SELAMAT DATANG KE PP BARU DI BAWAH PENERAJUAN DEMOCRATIC ACTION PARTNERSHIP

Selamat Datang Ke Pulau Pinang Baru di bawah kepimpinan DEMOCRATIC ACTION PARTNERSHIP.

Apa yang rakyat dapat:

Pulau Buatan untuk penempatan asing

Rumah nampu tengok bukan rumah mampu milik

Laut yang tercemar teruk

Laut tanpa hidupan marin

P. Pinang tanpa paya bakau sebagai peparu alam dan pemecah ombak semula jadi bila diserang ombak kuat dan angin yang ganas. PP tanpa tempat perlindungan untuk ikan, udang, ketam dan berbagai hidupan laut.

Bebangunan tinggi di atas bukit yang menutup pandangan kehijauan di sekitaran bukit bukau.

Sungai sungai semula jadi yang bertukar menjadi parit, sungai sungai lesu menunggu masa untuk mati ditimbus dan ditamatkan riwayatnya.

Semakin Kehilangan pantai pantai awam untuk rakyat tempatan berkelah.

Ruang lapang semakin sempit dan merimaskan dipenuhi hutan batu bata.

Pulau Pinang jadi semakin kecil. Pulau yang dipenuhi melimpah dan dengan kenderaan.

Telah pun nyata di depan mata kerosakan di darat, di laut dan di udara oleh perbuatan tangan tangan manusia nan durjana.

Maka rakyat terbanyak semakin terdesak merasakan secara merata, sepenuhnya akibat daripada perbuatan segelintir pemaju yang tamak dan halobaya. Kononnya atas nama pembangunan mega untuk negeri dan rakyat jelata di mayapada.

Hasilnya yang kaya merecut jadi meliana . Yang miskin terus kedana terpinggir oleh pembangunan hebat, tidak ada kena mengena dengan rakyat !

PULAU MUTIARA SEMAKIN PUDAR MUTIARANYA.

TOLAK TAMBAK 3 PULAU BUATAN DEMI KELESTSRIAN ALAM !!!