PM MAHATHIR DI MANILA PERIHATIN KRISIS WAKAF CHAUDER, TPM WAN AZIZAH MACAM MANA ?

PM sensitif dan perihatin dengan penduduk tanah wakaf Chauder yang diperintah MAIPP untuk kosongkan kediaman sejak zaman berzaman. Dari Manila beliau mengarahkan pegawainya untuk melaporkan langsung untuk tindakan seterusnya selepas balik dari luar negara.

Soalnya TPM dari PKR Dr Wan Azizah ada, kenapa tidak bertindak.Adakah semuanya memerlukan campur tangan PM ? DSAI pun mendiamkan diri. Dilaporkan untuk majlis pesta PONGGAL beliau sanggup bergegas balik ke Port Dickson semasa berada jauh ratusan km darinya. Ini negeri kelahiran beliau yang jaraknya dari Permatang Pauh tak begitu jauh.

Penduduk bantah dihalau 
dari Tanah Wakaf Abdul Cauder

SEKUMPULAN penduduk Tanah Wakaf Abdul Cauder mengadakan bantahan
SEKUMPULAN penduduk Tanah Wakaf Abdul Cauder mengadakan bantahan aman setelah diberi notis pengosongan rumah tanpa sebarang perjanjian di Kampung Mengkuang, Butterworth, Pulau Pinang, kelmarin. UTUSAN/SAZALI CHE DIN

Partinya bernama Parti KEADILAN Rakyat. Di manakah KEADILANNYA ? YDP MAIPP adalah bekas ADUN PKR Dato Abdul Malik Kassim, Timbalannya pun ADUN Batu Maung kini dari PKR juga Dato Hj Abdul Halim Hussein. Masalahnya mengapa masalah ini jadi sebegitu gawat ? Jika PKR tak dapat mengatasi masalah ini dengan bijaksana ia akan menjadi beban sosial dan membawa impak buruk pada imej parti. Akan menjejaskan masa depannya dalam PRU ke 15 nanti. Rakyat kini kecewa dan muak dengan ADUN ADUN PKR kerana sentiasa membisu atas isu isu rakyat. Contohnya seperti isu penambakan laut yang bakal memusnahkan zon tangkapan ikan, udang, ketam dll di Teluk Kumbar.

Di situah lubuk nelayan tradisi mencari makan. Kawasan habitat hidupan laut kurniaan Allah yang terjadi sejak ribuan tahun. Tiba tiba nak dihilangkan kerana ketamakan demi untuk penempatan baru para pelabor dari luar. Projek itu tak ada ada kena mengena dengan rakyat setempat . Sekedar gembar gembur kononnya kehidupan mereka akan terbela dan diambil kira.

Hampir tak ada sensitiviti daripada ADUN PKR. Hanya menjadi Rubber Stamp kepada DAP. Kononnya projek ini tidak akan menjejaslan kehidupan nelayan. Kononnya akan membawa masa depan yang cerah kepada nelayan pantai. Sekurang kurang ada timbang tara, semak imbang , kepekaan bahawa projek ini akan melanyak habis kehidupan nelayan seperti membubuh pasir ke dalam periuk nasi mereka.Apa jadi dengan parti ini sekadar lebel KEADILAN RAKYAT. Hakikatnya KEADILAN tak pun terserlah. Yang nyata ialah KETIDAK PEDULIAN yang tebal.

Krisis Wakaf Chauder ini macam tak ada penyelesaian. Menyatakan tanah wakaf itu milik mutlak MAIPP pun tak betul. Mesti ada pertimbangan kerana penduduk ini bukan penceroboh tanah wakaf. Mereka telah berada di atas tanah ini bertahun sejak sebelum merdeka.Undang undang tanah tak ada hati perut dan jiwa. Justru undang undang saja tidak cukup untuk rungkai dan selesaikan permasalahan rumit ini. Tolong selesaikan masalah ini dengan penuh pertimbangan- saksama.

Ia memerlukan campur tangan DS Anwar Ibrahim kerana ia melibatkan pimpinan PKR yang menguasai MAIPP.Sekurang kurangnya jelas ke manakah penduduk yang tinggal begitu lama di atas tanah wakaf itu iaitu golongan PEMASTAUTIN hendak pergi. Sekurang kurang ada penempatan baru untuk mereka.

Ingat rakyat telah memberi undi yang besar kepada PKR dalam PRU 2018 yang lepas. Tak mengherankan jika rakyat juga berkuasa menarik semula undi daripada ADUN ADUN kayu mati yang tak berfungsi dan peka pada rintihan rakyat. Mereka hilang tempat untuk mengadu berhadapan dengan ADUN yang menunjukkan taring kuasa untuk menghukum dan menzalimi rakyat yang lemah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *