PSR PROJEK UNTUNG ATAU RUGI?

Projek PSR penuh risiko kewangan, memusnahkan alam lagi mengancam kehidupan nelayan. Kerajaan negeri Pulau Pinang masih tidak dapat menjawab 3 soalan mengenai PSR yang dibentangkan oleh Dr Lim Mah Hui. Jadi saya kena tanya lagi.

  1. Mengikut EIA, anggaran populasi mencecah 446,000 penduduk pada tahun 2030. Mustahil?
  2. Lepas lelong kawasan laut sumber perikanan, kerajaan negeri dijangka hanya memperolehi RM600 juta dalam 7-10 tahun daripada projek itu. Bagaimana mampu nak membiayai projek-projek PTMP? Berbaloi?
  3. Anggaran kos projek oleh pemaju adalah RM 8 billion untuk dua buah pulau (berjumlah 3,530 ekar ataupun 1,428 hektar) pada tahun 2015, kini melambung ke RM 7 billion untuk separuh pulau sahaja (hanya 1,200 ekar ataupun 485 hektar). Kerajaan kononnya setuju. Salah kira?

Antara 5 ketua menteri Pulau Pinang yang pernah berkhidmat, yang mana paling pandai mengira? Yang mana paling kreatif dalam perakaunan negeri? Yang mana langsung tak gemar matapelajaran ilmu hisab ?

Kalau pandai matematik, sila teka. Siapa untung, siapa rugi?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *