TUAN IBRAHIM TUAN MAN KAJI SEMULA PSR-BAKAL MELINGKUPKAN NELAYAN PANTAI !

Tuan Ibrahim diminta batalkan Projek Tambak Laut

 Gago Daily  3/12/2020 03:50:00 PM

Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias
KUALA LUMPUR : Bekalan ikan untuk rakyat di utara tanah air terus menyusut 50 peratus berikutan kegiatan mengorek pasir untuk projek tambakan laut di perairan selatan Pulau Pinang (PSR).
 Pengerusi Persatuan Nelayan Pulau Pinang (PEN Mutiara), Nazri Ahmad, berkata ketika ini lebih 14,000 nelayan dari Pulau Pinang dan utara Perak mengadu hasil tangkapan mereka semakin berkurang akibat kegiatan korek pasir dan tambak laut itu.
  “Jika kegiatan ini berterusan kita akan kekurangan sumber protein untuk rakyat malah terpaksa bergantung kepada bekalan ikan yang tidak segar diimport dari luar.
   “Ketika ini lebih dua bilion tan ikan setahun didaratkan, tetapi jumlah itu semakin menyusut hingga satu bilion tan setahun selepas kegiatan korek pasir semakin rancak berlaku.
   “Beberapa laporan polis sudah dibuat membabitkan ternakan hidupan akua mati di Teluk Pahang sehingga jutaan ringgit,” katanya kepada wartawan.
  Pelaksanaan PSR dengan keluasan lebih 1,821 hektar untuk membina tiga pulau buatan di perairan Permatang Damar Laut berdekatan Bayan Lepas memerlukan 189 juta meter padu (m3) pasir.
  Bagi memenuhi keperluan itu kegiatan korek pasir akan membabitkan keluasan 818 kilometer persegi pasir khususnya di utara Perak. 
  Dalam pada itu, kegiatan kecurian pasir juga berlaku untuk memenuhi keperluan projek berkenaan.
   “Kegiatan korek pasir, curi pasir sukar untuk dibuktikan tetapi kita boleh lihat kesannya, contohnya ekosistem musnah, hidupan laut mati, ternakan ikan mati, kawasan darat semakin mengecil contohnya Pulau Korea hilang jika dilihat dari jambatan Pulau Pinang.
   “Projek PSR dijangka mengambil masa sehingga 50 tahun dan kita akan menyaksikan kemusnahan alam dan hidupan laut yang dahsyat di negara ini,” katanya.

KABINET MENTERI SEBENARNYA CERMINAN KITA!

SIAPA YANG BODOH?

Kita dapat kerajaan yang bodoh sebab kita yang bodoh. Kita dapat kerajaan korup sebab kita pun korup. Kita dapat kerajaan penipu sebab di kalangan kita ramai penipu. Kita kena insaf kerajaan itu cerminan diri kita sendiri. Oleh itu kalau kita nak buat perubahan kena sabarlah. Tak boleh serta merta dapat kerajaan yang baik. Buat sementara itu kita terimalah kerajaan yg tak berapa cerdik, tak berapa bersih dan tak berapa betul. Kita kena sabar dengan kekurangan itu kerana kekurangan kerajaan itu adalah kekurangan kita sebagai rakyat. Kita kena perbaiki diri kita sedikit demi sedikit kalau kita nak kerajaan kita jadi lebih baik. Memperbaiki diri itulah amal kebajikan dan mujahadah. Ia memerlukan kesabaran dan masa yang panjang. Tapi ramai yg tak sabar dan lebih suka ikut hasutan syaitan. Maka siang malamdia hanya berfikir nak menjatuhkan kerajaan, sehingga lupa memperelokkan diri dan masyarakat sedangkan itulah caranya kalau sungguh kita mahukan kerajaan yang elok.

DSAI BERSUARA TAPI MASIH LAGU LAMA

Jangan biar segelintir individu rompak kekayaan negara, pesan Anwar

FMT Reporters -March 4, 2020 DR AFIF BAHARDIN DI KELUARKAN DRPD BARISAN EXCO P. PINANG MENGAPA?

ADAKAH KERANA BELIAU MENYERTAI KUMPULAN AZMIN ALI YANG MENGKHIANATI DSAI?

ADAKAH DSAI KIAN DITINGGALKAN DALAM IMPIAN MERANGKUL KERUSI PERDANA MENTERI

Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

PETALING JAYA: Presiden PKR Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan pertamanya hari ini sejak kehilangan peluang memegang jawatan tertinggi kerajaan kepada Muhyiddin Yassin, mengingatkan rakyat bahawa kekayaan negara “tidak boleh dirompak oleh segelintir individu”.

Anwar, yang merupakan bakal perdana Menteri di bawah pemerintahan Pakatan Harapan, juga menggesa mereka mengambil “jalan yang tegas mengikut landasan perjuangan kita” dan mengukuhkan keadilan untuk melindungi hak rakyat.

“Kami diberi peluang untuk bersekongkol dengan kelompok lama yang telah merosakkan negara kita, kita memilih untuk kekal dengan prinsip, yang meninggalkan kita, mengkhianati amanah perjuangan kita,” katanya dalam video 2 minit yang dipaparkan di Facebook hari ini.

“Saya ada dengar dan dapat menghidu apa yang sedang direncanakan dan mengkhianati perjuangan kita, termasuk keadilan, menolak rasuah dan penyalahgunaan kuasa,” katanya.

Anwar juga berkata walaupun hak istimewa orang Melayu dan Islam tidak dipertikaikan, Malaysia sebagai negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, maka ia mesti merangkul semua kaum dan agama.

Tambahnya, ekonomi negara tidak harus menghalalkan rompakan oleh segelintir penguasa tetapi memastikan ia dipacu dengan lebih laju dan meyakinkan tetapi menjamin mengagihan yang saksama.

“Petani, nelayan, pekerja, penjawat awam, terutamanya di peringkat menengah dan rendah sedang mengalami masalah dan tekanan hidup,” katanya.

Oleh itu, katanya, rakyat tidak membiarkan kekayaan negara terus dirompak oleh segelintir individu.