SIRI PARA PEMIMPIN MELAYU BERJASA DARI P.PINANG !

PINANG PRESS akan memulakan satu siri penulisan. Karya yang menggali dan mengetengahkan para pemimpin yang berjasa kepada warga atau anak negeri P.Pinang. Kita tidak mahu tersekat. Bila membicarakan tentang tokoh hanya terhenti kepada pada P. Ramlee dan Hj Abdullah Fahim saja. Ada ramai lagi tokoh bangsa daripada kalangan anak negeri yang sejarah dan jasa bakti mereka perlu digali untuk ditampilkan kepada umum. Pengorbanan mereka jika tidak diketengahkan akan hilang begitu sahaja. Ini sebagaimana Kata Pres Soekarno:

“Hanya bangsa yang besar mengenal dan mengenang jasa para pahlawannya”.

Di antaranya Datuk Jenaton, Datuk Nakhoda Kecil, Datuk Nakhoda Nan Intan, Sheikh Omar Al Basyir, Datuk Hj Mohd Noor Ahmad, Bapu Alauddin Meera Hussein Lebai, Mohd Ariff, Wanchik Ariffin, Hj Ahmad Matahari, Hashim Awang, Hj Mohd Salleh, Hj Salleh Masri, Abdullah Ariff, Che Din Allen Dennyse, Sheikh Yusuf, Ibrahim Mahmud, Syed Sheikh Ahmad Al Hadi, Ahmad Rashid Talu, Hj Yusuf Rawa, Noordin Ar Rawi – Persama Press, Jaldin dan Mansor Sanusi – Sinaran Brothers,Keramat Hj Kassim, Mustafa Abdul Rahman, Datuk Nakhoda Ragam, Hj Ali Rouse, R.E. Mohamed Kassim, Nordin Ahmad dll

Pinang Press akan memulakan siri ini menerusi penggalian tentang pengorbanan seorang tokoh besar anak jati P.Pinang. Namanya Shaik Gulameah Shaik Ahmad Meah. Lebih dikenali ” DADA” atau MAMU DADA. Beliau anak kelahiran Kampong Herriot P.Pinang pada tahun 1905 . Tutup usia di umur muda ketika mencecah umur 42 tahun pada 1947. Shaik Dada seorang mahaguru dalam bidang persilatan atau ilmu bela diri. Pada tahun 2012 tokoh ini buat pertama kalinya setelah 65 tahun berlalu , menerima anugerah sebagai Pendekar Negeri P.Pinang. Anugerah ini diberi oleh PM Malaysia DS Mohd Najib Tun Abdul Razak pada Disember 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *