BUDAYA KENCING DAN MENGENCING

BAB KENCING MENGENCING

Sekarang keadaan politik dan ekonomi negara serba tak menentu. Pelabur serba salah, rakyat pun susah hati.😢 Org ramai mula menyesal…mereka ingat dah silap pangkah.🙄 Mereka ingat semudah tikam nombor ekor memilih pemimpin ni. Semata2 nasib. Jadi, oleh kerana sekarang ni rakyat merasa hancing satu badan akibat dikencing2. ..maka mereka pun berangan2lah kononnya nak tukar pemimpin baru…iaitu geng satu lagi. Macamlah geng yg satu lg tu takkan kencing.🐮 Rakyat lupa yg pemimpin itu adalah cerminan rakyat. Kalau pemimpinnya kuat kencing maka ia menunjukkan rakyatnya pun begitu….mereka sukakan kaki kencing. Oleh itu mereka mmg layaklah dikencing2. Kalau rakyat betul2 tak mahu dikencing lagi maka mereka sendiri kena berubah dulu… iaitu berubah jd cerdik ataupun mumaiyiz…. supaya dpt bezakan kaki kencing dari yg bukan.🤔 Dan syarat lain adalah jumlah yg cerdik tu kena cukup utk menggerakkan perubahan. Tapi kalau yg cerdik2 itu pun hanya pikir bagaimana nak gunakan kecerdikannya utk mengencing maka masyarakat akan terus bergelumang dlm air kencinglah. Yaikkk.. Tuii… 😵

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *