SELAMAT HARI IBU – BAHAGIA KAUM BAPA!

Ibu bapa

Ibu memang hebat sebab istilah ibu bapa, ibu didahulukan bukan bapa ibu. Ibu rumah, bukan bapa rumah. Ibu negara, ibu negeri, ibu peritiwi, ibu kota, ibu pejabat, ibu sawat, ibu jari, ibu roti, ibu rumah, ibu keladi, ibu suri,

Termasuklah ibu tumpang, ibu susuan, ibu angkat, ibu kandung, ibu tiri, ibu misali

Yang tak elok ibu ayam

Dan untuk sesuatu yang mengejutkan pun kita kata alamak, tak kata alapak!!!

Yang tak elok kepala bapak, bapa keldai

Ada juga istilah yang mendahulukan bapa…ayah dan bonda

Ada yang bagus untuk bapa juga. Bapa kemerdekaan, bapa pemodenan, bapa ekonomi, bapa masyarakat.

أُمُّكَ ثُمَّ أُمُّكَ ثُمَّ أُمُّكَ ثُمَّ أَبُوكَ

Maksudnya: Ibu kamu (adalah manusia yang paling berhak untuk kamu berbuat baik kepadanya), kemudian ibu kamu, kemudian ibu kamu, kemudian bapa kamu.

Riwayat Muslim (2548)

Kasih ibu sepanjang jalan, kasih anak sepanjang penggalan

Kecil dikandung ibu, besar dikandung adat, mati dikandung tanah

Kalau menyeberang sungai biarlah ditelan oleh ibunya, tetapi janganlah dipagut oleh ikan kecil

Syurga di bawah telapak kaki ibu

Bapa pula….bapa ayam, bapa borek anak rintik.

Bapa-bapa,
SELAMAT HARI BAPA…

ABI
TDI
19.6.2021

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *