedap-pedap akibat kencing manis, darah tinggi dan masalah buah pinggang.
Dalam kalangan mereka, ada yang kurus langsing akibat kurang tidur dan hilang selera makan, ada juga yang berperut boroi akibat banyak makan makanan berkolestrol, termasuk makan duit rasuah yang belum dapat dikesan sprm.
Mereka memang makhluk luarbiasa. Makhluk paling degil dan ketegar, yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana orang politik seantero dunia.
Hanya serangan strok yang menyebabkan mereka lumpuh dan maut sahaja yang akan memisahkan mereka daripada politik.
Ketika ahli politik di dunia luar sudah sekian lama berundur seperti pemain bola yang sudah patah lutut, tetapi di malaysia ahli politiknya yang hampir mengingsut masih juga berpolitik di kelilingi cucu-cicit dan piut-miut.

MALAYSIA OH MALAYSIA ! HENDAK KE MANA DENGAN COVID 19?

Dunia bergelumang dengan COVID 19 sejak penghujung 2019.Kini kita berada di pertengahan 2021.Eropah mengtepikan COVID 19.Mereka membenarkan perlawanan bola sepak piala Euro yang ditangguhkan pada 2020. Penonton membanjiri stadium. Thailand membuka negaranya untuk dilawati para pelancaong luar. Singapura yang sangat terkesan dengan pendemik COVID 19 Kini mengangapnya sebagai flu binasa. Begitu dengan Indonesia. Rakyat bebas bergerak ke sana kemari dengan bebas. Bagaimana dengan Malaysia ? Masih terkial-kial dengan COVID 19. Kes terkini menunjukkan keadaan semakin gawat walau pun telah dibuat berbagai PKP yang bermacam berbentuk di bawah kuasa-kuasa darurat.

ADUN-ADUN P. PINANG- BETULKAH LU ORANG NI WAKIL RAKYAT !!!

Banjir adalah tragedi kepada rakyat P. Pinang apabila berlaku hujan lebat melebihi 5-10 jam. Lebih2 lagi hujan lebat sepanjang malam. Mengapa? Hujan lebat merupakan tragedi ke atas kawasan rendah yang belum dibangunkan. Pembangunan terlalu hebat sehingga sungai pun berubah menjadi parit. Lebih malang Bila ditutup rapat. Daripada sungai TERBUKA yang ada TEBING dan lapang laluannya menjadi sungai sempat yang diasak oleh kawasan perumahan. Ia semakin mengecil dan bertukar jadi parit. Lebih malang terus hilang apabila diturap simen. Jadi hilang alirannya. Bila banjir melempah air tetcari2 dimanakah alirannya. Sudah pasti kawasan rendah menjadi mangsa. Kawasan mewah yang dibangunkan pasti akan ditinggikan dan dibuat tebok sekatan supaya air air tidak meluru masuk. Fenomena ini telah berlaku berulang kali. APAKAH ADUN-ADUN SEBAGAI WAKIL RAKYAT KURANG PEKA terhadapnya. Dalam tinjauan rambang dari Bagan Jermal ke Telok Bahang terdapat beberapa sungai yang hilang dalam