PROJEK PSR DI SELATAN P.PINANG MALA PETAKA KEPADA NELAYAN PANTAI,HIDUPAN LAUT FAUNA DAN FLORA:DI MANAKAH KEWAJARAN MEMPERTAHANKANNYA ?

Kerajaan negeri PP berdegil mempertahankan projek PSR walau pun terdapat bantahan keras daripada nelayan pantai,NGO NGO alam sekitar dan suara waras betapa bahayanya projek ini kepada kazanah alam terakhir di Pulau Mutiara ini.Satu-satunya warisan kazanah alam terakhir yang masih berbaki di P.Pinang.Ini pun akan dikorbankan demi untuk pembangunan 3 buah pulau buatan. Demi ketamakan pemaju mengorbankan alami sekitar untuk keuntungan mereka.Itu pun untuk menggamit para pelabor dari luar negara – Hong Kong, China, Taiwan, Korea,Jepun dan seantero dunia.Projek ini sudah tentu tidak ada kena mengena dengan rakyat.Bahkan nelayan pantai akan dikorbangkan.Laut yang kaya dengan hasil laut akan dikambus demi untuk ditukar dengan bangunan yang menggamit USD, Found Sterling dan Yuan.Inilah arah ekonomi yang terlalu ghairah dengan pelaboran asing sebagai nadi penggerak ekonomi negeri.Ekonomi rakyat bukan keutamaan lagi.Tahukah orang politik yang menjelang PRU akan ghairah melobi undi rakyat kononnya mereka wakil rakyat demi kepentingan publik. Bahawa mereka pemimpin yang penuh kepuraan. Bahawa amanah menjaga kazanah alam anugerah Allah rabbul alamin sedang dikhianati. Ekonomi buatan kegelojohan memusnahkan alam sekitar untuk ditukar dengan hutan batu batan ini tidak ada kena mengena dengan kehidupan rakat.Malahan jelas menzalimi kehidupan mereka. Aktiviti kenelayanan kini sedang dimusuhi dan bakal dilenyapkan. Mengapa ? Ekonomi tradisi membekal makanan bekalan ikan segar untuk rakyat P.Pinang tidak penting. Ia akan ditukar demi untuk ekonomi material, bentuk ekonomi buatan dalam bentuk bangunan untuk menkayakan segelintir pemaju dan pihak yang berkepentingan yang meluluskannya. Adakah ini bermaksud kita tidak perlu ikan segar,sotong,udang ketam,laut,pantai,flora dan fauna demi untuk kehidupan manusia lagi.Pembangunan mesra pemaju inilah yang menjadi pemangkin ekonomi kerajaan negeri kini. Ekonomi yang terlalu mesra dengan pemaju kononnya untuk kemakmuran negeri walau pun mengorbankan kepentingan penghidupan rakyat iaitu nelayan pantai.Soalnya apa yang rakyat dapat? Rakyat sebenarnya menjadi mangsa pembangunan rakus yang sangat rakus terhadap alam.Laut,pantai, bukit bukau,paya bakau fauna,flora, nelayan adalah kazana warisan alam yang zaman berzaman yang perlu untuk dipelihara dan dipulihara demi kehidupan manusia. Ia bukan sesuatu yang dijadikan untuk tujuan yang sia-sia. Jika ditinjau setelah 60 tahun merdeka kita buta menduga bahawa bentuk ekonomi rakus yang terlalu pro pemaju dan bersifat komersial inilah akan mengambil tempat dalam pola pembangunan negeri.Satu Malaysia asyik nak menambak laut tanpa memikirkan impaknya terhadap alam sekitar dan rakyat. Juga flora dan fauna.Pelaboran luar jadi keutamaan walau pun impaknya berat menekan rakyat.Rakyat terhindar daripada daripada bentuk pemvangunan mewah yang melampau kerana di luar keupayaan mereka untuk terlibat.Fenomena ini semakin menjadi jadi. Para politikus mendakwa diri sebagai wakil rakyat tetapi tidak peka dengan ekonomi komersial yang menekan rakyat.Lebih malang lagi mereka seperti tidak ada kena mengena dengan keluh kesah hak nelayan pantai untuk terus bertahan dan hidup. Sedangkan mendakwa sebagai wakil rakyat tetapi berpihak kepada pemaju.Atau ada yang menjawab saya tidak berpihak kepada nelayan atau pemaju.Inilah kepalsuan dan kepuraan yang paling dahsyat sekali.Mereka mendakwa perjuangan mereka demi KEADILAN RAKYAT.Bila nelayan minta simpati seperti tidak mengerti.

Telah nyata kerosakan di darat dan di laut oleh perbuatan dan aktiviti tangan tangan manusia, akhirnya Allah menimpakan sebahagian akibat hasil kerja tangan mereka, moga moga mereka kembali insaf atas kerosakan yang dilakukan – maksud surah Ar Ruum 30 : ayat 41

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *