MPKK MENGGANTIKAN JKKM:APA YG BERUBAH ?

MPPK, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung menggantikan JKKM Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Masyarakat . Berlaku perubahan pada nama. Tentu ada impak yang lebih daripada itu. Bukan perubahan sekadar nama sahaja. Apakah kesan-akibatnya kepada komuniti/ masyarakat di bawah pentadbiran baru Kerajaan Pakatan Harapan.Lebih lebih lagi MPPK diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar bandar yang diketuai oleh Rina Harun. Menteri yang terlantik daripada PPBM.Selama ini JKKM kurang menampakkan perubahan yang ketara kepada masyarakat luar bandar. Selain sebok mengadakan kempen kebersihan, gotong royong, pemberian hamper, memberi bantuasn ala kadar dan menghadiri mesyuarat demi mesyuarat yang tidak diketahui ke manakah halatujunya. Masyarakat mahukan perubahan yang ketara dari segi sosio ekonomi dan persekitaran. Apakah impaknya pada kehidupan masyarakat sehingga mereka terasa inilah yang kami harapkan. Inilah yang kami patut dapat dan terlepas selama ini. Apa yang selama ini gagal dilakukan selama ini

Ya ! Dari segi sosio dan eknomi masyarakat.Masih terikut ikut dengan gaya dan pendekatan kerajaan lama UMNO-BN. Masih terkongkong dalam skop kepartian sebagai wakil dan agen parti di peringkat kampung. Mereka yang terlantik harus diberi latihan kepimpinan dan pengisian apa yang patut dibuat untuk mengubah sosio ekonomi komuniti. Dalam jangka masa 5 tahun berapa banyak usahawan yang wujud di peringkat kampung. Bagaimana membentuk kominiti yang mencintai alam sekitar. Mari meliohat masyarakat yang berjaya seantero dunia.Apa pendekatan yang mereka gunakan.Ambil contoh Jepun, Korea, negara negara Scandinavia dll. Apa model yang mereka guna pakai dalam menguban kehidupan masyarakat supaya jadi lebih selesa dan bantu membantu di antara satu sama lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *