KOMEN ATAS WACANA MITOS PRIBUMI MALAS DI USM ISNIN 18 FEBUARI 2019

Image result for PROGRAM MITOS PRIBUMI MALAS USM
Image result for Prof Ahmad Murad Merican

BICARA tersebut telah mendapat sambutan hangat daripada mahasiswa, khalayak P.Pinang .Juga tetamu dari luar P.Pinang.Apa yang dibicarakan masalah lama yang menyelimuti bangsa Melayu. Adakah justru orang Melayu malas maka mereka tidak maju maju sehingga sekarang.Mengapa ?,.. kurang kemampuan dalam persaing abn dengan kaum pendatang. Realitinya apabila Melayu dibandingkan dengan kaum China, Melayu jauh ketinggalan.Dari bandar bandar besar hingga ke luar bandar ekonomi hampir mutlak dikuasai mereka. Mereka menjadi kaum pedagang, pekilang, pengedar barangan, pemilik supermarke, kontraktor dan teraju atau pemain utama menjana ekonomi negara. Siapakah yang boleh menafikannya.

Image result for Profesor Kesusasteraan Mohd  Salleh Yaafar  USM

Para pembicara Prof Ahmad Merican dan Prof Mohd Salleh Yaafar menyatakan tuduhan Melayu pemalas rekayasa penjajah.Ia adalah satu mitos bukan realiti.Sengaja dijadikan senjata atau istrumen untuk membenarkan penjajah membawa kaum imigran dari India, China dll untuk menjarah ekonomi Malaya. Alasannya pribumi malas dan tidak sesuai dijadikan pekerja untuk memunggah kekayaan Malaya yang melimpah ruah. Begitu dengan Prof Ahmad Murad Merican.

Image result for Profesor Sohaimi Abdul Aziz  USM

Jika Melayu rajin dan mampu bersaing kenapakan Melayu sentiasa berharap dengan tongkat untuk mendapat kontrak.Selepas itu tidak pun membuat kontrak. Asyik menjual kontrak sehingga timbul istilah ALI BABA. Ini bukan lagi tuduhan.Ia telah menjadi rahsia umum. nLihat satu contoh di Sungai Ara Pulau Pinang.Kerajaan Persekutuan telah menolong Koperasi Tunas Muda membeli tanah seluas 1000 ekar daripada Brown Estate.Apa jadi dengan tanah tersebut ? Hampir hampir keseluruhannya telah diserah kepada pemaju China untuk dimajukan. Pepatah lama menyataskan ada tanah tak ada erti.Yang tiada bertanah tetapi mempnyai kepakaran, modal dan daya usaha mendapat keuntungan berlipat kali ganda, Akhir Melayu P.Pinang kehil;angan peluang kerana projek yang dibuat terlalu mahal.Tiada terdaya Melayu untuk membelinya. Akibatnya tanah tapak kepunyaan koperasi yang dulunya kampung kampung Melayu hilang begitu saja. Ia digantikan dengan kondo, gedung perniagaan dan rumah kedai yang mahal. Pembangunan yang dibuat atas tanah koperasi tidak mampu dibeli oleh orang Melayu tempatan. Apakah sebabnya ? Tidakkah ini menunjukkan kepimpinan Melayu lemah, malas dan bengap.Hanya pentingkan diri sendiri dan selalu mencari jalan pintas untuk cepat kaya. Tidakkah ini realiti. Banyak sifat sifat negatif yang menyinggah kepada bangsa kita walau pun 60 tahun mereka. Wacana tersebut tidak diulas dengan sempurna. Banyak yang tidak terjawab dan masih tergantung. Mitos dikatakan bukan realiti kerana ia diciptakan oleh penjajah untuk melaksanakan agendanya memunggah kekayaan Malaya. Realiti bukan mitos.Jika benar Melayu benar benar rajin sudah tentu kita tidak perlu bergantung kepada boroh asing yang kini mencecah hampir 6 juta manusia. Dalam pertarungan ekonomi Melayu di pihak yang kalah.Ternyata dalam persaingan dengan kaum China di segala segi walau pun dalam pertanian dan aktiviti kenelayanan yang merupakan pekerjaan tradisi orang Melayu.Kita masih berharap kepada subsidi dan tidak mampu untuk berdikari.

Hasil gambar untuk Zaaba Kata kata hikmat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *