DASAR EKONOMI NEGARA PASCA COVID 19: APA YANG HARUS DIBUAT ?

MALAYSIA : HALATUJU DASAR EKONOMI PASCA COVIT 19

COVID 19 benar-benar menguji dan mengajar kita. berhadapan dengannya kita tidak boleh berbohong lagi. Bahawa jika kita coba menyorok kelemahan asas -asas ekonomi kita, negara akan menghadapi masalah dan krisis ekonomi yang parah untuk mengangani dan keluar daripadanya.Beranikah kita mengakui ada ketempangan pada dasar dasar ekonomi yang pegang selama ini. Mengapa ? Pengukur ketahanan ekonomi kita ialah COVID 19. Jelas di sebalik bencana ada hikmah dan pengajaran. Memang kita maju sehingga digelar Harimau Asia. Jika benar Harimau Asia mengapa Singapura mendahului kita. Nilai wangnya dan Brunei yang tak banyak heboh itu 3 kali ganda melebihi kita.

Marilah kita berani menilai ,mengukur dan mengakui halatuju dan kedudukan ekonomi kita yang sebenar di mana kekuatan dan kelemhannya. Tujuannya untuk bangkit semula di atas atas kukuh dan sebenar selepas ditimpa bencana COVID 19 yang menggerunkan ini. Malaysia selama ini menjadi contoh negara yang timpa perasan, mengada-ngada,silau dan berpandangan singkat dalam membina ekonominya secara seimbang,realistik dan berpijak di bumi nyata. Mengapa ?

Selepas tahun 1980an, selepas peninggalan Tun Razak ekonomi kita telah berubah kepada perindustrian secara gencar sehingga mengabaikan sektor pertanian yang dibiarkan lesu. Sedangkan pertanian adalah tulang belakang ekonomi dunia. Kita tetiba menjadi negara yang terlalu ghairah mengutamakan penglibatan korporat untuk menerajui sosio ekonomi negara dan mengabaikan usaha membangunkan ekonomi rakyat luar bandar yang wajar diangkat martabatnya sebagai petani moden, usahawan ,pengilang kecil dan pembangun keperluan makanan negara.

Jelas kita terlalu pro pelaboran asing, terlalu ghairah dan terdedah dengan ekonomi gelembong “bubble”, ghairah dan amat terdedah dalam ekonomi buatan mainan spekulasi di pasaran saham, kecenderongan keterlaluan terhadap industri yang mengorbankan kelestarian alam sekitar, ketergantungan keterlaluan terhadap import bahan makanan, pembangunan mewah yang mengutamakan orang asing dan mengkesampingkan perumahan mampu milik, kecundang dalam dasar mempastikan food and feed security dll pengabaian yang semakin ketara akibat diuji dengan pendemik COVID 19. Sektor=sektor ini seakan-akan terkejut dan kaget dengan serangan wabak ini secara mengejut.

Hakikatnya kita kehilangan arah dan halatuju apabila dasar ekonomi yang diagong- agongkan itu terhenti beroperasi dalam menjamin ketahanan ekonomi negara kelak dalam masa yang singkat pasca COVID ini.Sudah tentu iannya akan terkesan terhadap rakyat jelata. Ketahanan ekonomi kita yang selama ini dianggap mantap dan stabil akan benar-benar diuji sejauh mana daya tahannya menyerap krisis yang bersifat global ini. Jaringan ekonomi menjadi lumpuh dan tidak mudah membangunkan semula dalam masa yang singkat. Rahmatnya ialah mahukah kita menilai asas ekonomi lama yang rakus sebelum ini kepada ekonomi yang lebih adil,terbuka,tidak monopolistik dan saksama untuk seluruh umat manusia.

Kerajaan menyatakan akibat wabak ini negara kehilangan puluhan RM bilion sehari. Mengapa terjadi begini ? Kesannya amat berat pada kutipan hasil cukai yang menjadi nadi hasilnegara. Perlu diingat sebelum ini kita telah melalui berbagai krisis ekonomi tetapi berjaya melepasinya dengan berjaya. Krisis yang mendepani kita ini sangat pelik dan menggerunkan. Tidak pernah melanda kita. Seluruh negara tergamam dan benar-benar menguji daya tahan kita untuk bangkit semula di atas asas yang betul,kukuh dan real.Bukan ekonomi buatan lagi. Hasil manipulasi golongan korporat, pemodal,spekulator dan elit ekonomi yang haloba. Hanya negara dan bangsa yang memiliki kepimpinan yang real,teguh,bijaksana,bersifat terbuka, amanah dan punyai daya tahan yang luar biasa akan berjaya di bawah tatanan ekonomi baru dunia. Insya Allah dengan petunjuk Allah kita dapat keluar daripada bencana yang menggerunkan ini apabila kembali kepada landasan Ilahi Rabbi. Bahawa limpahan kazanah alam ini untuk semua bukan segelintir pemonopoli yang selama ini mendominasi ekonomi dunia.

Kita wajib menganalisis asas dan dasar-dasar ekonomi yang kita pegangi selama ini dengan totok sebagai terbaik dan unggul tanapa cacat cela dalam membina ekonomi dan ketahanan negara dan rakyat kita dimasa depan. Nyata akibat dasar yang terlalu mengutamakan pasaran bebas secara sewenang – wenang ,ekonomi yang terlalu terbuka terhadap pasaran bebas,ketergantungan keterlaluan terhadap pelaboran luar yakni FDI, pengabaian terhadap sektor pertanian dan perkhidmatan awam yang terlalu besar dll telah membebankan negara sehingga terpaksa berhutang hampir RM 1 trilion.Siapakah yang membayarnya kalau bukan rakyat 30 juta ini. Bagi golongan peniaga cukai yang dibayar boleh dipungut semula dengan meletakkan dalam kos barangan dan keuntungan hasil jualan .Rakyat terutama pekerja tidak ada tempat untuk mengelak apabila harga barang naik akibat inflasi.Ia menghisap pendapatan mereka dan menghakis kuasa beli.

Hkikatnya selepas 6 dekad merdeka terbukti selama ini kita tidak ada dasar yang mempastikan food and feed security yang selamat . Mengapa kita mengimport segala keperluan makanan daripada luar negara ? Kononnya membeli lebih murah daripada mengeluarkannya sendiri. Statistik menunjukkan ketergantungan kita terhadap import makanan adalah sangat tinggi.Saban tahun negara mengimport bahan makanan manusia dan haiwan antara RM 50 bilion hingga RM 70 bilion setahun. Sedangkan akibat ketergantungan terhadap import bahan makanan secara berlebihan harganya semakin melambong.Rakyat terkesan dengan kenaikan harga barangan makanan yang semakin mahal. Harga terus meningkat kerana kejatuhan nilai RM. Rakyat semakin terjerut akibat kekurangan pendapatan bila harga getah dan sawit merudum, pendapatan negara semakin berkurangan apabila harga petrol dan sawit menyusut. Pokoknya adakah eknomi kita berada di atas landasan yang betul dan di atas asas yang kukuh yang selama ini amat dibangga-banggakan dan diwar warkan dengan gah dan gempita.

Adakah kita baru tersedar di mana selama ini bahawa kita telah mengabaikan sektor pertanian yang menjadi menjadi tulang belakang ekonomi dunia. Negara-negara maju seperti Eropa dalam EU seperti Holand, Itali dan Jerman, Ekonomi terbesar AS,Rusia,Turki, Taiwan, Korea, Jepun, Australia, New Zealand dll pun tidak mengkesampingkan dasar FOOD and FEED security untuk rakyat terbanyak. Akhirnya apabila ditimpa bala dan musibah ini, ekonomi kita jadi demam dan mungkin terus tergamam kerana kehilangan arah bagaimana hendak menanganinya di masa susah yang tidak sama .seperti sebelumnnya.

Sedarlah selama 60 tahun lebih merdeka kita gagal mengadakan keperluan bahan bahan makanan yang mencukupi dan murah untuk rakyat jelata.a.Kita punyai ratusan ribu hektar tanah di bawah pelbagai agensi tetapi terbiar. Jika berjalan sepanjang leboh raya jelas ribuan hektar tanah terbiar begitu sahaja tanpa ada usaha untuk penternakan dan penanaman bahan makanan.Dasar mengimpor perlu dikaji semula. Segalanya diimport. Daripada beras,daging, tenusu, buahan,asam jawa, ikan, makanan manusia dan makanan binatang, bahkan kelapa pun diimport juga dari Indonesia. Cabai dari Vietnam, pisang dari Filipina dan keledek dari Jepun.

Hakikatnya mengapa kita gagal mengadakan keperluan beras yang cukup untuk negara.Jumlah rakyat kita kecil sahaja. Hanya seramai 33 jura penduduk sahaja. Sedangkan India yang berpenduduk 1,300 juta manusia punyai lebihan beras sehingga mampu mengeksport beras bermutunya “basmathi”Begitu dengan daging. Nyata Covid 19 di sebalik musibah ada hikmahnya kepada Malaysia.Hakikatnya sosio -ekonomi dan politik kita tidak berada di atas asas yang kukuh. Segala-gala asas ekonomi kita masih tertumpu kepada pelaboran asing tanpa memanfaatkan kelebihan kita untuk memproses hasil bumi dan keluaran kita menjadi barangan siap.

bSebagai contoh kita mempunyai getah tetapi gagal menjadi pengeluar barangan getah terutama tayar kenderaan yang utama di dunia.Kita mempunyai balak tetapi gagal menjadi pengeluar perabot yang tersohor, kita mempunyai bauksit tetapi menjual tanah bauksit secara mentah tanpa memprosesnya. Begitu jika diteliti banyak bahan mentah kita yang dijual secara murah kepada negara luar terutama Singapura yang memprosesnya menjadi barangan siap.Jadi apakah dasar ekonomi kita yang rapuh sebelum ini akan digubal dengan dasar ekonomi baru yang lebih kukuh pasca COVID 19 yang menginsafkan ini ?

Jika masih kekal dengan dasar lama alamat Malaysia akan corot ke belakang. Kita kini agak ketinggalan berbanding dengan keegreripan ekonomi Vietnam, Thailand, Indonesia dll.Jadi jolokan Malaysia sebagai HARIMAU ASIA adakah benar-benar kuasa ekonomi yang digeruni dan unggul atau sekedar gimik seumpama harimau kertas semata-mata. Fikir -fikirkanlah demi masa depan negara.Masa depan negara bukan bergantung semata-mata pada percaturan dan sepak terajang ahli politik dan manipulasi spekulator elit korporat semata-mata. Kebijakan ahli profesional, ilmuan dan kebijakan anak semua bangsa mesti digembling untuk digarap dalam membina Malaysia Baru pascaCOVID 19 yang mesti dihadapi dengan tenang dan teguh demi masa depan Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *