PSR – WHY PENANG SOUTH RECLAIMATION MUST BE STOP ?

Mengapa PSR Penang South Reclaimation wajib ditolak dan dihentikan. Pertama projek ini projek yang dipaksakan. Kononnya tanpa tambak laut, masalah kesesakan pengangkutan akan berlarutan. Ini satu pembohongan. Tiada rekod menunjulkkan dengan terbinanya sistem pengangkutan dan jajaran baru, kesesakan lalu lintas di atasi. Lihat leboh raya PLUS utara selatan. Adakan kesesakan dapat ditangani dan di atasi ? Selagi kita bergantung pada kenderaan persendirian selagi itulah jalan raya akan berlimpah dengan kereta. Negara negara maju peka tentang ini dan menggantikannya dengan kenderaan awam. Kita tidak. Mengapa ? Ada pihak yang mahu mengambil kesempatan daripada industri kereta, tol, insurans, petrol,AP, dll.

Yang terlebih malang, kejam dan tak dapat diterima kelogikannya ialah projek ini sebuah perencanaan jahat dan khianat kepada negeri dan warga P.Pinang . Terutamanya NELAYAN PANTAI. Mengapa ? Sebaik dimulakan ia bakal membunuh kehidupan marin dan hidupan laut di tempat yang kaya dengan udang, ketam, ikan, rumpai laut, beting pasir, paya bakau dll. Ia ubah keadaan lain daripada sebelumnnya. Daripada laut menjadi daratan batu bata. Di sinilah tempat bekalan makanan utama rakyat P.Pinang iaitu ikan, udang, sotong segar .

Lagi pun P.Pinang tak boleh sama dengan Singapura. Singapura hanya sebuah pulau berpenduduk 5 juta. P.Pinang ada Seberang Prai. Ada tanah besar. Mengapa gusar dan hilang pertimbangan sehingga tergamak menambak laut ? Ya untuk membina pulau buatan . Itu pun bukan untuk penempatan rakyat sendiri yang ramai gagal mendapat rumah mampu milik yang mencukupi. 3 pulau buatan itu adalah projek ala FOREST CITY . Ia dibina untuk warga luar dan asing membeli hartanah mewah di P.Pinang. Sebuah kehidupan luxury ala pulau buatan di Dubai. Maka untuk itu laut kita ysng menjadi ladang makanan rakyat mesti dikorbankan . Tidakkah ini bakal menjadi rekod kerja dan peninggalan paling buruk kepada kerajaan negeri P.Pinang di bawah PH yang diterajui oleh DAP .

This is another reason why we need to protect Penang Island South, our Kawasan Emas, our “golden zone”. In the zone which is likely to be impacted by the proposed Penang South Reclamation (PSR), fish landings, recreational fishing, marine aquaculture, hatcheries etc which depend on seawater, chalk up RM136 million a year. This industry is sustainable and the marine resources will only become more valuable over the years (if reclamation is averted) in view of overfishing in the deepsea.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *