DI BAWAH KEPIMPINANAN DAP DAN SEKUTUNYA PKR MELAYU P.PINANG SEMAKIN TERJAMIN ATAU SURVIVALNYA SEMAKIN TERANCAM!

BALIK PULAU BAYAN LEPAS SANA TERPELAHAU SINI TERLEPAS !

ITU BIDALAN MELAYU HASIL RAKAMAN SEJARAH 200 TAHUN YANG LAMPAU ! KESAN AKIBATNYA SEMAKIN TERASA MESKI > 60 th MEREDEKA !

CENDEKIAWAN MELAYU TIDAK PANDAI MENULIS DAN MERAKAMKAN SEJARAH. ITU KEARIFAN DAN TIPU MUSLIHAT PENJAJAH. MEREKA MEREKAYASA SEJARAH MENGIKUT ACUAN DAN KEHENDAKNYA. HINGGA KINI MEREKA BERJAYA MEMUTAR SEJARAH P.PINANG IKUT CITARASA DAN AGENDA MEREKA. BAHAWA FRANCIS LIGHT ADALAH PEMBUKA DAN PENGASAS P.PINANG.

KEMUNCAKNYA MEREKA BERJAYA MENOBATKAN GEORGE TOWN WORLD HERITAGE DI BAWAH PENGIKTIRAFAN DUNIA ATAS NAMA UNESCO PADA TAHUN 2008. BERMAKNA MEREKA BERJAYA MEMENJARA DAN MEMATIKAN SEJARAH KESULTANAN KEDAH SELEPAS MALAYA MERDEKA BAHAWA P.PINANG ADALAH BAHAGIAN DARIPADA WILAYAHNYA. SEJARAH NASIONAL KITA HANYA BERMULA PADA 11 OGOS 1786 DI BAWAH NAUNGAN PENJAJAH INGGERI. BERMULA DARI P. PINANG, MENJALAR KE MELAKA DAN LANGSUNG KE SINGAPURA. SELEPAS ITU MENGUASAI NEGERI NEGERI MELAYU YANG BERSULTAN YANG MEPERAKUI MENGAKUI KETUANAN/ SOEVREINITY INGGERIS SEBAGAI PELINDUNGNYA.

SEGALA URUSAN DALAM DAN LUAR NEGARI DIKUASAI INGGERIS SECARA TOTAL MELALUI PARA PENASIHAT INGGERIS YANG MANA NASIHATNYA PERLU DIDENGAR DAN DIPATUHI.

PARA PENITIP KEARIFAN MELAYU MERAKAMKAN PERISTIWA AWAL PENJAJAHAN INGGERIS DI P.PINANG DAN KESAN AKIBATNYA KE DEPAN MENERUSI SEBUAH SEBUAH PANTUN SEJARAH :

PULAU PINANG BANDAR BAHARU KEPTEN LIGHT MENJADI RAJA KALAU DIKENANG MASA NAN LALU RASA MENITIS SI AIR MATA !

Inilah beban sejarah yang kita alami kini walau pun telah 60 tahun lebih MERDEKA !

Dalam pengiktirafan George Town World Heritage menobatkan warisan bermula dari zaman kolonial. Diikuti dengan kaum imigran. Di dalamnya tidak ada rakaman sejarah para pembuka P.Pinang sebelum kedatangan Kepten Francis Light. Bahawa pulau ini telah dibuka dan terbuka di bawah kesultanan Kedah. Lama sebelum dirampas Inggeris menerusi muslihat jahat dan busuk Francis Light . Perkara ini diambil kesempatan oleh Inggeris kerana kelemahan Kesultanan Kedah.

Tidak ada bahagian Melayu sebagai bumiputra dan penduduk asalnya di bawah Kesultanan Kedah. Justru sejarah kebangsaan kita sudah dipangkas dalam negara Malaya dan Malaysia merdeka. Kedudukan P.Pinang seperti mengekalkan jatidiri dan legasi seperti negeri selat di zaman penjajah tetapi dalam bentuk baru yang terus menerus menafikan ketuanan Melayu dan hak hak penduduk asalnya. Melayu menjadi mangsa penjarahan kolonialisme dalam bentuk baru. Satu demi satu kampong halaman, kehidupan, habitat mereka dihilangkan atas nama PEMBANGUNAN.

Merakamkan peristiwa ini seorang cendekiawan Melayu, anak jati P.Pinang Prof Ahmad Murad Merican menyatakan pada hari pelancaran pengiktirafan warisan Melayu Tanjong Tokong pada 2014:

Maaf cakap ! Nyata di bawah pemerintahan hampir 6 dekad Malaysia merdeka Melayu P.Pinang hilang segala galanya sebagai penduduk asal dan bumiputeranya . Mereka hilang satu demi kampong halaman, hilang habitat, hilang sejarah, hilang warisan, hilang masa kini dan masa, hilang penyertaan aktif dalam pembangunan, hilang hak sebagai bumiputera, hilang, hilang dan hilang. Inilah yang berlaku sepanjang 60 tahin merdeka !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *