MAMU DADA:”JASA TIDAK BINASA”

PENGKISAHAN SHAIK DADA (1905-1947) TOKOH PERSILATAN MELAYU P.PINANG – PENERIMA ANUGERAH PENDEKAR MELAYU P.PINANG
SIAPAKAH SHEIK DADA ? DADA NAMA GELARAN SEBAGAI TANDA PENGHORMATAN DARIPADA MASYARAKAT MELAYU P.PINANG KEPADA TOKOH MUDA YANG BERJASA KEPADA BANGSANYA !
SHAIK GULAMEAH BIN SHAIK AHMAD MEAH Lebih dikenali Sheikh DADA (1905-2947)
JASA TIDAK BINASA
PROLOG- KATA PERMULAAN
DADA adalah nama panggilan sejak dari zaman muda. NAMA ini diterima umum oleh khalayak masyarakat Melayu P.Pinang. DADA terkenal kerana kependekarannya. Tokoh ini merupakan anak kelahiran kampong Herriot, Kelawai P.Pinang pada tahun 1905. Nama beliau mulai harum di sekitar TANJONG sebelum Perang Dunia Kedua. Di antara rakan sebaya beliau ialah Sheikh Ahmad Badjenid seorang ulama yang pernah menjadi mudir Madrasah Al Masyhor, Teck Soon Street, P.Pinang, Ustaz Sallahuddin dari Pahang Road, Ahmad bin Osman atau Pak Mat Amdan dll. Nama sebenar beliau ialah Sheik Gulamaeah bin Sheik Ahmad Meah. Bapanya Sheik Ahmad Meah.Beliau adalah cucu penakan kepada Sheik Yusuf seorang hartawan Melayu P.Pinang. Datuknya bernama Sheik Gulameah, anak penakan atau anak saudara Sheik Yusuf. Ibunya bernama Ungku Maimunah. Saudara lelaki atau abang besar beliau ialah Sheik Abdul Latiff dan Sheik Natarsa. Abang beliau Sheik Natarsa seorang dresser di hospital Bukit Mertajam. SHEIK NATARSA popular sebagai seorang boxer, sebelum WW 2.
SHAIK ABDUL LATIFF
SHAIK NATARSA – BOXER
SHAIK GULAMEAH- TOKOH SENI BELA DIRI DALAM MULTI BIDANG / PELBAGAI JURUS ILMU PERSILATAN NUSANTARA DAN ANTARABANGSA. Antara seni persilatan Melayu dan silat silat antara bangsa yang beliau kuasai :
- JUJITSU, 2. BOXING/TINJU, 3. SILAT TERELAK 4. SILAT SENDENG 5. KUNTAU MELAKA 6. SILAT PELAGA P.PINANG 7. SILAT PETIR ATAU PETIAQ 8. SILAT SALBOM TAWGAW 9. SILOAT BERSENJATA DENGAN SEPASANG TEKPI 10 SILAT BERSENJATA DENGANSEPASANG TANDUK 11. SILAT BERSENJATA DENGAN SEPASANG KERIS 1 ½ kaki 12. Silat bersenjata dengan besi 6 in panjang 13. Silat bersenjata dengan besi 3 kaki panjang 14. Silat bersenjata dengan ekor pari dsbnya 15. Silat bersenjata dengan sepasang pedang 5 kaki npanjang 16. Silat bersenjata dengan sepasang pedang 3 kaki panjang 17. Silat bersenjata dengan sebatang gbesin 10 kaki panjang. Dicatat pada 1.4.1946.
WAWASAN DADA – VISI DAN MISINYA BUAT NUSA DAN BANGSA !
Sesebuah negara hanya akan menjadi kuat, kaya, makmur, berdaya maju dsbnya menerusi dua kekuatan yang utama :
Pertama kekuatan akal fikiran
Kedua kekuatan fizikal atau tubuh badan.
Usaha perlu dibuat untuk menguasai kedua dua kekuatan tersebut secara padu seimbang. Terutamanya kekuatan akal fikiran yang mana bangsa bangsa di Timur terlalu lemah atau mengabaikannya sama sekali. Dua kekuatan tersebut sangat penting sekali dilatih, diamal dan diperkasakan. Terutamanya kekuatan akal fikiran.Ia seiring dibangunkan bersama kekuatan tubuh badan. Hanya menerusi pengemblingan kedua kekuatan tersebut bangsa bangsa dan negara di Timur nescaya menjadi kuat dan perkasa, pintar, kaya, makmur dan berkembang maju. Sebagai contoh bukanlah kekuatan ledakan bom atom itu yang maha hebat. Kekuatan yang terhebat dan paling berbahaya ialah tenaga otak saintis yang menghasilkannya. Kekuatan inilah yang memusnahkan umat manusia.
AMALAN KESEHARIAN MAMU DADA:
Amalan yang perlu dilakukan untuk memperkuatkan keyakinan dan kekuatan akal fikiran sebagaimana di bawah :
PERTENANGKANLAH akal hati dan sekalian anggota aku
PERKENCANGKANLAH akal, hati dan sekalian anggota aku
PERTEGUHKANLAH akal, hati dan sekalian anggota aku
PERKUKUHKANLAH sekalian akal.hati dan sekalian anggota aku
PERMEGAHKANLAH sekalian akal, hati dan sekalian anggota aku
PERGAGAHKANLAH sekalian akal,hati dan sekalian anggota aku
PERTAHANKANLAH sekalian akal,hati sekalian anggota aku
PERBERANIKANLAH sekalian akal, hati dan sekalian anggota aku
PERKUATKANLAH sekalian akal,hati dan sekalian anggota aku
PERKAHARKANLAH sekalian akal, hati dan sekalian anggota aku
PERKERASKANLAH sekalian akal, hati dan sekalian anggota aku
Dengan semangat Islam yang cukup kuasa dan yang cukup dan yang sebenar4 melawan dengan sekalian nafsu nafsu hyasad dan lain lain nafsu dan dengan kuasa yang berkudrat lagi suci .lagi hidup,lagi mendengar, lagi melihat ,lagi melihat,lagi mengetahui,lagi tunggal, dan lagi bersifat dengan kesempurnaan dapatlah aku menakluk sekalian nafsu nafsu hasad dan nafsu yang membinasakan sekalian akal, hati dan anggota anggota manusia berkat doa
AMALAN AMALAN KELAZIMAN SHEIKH DADA
- Baca olehmu istaghfar 70 kali waktu bangun pagi dan 70 kali waktu hendak tidur
2.Baca selawat di bawah ini :
3.Baca Lam ainul ‘aurad
Wasallallahu ‘ala saidina muhammadin wa ‘ala alihi wasohbihi wassalam tasliman ‘adada khalqaihi waridha anafsihi wazinata ar syihi wa midada kalimatihi
WARISAN DADA MUTIARA KATA YANG BERMESEJ MENDALAM
- Sebelum kita baca surat khabar supaya dapatlah kita banyak pengetahuan di dalam dunia, berganda ganda lagi lebih banyak pengetahuan di dalam diri kita daripada surat surat khabar. Jika kita baca diri sendiri sehingga mati pun tiada boleh habis dibaca. Jika tiap tiap saat sekali pun dibaca tiada boleh habis.
- ILMU KUAT DAN GAGAH SEKALI DALAM DUNIA INI IALAH ILMU YANG DI ANUGERAHI OLEH TUHAN AKAN HAMBANYA YANG SANGAT TAAT DAN YAKIN DENGAN ANGGOTA ANGGOTANYA SEKALIAN AKAN TUHANNYA YANG SEBENAR. DIA HAMBA YANG BERKORBAN DIRINYA SEHINGGA MENDAPAT KEMENANGAN YANG KHAS DI DALAM PEPERANGAN, PERLAWANAN DENGAN SEGALA NAFSU. YANG TERUTAMA SEKALI NAFSU HASAD DENGAN BERKAT DOA LAILAHA ILLALLAH.
- Dituntut ilmu yang boleh bagi takut kepada Tuhan Rabbul alamin hingga menggeletar anggota anggota kita sekalian dengan sebenar benarnya ……. DADA 1. 1. 1947
From primary to the highest degrees. The master the Kong of Art and self defences of Penang.
- Sebelum kita baca surat khabar supaya dapatlah kita banyak pengetahuan di dalam dunia, berganda ganda lagi lebih banyak pengetahuan di dalam diri kita daripada suratkhabar suratkhabar .Maka kit abaca diri kita mati sampai pun tidak boleh habis dibaca . Jika tiap tiap saat sekali pun tiada boleh habis.
- Ilmu kuat dan gagah sekali sekali dalam dunia ini ialah ilmu yang dianugerahi oleh Tuhan akan hambanya yang sangat taat dan sangat yakin dengan anggota anggotanya sekalian akan Tuhannya yang sebenar iaitu dialah hamba yang berkorban diri pada sekian sejiabn masa sehingga mendapat kemenangan yang kihas di dalam peperangan perlawanan dengan sekalian nafsu nafsu yang terutama sekalinya nafsu hasad dengan berkat LAILAHA ILLALLAH Muhamadar rasulullah
- P enting sekali memandang tiap tiap gerak musuh walau apa gerak sekali pun. Terlintas di akal fikiran sekalian anggota bekerja .Diamal dan dilazimkan dalam latihanmu.
- Tuntut ilmu yang boleh bagi takut kepada Tuhan Rabbul alamin hingga menggeletar anggota anggota kita sekalian dengan sebenar benarnya.
- Siapa siapa yang hendak ketahui: Sebelum kita ketahui hal dan keadaannya dunia, diketahui dahulu hal dan keadaan diri sendiri baharulah kita ketahui keadaan dunia.
- Atau pun jika kita baca diri sendiri pada tiap tiap saat terlebih baik lagi daripada kita membaca surat surat khabar
- Siapakah yang dikatakan kuat,tetap, kukuh dan sangat berani ? Ia adalah mereka mereka yang sudah mendapat kemenangan di dalam perlawanan dengan RAJA NAFSU iaitu nafsu hasad dan lain lain nafsu dengan sebenarnya lagi jika sudah menang di dalam peperangan dengannya sekalian.