DI MANAKAH KEWAJARAN PEMIMPIN ISLAM RAIKAN UPACARA KEAGAMAAN KAUM MUSYRIK- PENYEMBAH BERHALA

Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am PAS, apakah hukumnya berada di upacara orang bukan Islam. Beliau bertanya : Adakah ini upacara kebudayaan atau keagamaan? Jika keagamaan saya tak boleh turut serta. Jika sekadar kebudayaan boleh.

Hari ini di bawah PH berkenja kenja para pemimpin Islam ke upacara keagamaan orang bukan Islam yang terang terangan bersifat keagamaan untuk penganut agama psra penyembah berhala.

Sebelum ini bekas PM Najib hadiri acara puncak Taipusam saban tahun di Batu Caves. DSAI lebih awal buat begitu. Terkini MB Selangor dari PKR juga hadir. Kenapakah trend sebegini jadi subur. Jawapannya mudah. YA mengapa ? POLITIK DI ATAS AGAMA DI BAWAH !

Tidakkah aqidah mereka tersentuh dan bergetar hatinya apabila melangkahkan kaki ke upacara keagamaan kaum musyrik. Upacara agama yang terang terang menyembah dewa dewa dan berhala.Tidak ada kena mengena dengan Allah subhanahu wataala.

Al Quran tegas beri pedoman dalam surah Al Kafirun. Ayat muktamat yang berbunyi :

Lakom dinakom wali waliyadin. Bagi kamu agama kamu bagi kami agama kami. ISLAM AGAMA TAUHID. AMAT BERETENTANGAN SEKALI APABILA KITA DIPERBOLEHKAN MERAIKAN/ MERASMIKAN UPACARA UPACARA AGAMA LAIN YANG BERTENTANGAN DENGAN AQIDAH TAWHID KITA.

ALLAH TIDAK SURUH KITA MENGIKTIRAF DAN MERAIKAN UPACARA AGAMA MUSYRIK.

Nabi Muhammad saw memberi pedoman dan garis sempadan yang terang lagi buntang. Tidak ada sirah yang menyebut baginda saw menghadiri upacara agama penyembah berhala. Di penghujung kerasulannya setelah mrnaesn Mekah baginda menghancurkan seluruh berhala yang ada di sekeliling Kaaba.

Bahkan Upacara agama yang dekat dengan Islam iaitu agama Yahudi pun nabi saw tidak raikan. Nabi berpuasa dan tidak keluar rumah di hari hari tersebut. Itulah sikap baginda. Langsing tidak terlibat dan bersentuhan dengan agama selain Islam.Inikan pula dengan agama yang terang terang menyembah api dan objek patung secara nyata .

Mengapa psra politikus muslim kita kalau sehingga terbabas daripads garis agama Islam yang fandemental /syumul/ bulat. Ya ! Mereka lebih utamakan politik daripada agama. Politik di atas agama di bawah. Mereka takut hilang undi. Mereka sanggup berbuat apa saja demi survival politik.

Mereka lupa sebagai orang Islam, perkara utama yang mesti diselamatkan ialah aqidah. Allah hanya terima Islam sahaja sebagai agama yang sah di sisinya. Mengapa memandai mandai mengiktiraf agama lain yang Allah tak redhai. Sedangkan ia ditolak oleh Allah sbh, pemilik alam raya ini.

Adakah mereka nak meraikan juga kuil kuil yang didirikan secara haram yang merampas tanah tanah awam. Dibina secara berleluasa. Kata pendakwah bebas Redzuan Tee Abdullah lebih banyak kuil daripada masjid di negara yang menjadkan lslam agama rasminya. Fenomena oni berlaku kerana kelonggaran penguatkuasaan undang undang undang oleh PBT, sifat tak apa dan liberal ahli ahli politik Melayu. Disebabkan itu berapa banyak kuil Hindu yang akan didirikan secara haram.Tidakkah ini mencabar kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.

Tidak cukup begitu malah lebih banyak lagi kuil akan terus dibina dengan bebas.Di depan traffic light, ditepi pantai bahkan di selekoh jalan. Malaysia sudah jadi negara yang caca marba. Mengapa ? Ini disebabkan oleh sikap para pemimpin Islam yang terlalu longgar . Terlalu bertolak ansur dalam menangani masalah kepelbagaian dalam agama.

Justru mereka ambil kesempatan membina kuil dengan sewenang wenang tanpa kebenaran PBT.Kemudian menimbulkan masalah dikemudian hari. Minta supaya kuil mereka diiktiraf menjelang pilihanraya atau minta ganti tempat yang lebih bedar apabila hendak dirobohkan.

Di Singapura sebuah negara bukan Islam bolehkah kuil dibina dengan leluasa ? Mengapa di sana kerajaan dapat mentertibkan pembinaan rumah ibadat supaya tidak dibina dengan sewenang wenang.

Jawapannya kerana Singapura sejak dari awal TEGAS. Mereka berpegang kepada rules of law Kedaulatan undang undang. Agama tidak boleh mengganggu gugat hak awam dan berbuat kesewenangan.Di Malaysia semuannya boleh kerana politik di atas, undang undang di bawah !!! Undi lebih penting daripada AQIDAH TAWHID.Biar Islam hancur asalkan politik subur !!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *