ADAKAH PROJEK PSR AKAN DITERUSKAN WALAU PUN IMPAKNYA AKAN MEMUSNAHKAN ALAM SEKITAR SECARA KEKAL?

Meninjau perjalanan antara dua Teluk dari Teluk Kumbar ke Telok Bahang menyaksikan berapa banyak kampung kampung nelayan telah di musnahkan selepas 60 >>Merdeka. Semuanya berlaku apabila bertembong dengan PEMBANGUNAN. Demi Pembangunan adakah kita terpaksa mengorbankan segala nya. Canada maju, Jepun lebih-lebih lagi ke depan. Adakah mereka mengorbankan segala. Model pembangunan ala Malaysia harus dikaji semula. Satu satunya negara di dunia yang paling tidak peka dengan alam sekitar terutama PP selepas 12 tahun diperintah oleh PR kemudian ya PH. Suara daripada pejuang pejuang alam sekitar yang khuatir tentang kemusnahan alam sekitar dan peluang rakyat mendapat bahagian dalam pembangunan seimbang ditulikan. Yang penting bagi mereka bukan kebajikan Dan penyertaan rakyat dalam pembangunan tetapi FDI. Ini kegilaan para politik yang menagguk di air yang keruh. Pantai, laut, paya bakau hendak dikambus. Bukit hendak ditarah, dibotakkan dan dipotong dengan sewenangnya. Jadi dimanakah bahagian rakyat dalam pembangunan kerana rumah rumah dibina untuk pasaran dunia. Negara ini sedang dijual kepada orang luar dan pelabor asing TANPA kawalan. Jadi pembangunan ini untuk apa dan kepada siapa? Kawasan yang dulunya kawasan nelayan sedang diganggu gugat. Nak letak sampan pun terganggu apabila laut ditambak dan dibina kondo mewah yang eksklusif. Justeru dimanakah bahagian rakyat dan anak negeri? Di manakah zon peri kanan, paya bakau tempat ikan bertelur dan membesar. APAKAH itu semua BUTA di mata ahli politik dan perencana pembangunan? Model apa yang sangat gelojoh dan kasar yang mereka sedang ikut? Terima kasih kepada SM Idris pejuang yang bangkit kesedaran betapa rakus dan ganasnya orang politik terhadap pembangunan yang mengutama Jan fizikal dan keuntungan semata-mata.