PSR -KENAPA TERDESAK SANGAT SEHINGGA GAMAK MEMUSNAHKAN SUMBER PERBEKALAN IKAN – +++ FOOD SECURITY PP !

Rakyat PP berasa gusar kenapa KN P.Pinang begitu terdesak sehingga TKM 1 PP Datuk Zakiyuddin dengan gembira mengumumkan projek PSR akan segera digerakkan menjelang Mac ini.Ini walau pun ditentang keras oleh nelayan tempatan Teluk Kumbar.

Apa dah jadi dengan TKM 1 , Dt Zakiuyuddin.Beliau mewakili kepentingan 41 % Melayu.Mengapa tergamak menyokong secara melulu tanpa ada sedikit kepekaan pun.Bahawa projek ini dalam jangka masa 15 tahun akan meranapkan kehidupan nelayan pantai.Rata-ratanya pengundi Melayu yang menyokong PKR.Projek yang bakal meranapkan aktiviti nelayan pantai dalam masa 15 tahun pelaksanaannya.Perjek ini apabila dilaksanakan akan membawa orang luar/ asing terutamanya para pembeli China dari Singapura,Medan,Tanah Besar,Taiwan, China kaya dari Asia Tenggara dan seluruh pelusuk dunia untuk berpusu-pusu menempati PP. Dengan kemurahan kita memberi taraf penduduk tetap untuk menarik FDI sebagai keutamaan ekonomi kini,sudah pasti demografi Melayu/penduduk asalnya akan menjunam pada jangka panjang. Perlu diingat disitu 5 DUN kerusi Melayu iaitu Bayan Lepas,Pantai Jerjak, Pulau Betong, Telok Bahang dan Batu Maung.Dengan kebanjiran para imigran luar dan projek perumahan bernilai tinggi besar kemubgkinan demigrafinya akan berubah.Secara beransur penduduk tempatan terpaksa berpindah apabila harga tanah melambung.Yang dibangun adalah kondo mewah.Apa ekonomi dan kebijakan politik yang kita pegang.Ayam dikepok mati kelaparan, itik di air mati kehausan,musafir lalu rumah dan kampung halaman ditinggalkan. Ingat parti yang mendokong TKM 1 Dt Zakiuddin adalah PARTI KEADILAN RAKYAT. Dimanakah keadilannya apabila parti yang terasnya KEADILAN RAKYAT menyokong projek yang bakal memusnahkan kehidupan mereka dalam masa 15 tahun pelaksanaan projek PSR.Kawasan itu akan dijadikan zon eksklusif untuk kehidupan mewah,berprestik dan terlarang yang tidak boleh lagi dilintasi oleh nelayan.Mengapa ?……Seluruh kawasan itu akan ditutup hahis.Habitat udang,ketam,sotong,hidupan marin,cacing laut akan ditimbus dengan simen,kapur,batu batan demi membina kediaman untuk warga asing warga mewah seantero dunia. Di manakah KEADILAN UNTUK RAKYAT untuk parti bernama KEADILAN RAKYAT kerana dengan menggunakan sligan lunak dan manis mereka telah dizalimi dengan licik oleh pemimpin sendiri. Justeru kita mohon DSAI tolong menadihat para pemimpin PKR negeri supaya jangan ghairah sangat menyokong PSR kerana ia bakal melenyapkan kubu terakhir Melayu di selatan dan barat daya PP.EKONOMI KEGELOJOHAN FDI harus dikaji semula.Banyak masuk wang terutama aliran dari Singapura akan menyebabkan kampung kampung tradisonal hilang.Pemimpin diatas bersuka ria kerana melimpah mewah dengan laba sedangkan rakyat anak negeri dan penduduk asalnya merana dan hilang segala-galanya.Pada ketika itu siapa akan mengundi kita kerana Melayu bdrkecamuk hilang entah ke mana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *