SAJAK MAHATHIR: MELAYU MUDAH LUPA !

C,

Sajak Melayu Mudah Lupa

Sajak Melayu Mudah Lupa ialah sebuah sajak yang ditulis oleh Perdana Menteri Malaysia keempat Tun Dr Mahathir Mohammad semasa Perhimpunan Agung UMNO tahun 2001.Melayu mudah lupa

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa 
Tiada daulat 
Tiada maruah 
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah 
Ingatlah 
Ingatlah
Wahai bangsaku 
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai…

Nukilan: Tun Dr Mahathir Mohammad 2001

http://pinangpress.com/

KOMEN ATAS WACANA MITOS PRIBUMI MALAS DI USM ISNIN 18 FEBUARI 2019

Image result for PROGRAM MITOS PRIBUMI MALAS USM
Image result for Prof Ahmad Murad Merican

BICARA tersebut telah mendapat sambutan hangat daripada mahasiswa, khalayak P.Pinang .Juga tetamu dari luar P.Pinang.Apa yang dibicarakan masalah lama yang menyelimuti bangsa Melayu. Adakah justru orang Melayu malas maka mereka tidak maju maju sehingga sekarang.Mengapa ?,.. kurang kemampuan dalam persaing abn dengan kaum pendatang. Realitinya apabila Melayu dibandingkan dengan kaum China, Melayu jauh ketinggalan.Dari bandar bandar besar hingga ke luar bandar ekonomi hampir mutlak dikuasai mereka. Mereka menjadi kaum pedagang, pekilang, pengedar barangan, pemilik supermarke, kontraktor dan teraju atau pemain utama menjana ekonomi negara. Siapakah yang boleh menafikannya.

Image result for Profesor Kesusasteraan Mohd  Salleh Yaafar  USM

Para pembicara Prof Ahmad Merican dan Prof Mohd Salleh Yaafar menyatakan tuduhan Melayu pemalas rekayasa penjajah.Ia adalah satu mitos bukan realiti.Sengaja dijadikan senjata atau istrumen untuk membenarkan penjajah membawa kaum imigran dari India, China dll untuk menjarah ekonomi Malaya. Alasannya pribumi malas dan tidak sesuai dijadikan pekerja untuk memunggah kekayaan Malaya yang melimpah ruah. Begitu dengan Prof Ahmad Murad Merican.

Image result for Profesor Sohaimi Abdul Aziz  USM

Jika Melayu rajin dan mampu bersaing kenapakan Melayu sentiasa berharap dengan tongkat untuk mendapat kontrak.Selepas itu tidak pun membuat kontrak. Asyik menjual kontrak sehingga timbul istilah ALI BABA. Ini bukan lagi tuduhan.Ia telah menjadi rahsia umum. nLihat satu contoh di Sungai Ara Pulau Pinang.Kerajaan Persekutuan telah menolong Koperasi Tunas Muda membeli tanah seluas 1000 ekar daripada Brown Estate.Apa jadi dengan tanah tersebut ? Hampir hampir keseluruhannya telah diserah kepada pemaju China untuk dimajukan. Pepatah lama menyataskan ada tanah tak ada erti.Yang tiada bertanah tetapi mempnyai kepakaran, modal dan daya usaha mendapat keuntungan berlipat kali ganda, Akhir Melayu P.Pinang kehil;angan peluang kerana projek yang dibuat terlalu mahal.Tiada terdaya Melayu untuk membelinya. Akibatnya tanah tapak kepunyaan koperasi yang dulunya kampung kampung Melayu hilang begitu saja. Ia digantikan dengan kondo, gedung perniagaan dan rumah kedai yang mahal. Pembangunan yang dibuat atas tanah koperasi tidak mampu dibeli oleh orang Melayu tempatan. Apakah sebabnya ? Tidakkah ini menunjukkan kepimpinan Melayu lemah, malas dan bengap.Hanya pentingkan diri sendiri dan selalu mencari jalan pintas untuk cepat kaya. Tidakkah ini realiti. Banyak sifat sifat negatif yang menyinggah kepada bangsa kita walau pun 60 tahun mereka. Wacana tersebut tidak diulas dengan sempurna. Banyak yang tidak terjawab dan masih tergantung. Mitos dikatakan bukan realiti kerana ia diciptakan oleh penjajah untuk melaksanakan agendanya memunggah kekayaan Malaya. Realiti bukan mitos.Jika benar Melayu benar benar rajin sudah tentu kita tidak perlu bergantung kepada boroh asing yang kini mencecah hampir 6 juta manusia. Dalam pertarungan ekonomi Melayu di pihak yang kalah.Ternyata dalam persaingan dengan kaum China di segala segi walau pun dalam pertanian dan aktiviti kenelayanan yang merupakan pekerjaan tradisi orang Melayu.Kita masih berharap kepada subsidi dan tidak mampu untuk berdikari.

Hasil gambar untuk Zaaba Kata kata hikmat

NASI ULAM HIDANGAN ISTIMEWA MALAYSIA: DAPAT PENGIKTIRAFAN DI PERANCIS

SIAPA TAK KENAL NASI ULAM ? Ia adalah hidangan asli Melayu.Namun telah dipesongkan menjadi hidangan China dengan penamaan baru Herbal Nyonya Cousins – Nasi ulam ala nyonya. Kini ia mendapat perhatian di Perancis sebagai makanan yang sangat berkhasiat.Makanan untuk memperkuruskan badan. Makanan yang sangat berkualiti, amat berkhasiat terutamannya pada golongan penggemok, Obsesiti. Nasi ulam makanan yang sangat istimewa kerana ia mengambil pepucuk terpilih. Bahkan dicampor pula dengan lada hitam, bawang, kerisik, ikan kering dll.Kombinasinya menimbulkan aroma dan membangkitkan selera terutamanya kepada ibu ibu selepas bersalin dan siapa jua yang ingin merasa hidangan yang amat membangkitkan selesa. Ia adalah makanan kebanggaan Malaysia. Dua junis makanan ini NASI ULAM dan BUDU mendapat perhatian yang besar di Perancis.

NASI ULAM DAPAT PERHATIAN DI PERANCIS

The Ulam School Shines The Spotlight On A Forgotten Malaysian Salad

The Ulam School Shines The Spotlight On A Forgotten Malaysian Salad

By Samantha LimFebruary 18, 2019

Malaysians are doing amazing things for our country. And so are our expats, some of whom now call Malaysia their first home.

Eric Olmedo, principal research fellow at the Institute of Ethnic Studies (KITA), is establishing The Ulam School to create a new culture of eating. Why? Consuming more ulam will help curb obesity in Malaysia and alleviate the impact of noncommunicable diseases, he opines.

Photo: Khairul Imran / Malaysia Tatler.
Photo: Khairul Imran / Malaysia Tatler.

In Tapai: Travels & Guilty Pleasures of a Fermented Malaysian by Hishamuddin Rais, the flaneur and food lover insists that, “A Malay makan without ulam is just like the French having a meal without wine.” So it’s interesting that Frenchman Eric Olmedo is putting his backbone into reminding Malaysians of the importance of ulam in a balanced diet.

Why ulam? When it could have been lauk-paukkuih-muih, or other dishes particular to the Malay Peninsula?

“Sorry to be an alarmist,” says the affable sociologist. “But Malaysia, Vietnam, and to a lesser extent, Cambodia, are facing a public health crisis. In these three countries, which constitute my team’s fieldwork, the increasing prevalence of overweight and obese citizens from 1990 to 2013 has been staggering.”

Fat Nation

There is no sugarcoating the fact: Malaysia has reached the highest obesity prevalence in Southeast Asia. “Almost half the population is affected,” reveals Olmedo, quoting the Asian Development Bank Institute. “The exponential rise of urbanisation, sedentary lifestyles, and unhealthy eating habits have been recognised as the leading factors for obesity and its associated health complications.” It certainly doesn’t help that our country is awash with fast food chains.

“Furthermore, the high volume of imported low-nutrient vegetables has made  it expensive and logistically challenging to obtain healthy meals,” adds Olmedo, making a case for the locavore movement. “This is why we need ulam — to fight against imported macro greens with low nutrients. By the way, as you can guess, ulam is not specific to Malaysia. Vietnam has its rau thorn and Cambodia its chi, but they are all essentially the same.”

Nasi Ulam or Nyonya herb rice. Photo: iStock.
Nasi Ulam or Nyonya herb rice. Photo: iStock

MAHAGURU DADA PENDEKAR P.PINANG “JASA TIDAK BINASA”

 MAMU DADA:”JASA TIDAK BINASA”

PENGKISAHAN SHAIK DADA (1905-1947)  TOKOH PERSILATAN MELAYU P.PINANG – PENERIMA ANUGERAH PENDEKAR MELAYU P.PINANG

SIAPAKAH SHEIK DADA ?  DADA NAMA GELARAN SEBAGAI TANDA PENGHORMATAN DARIPADA MASYARAKAT MELAYU P.PINANG KEPADA TOKOH MUDA YANG BERJASA KEPADA BANGSANYA !

 SHAIK GULAMEAH BIN SHAIK AHMAD MEAH Lebih dikenali Sheikh DADA (1905-2947)  

JASA TIDAK BINASA

PROLOG- KATA PERMULAAN

DADA adalah nama panggilan sejak dari zaman muda. NAMA ini diterima  umum oleh khalayak masyarakat Melayu P.Pinang. DADA terkenal kerana  kependekarannya. Tokoh ini merupakan  anak kelahiran  kampong Herriot, Kelawai P.Pinang pada tahun 1905. Nama beliau mulai harum di sekitar TANJONG sebelum Perang Dunia Kedua.  Di antara rakan sebaya beliau ialah Sheikh Ahmad Badjenid seorang ulama yang pernah menjadi mudir Madrasah Al Masyhor,  Teck Soon Street, P.Pinang, Ustaz Sallahuddin dari Pahang Road, Ahmad bin Osman atau Pak Mat Amdan dll. Nama sebenar beliau ialah  Sheik Gulamaeah bin Sheik Ahmad Meah. Bapanya Sheik Ahmad Meah.Beliau adalah cucu penakan kepada Sheik Yusuf seorang hartawan Melayu P.Pinang. Datuknya bernama Sheik Gulameah, anak penakan atau anak saudara Sheik Yusuf. Ibunya bernama Ungku Maimunah. Saudara lelaki atau abang besar beliau ialah Sheik Abdul Latiff dan Sheik Natarsa. Abang beliau Sheik Natarsa seorang dresser di hospital Bukit Mertajam. SHEIK NATARSA  popular sebagai seorang boxer, sebelum WW 2.

SHAIK ABDUL LATIFF 

SHAIK NATARSA – BOXER

SHAIK GULAMEAH- TOKOH SENI BELA DIRI DALAM MULTI  BIDANG  / PELBAGAI JURUS ILMU PERSILATAN   NUSANTARA DAN ANTARABANGSA. Antara seni persilatan Melayu dan silat silat antara bangsa yang beliau kuasai :

  1. JUJITSU, 2. BOXING/TINJU, 3. SILAT TERELAK 4. SILAT SENDENG 5. KUNTAU MELAKA 6. SILAT PELAGA P.PINANG 7. SILAT PETIR ATAU PETIAQ 8. SILAT SALBOM TAWGAW 9. SILOAT BERSENJATA DENGAN SEPASANG TEKPI 10 SILAT BERSENJATA DENGANSEPASANG TANDUK 11. SILAT BERSENJATA DENGAN SEPASANG KERIS 1 ½ kaki 12. Silat bersenjata dengan besi 6 in panjang 13. Silat bersenjata dengan besi 3 kaki panjang 14. Silat bersenjata dengan ekor pari dsbnya  15. Silat bersenjata dengan  sepasang  pedang  5 kaki npanjang  16. Silat bersenjata dengan sepasang pedang 3 kaki panjang 17. Silat bersenjata dengan sebatang gbesin 10 kaki panjang. Dicatat pada 1.4.1946.

WAWASAN DADA – VISI DAN MISINYA  BUAT NUSA DAN BANGSA !

Sesebuah  negara hanya akan menjadi kuat, kaya, makmur, berdaya maju dsbnya menerusi dua kekuatan  yang  utama  :

Pertama kekuatan akal fikiran

Kedua kekuatan fizikal atau tubuh badan.

Usaha perlu dibuat untuk menguasai kedua dua kekuatan tersebut secara padu seimbang. Terutamanya kekuatan akal fikiran yang mana bangsa bangsa  di Timur terlalu lemah atau mengabaikannya sama sekali. Dua kekuatan tersebut sangat penting sekali  dilatih, diamal dan   diperkasakan.  Terutamanya kekuatan akal fikiran.Ia seiring dibangunkan  bersama  kekuatan tubuh badan. Hanya menerusi pengemblingan kedua kekuatan tersebut bangsa bangsa  dan negara  di  Timur nescaya menjadi kuat dan perkasa, pintar, kaya, makmur dan berkembang maju. Sebagai contoh bukanlah kekuatan ledakan bom atom itu yang maha hebat. Kekuatan yang  terhebat dan paling berbahaya  ialah tenaga otak saintis yang menghasilkannya. Kekuatan inilah yang memusnahkan  umat manusia.

AMALAN KESEHARIAN MAMU DADA:           

Amalan  yang perlu dilakukan untuk memperkuatkan keyakinan dan kekuatan akal fikiran sebagaimana di bawah  :

PERTENANGKANLAH akal hati dan sekalian anggota aku

 PERKENCANGKANLAH akal, hati dan sekalian anggota aku

PERTEGUHKANLAH akal, hati dan sekalian anggota aku

Image result for Lailaha illallah

PERKUKUHKANLAH sekalian akal.hati dan sekalian anggota aku

PERMEGAHKANLAH sekalian akal, hati dan sekalian anggota aku

Image result for Lailaha illallah

 PERGAGAHKANLAH sekalian akal,hati dan sekalian anggota aku

Image result for Lailaha illallah

PERTAHANKANLAH sekalian akal,hati  sekalian anggota aku

Image result for Lailaha illallah

PERBERANIKANLAH sekalian akal, hati dan sekalian anggota aku

Image result for Lailaha illallah

PERKUATKANLAH sekalian akal,hati dan sekalian anggota aku

Image result for Lailaha illallah

PERKAHARKANLAH  sekalian akal, hati dan sekalian anggota aku

Image result for Lailaha illallah

PERKERASKANLAH sekalian akal, hati dan sekalian anggota aku

Image result for Lailaha illallah

Dengan semangat Islam yang cukup kuasa dan yang cukup dan yang sebenar4 melawan dengan sekalian nafsu nafsu hyasad dan lain lain nafsu dan dengan kuasa yang berkudrat lagi suci .lagi hidup,lagi mendengar, lagi melihat ,lagi melihat,lagi mengetahui,lagi tunggal, dan lagi bersifat dengan kesempurnaan dapatlah aku menakluk sekalian nafsu nafsu hasad dan  nafsu yang membinasakan sekalian akal, hati dan anggota anggota manusia berkat doa

AMALAN AMALAN KELAZIMAN SHEIKH DADA

  1. Baca olehmu istaghfar 70 kali waktu bangun pagi dan 70 kali waktu hendak tidur
Image result for istigfar yang terbaik

2.Baca selawat di bawah ini :

Image result for selawat kamilah

3.Baca Lam ainul ‘aurad

Image result for Ya Allah Ya ahad ya wahid ya maujud ya jawwad ya basid

Wasallallahu ‘ala saidina muhammadin wa ‘ala alihi wasohbihi wassalam  tasliman ‘adada khalqaihi waridha anafsihi  wazinata ar syihi wa midada kalimatihi

WARISAN DADA MUTIARA KATA  YANG  BERMESEJ MENDALAM

  1.   Sebelum kita baca surat khabar supaya dapatlah kita banyak pengetahuan di dalam dunia, berganda ganda lagi lebih banyak pengetahuan di dalam diri kita daripada surat surat  khabar. Jika kita baca diri sendiri sehingga mati pun tiada boleh habis dibaca. Jika tiap tiap saat sekali pun  dibaca tiada boleh habis.
  • ILMU KUAT DAN GAGAH SEKALI DALAM DUNIA  INI IALAH ILMU YANG DI ANUGERAHI OLEH TUHAN AKAN HAMBANYA  YANG SANGAT TAAT DAN  YAKIN DENGAN ANGGOTA ANGGOTANYA SEKALIAN AKAN TUHANNYA YANG SEBENAR. DIA HAMBA YANG BERKORBAN DIRINYA SEHINGGA MENDAPAT KEMENANGAN YANG KHAS DI DALAM PEPERANGAN, PERLAWANAN DENGAN SEGALA NAFSU.  YANG TERUTAMA SEKALI NAFSU HASAD  DENGAN BERKAT DOA LAILAHA ILLALLAH.
  • Dituntut ilmu yang boleh bagi takut kepada Tuhan Rabbul alamin hingga menggeletar anggota anggota kita sekalian dengan sebenar benarnya ……. DADA 1. 1. 1947                  

From primary to the highest degrees. The master  the Kong of Art and self defences of Penang.

  • Sebelum kita baca surat khabar supaya dapatlah kita banyak pengetahuan di dalam dunia, berganda ganda lagi lebih banyak pengetahuan di dalam diri kita daripada suratkhabar suratkhabar .Maka kit abaca diri kita mati sampai pun tidak boleh habis dibaca . Jika tiap tiap saat sekali pun tiada boleh habis.
  • Ilmu kuat dan gagah sekali sekali dalam dunia ini ialah ilmu yang dianugerahi oleh Tuhan akan hambanya yang sangat taat dan sangat yakin dengan anggota anggotanya sekalian akan Tuhannya yang sebenar iaitu dialah hamba yang berkorban diri pada sekian sejiabn masa   sehingga mendapat kemenangan yang kihas di dalam peperangan perlawanan dengan sekalian nafsu nafsu yang terutama sekalinya nafsu hasad dengan berkat LAILAHA ILLALLAH Muhamadar rasulullah
  • P enting sekali memandang tiap tiap gerak musuh walau apa gerak sekali pun. Terlintas di akal fikiran sekalian anggota bekerja .Diamal dan dilazimkan dalam latihanmu.
  • Tuntut ilmu yang boleh bagi takut kepada Tuhan Rabbul alamin hingga menggeletar  anggota anggota kita sekalian dengan sebenar benarnya.
  • Siapa siapa yang hendak ketahui: Sebelum kita ketahui hal dan keadaannya dunia, diketahui dahulu hal dan keadaan diri sendiri baharulah kita ketahui keadaan dunia.
  • Atau pun jika kita baca diri sendiri pada tiap tiap saat terlebih baik lagi daripada kita membaca surat surat khabar
  • Siapakah yang dikatakan kuat,tetap,   kukuh dan sangat berani ? Ia adalah mereka mereka yang sudah mendapat kemenangan di dalam perlawanan dengan RAJA NAFSU iaitu nafsu hasad dan lain lain nafsu dengan sebenarnya lagi jika sudah  menang di dalam peperangan dengannya sekalian.

SEJARAH SENI SILAT SIKU 12 P.PINANG

Sejarah Seni Siku 12



Sejarah Seni Siku 12
By
 Mr Penang Press –
16 January 20190
5172


Seni ini diasaskan oleh Syeikh Ghulam Meah bin Syeikh Ahmad Meah. Sedikit yang saya ketahui mengenai tokoh ini. Beliau hidup diawal abad ke 20 iaitu sekitar 1905an seorang ulama yang terkenal tetapi seorang juru ukur yang berkhidmat dengan Majlis Perbandaran (Council Municipal) ketika zaman penjajahan British.

Kerana itu nama beliau tidak kita temui dalam mana-mana buku atau makalah yang membicarakan sejarah dan peranan tokoh-tokoh agama di Pulau Pinang.Beliau juga bukan bergelar ‘Haji’ kerana tidak pernah diketahui dari mana-mana sumber menyatakan yang beliau pernah menunaikan ibadah haji pada zamannya.
Syeikh Ghulam Meah adalah berdarah campuran Melayu,Arab,Pashtun dan beberapa lagi. Di Tanah Melayu atau tepatnya di Pulau Pinang ini beliau bolehlah dikategorikan sebagai keturunan peranakan atau Jawi Peranakan.Beliau seorang yang amat meminati seni bela diri dan banyak mempelajari berbagai jenis disiplin beladiri.
Dikatakan beliau mempelajari 17 jenis senibeladiri termasuklah beberapa jenis silat melayu.Beliau digelar “DADA” iaitu dari bahasa Urdu yang bermaksud “DATUK” atau “TOKWAN” dalam bahasa pertuturan harian melayu terutama melayu utara.Dan dikalangan masyarakat setempat ketika itu memanggilnya dengan panggilan “Mamu Dada”.
Sepertimana salah seorang tokoh persilatan melayu iaitu Dato’ Meor Abdul Rahman yang mengasaskan Silat Seni Gayong,yang pantang dicabar serta sentiasa menyahut cabaran dari sesiapa juga dalam usahanya menaikkan nama silat melayu terutama Seni Gayong, begitu juga dengan tokoh ini.
Dada diceritakan sering terlibat dalam beberapa pertarungan dengan beberapa orang yang mahir dalam seni bela diri. Ini mungkin kerana ramai mengetahui minatnya yang mendalam serta berpengalaman mempelajari berbagai jenis seni beladiri, kerana itulah beliau sering dicabar dalam beberapa pertarungan.
Dalam berbagai cerita pertarungan beliau dengan pencabarnya,ada juga diceritakan tentang pengalaman beliau tewas. Berdasarkan pengalaman beliau bertarung, beliau sering membuat kajian dan ujikaji mengenai teknik, serangbela dan pukulan yang lebih efektif dan sesuai untuk beliau gunakan sebagai ‘pakaian’ diri.

Maka dari sini timbullah satu sistem atau kaedah beladiri yang berasaskan dari senaman yang pada ketika itu beliau menamakannya dengan nama Senaman Siku.
Daripada Senaman Siku, ada beberapa tingkatan peringkat yang membentuk sistem yang kelihatannya seakan serupa tetapi tetap berbeza. Maka dari sini wujudlah nama Silat Halalintar, Seni Pelaga dan Silat Tok Kudung.
Mudah cerita, Silat Halalintar, Seni Pelaga dan Silat Tok Kudung adalah 3 sistem yang berbeza tetapi berasaskan daripada Senaman Siku. Manakala senaman Siku pula berasaskan daripada 12 jenis teknik asas kaedah penggunaan siku.
Maka kerana itulah muncul nama umumnya ‘Siku 12’. Jadinya,Siku 12 adalah sistem hybrid hasil gabungan berbagai jenis kaedah yang menggunakan siku sebagai senjata utamanya.
Akan tetapi,terdapat juga cerita yang menyatakan bukan sekadar 3 sistem atau silat yang ada dalam Senaman Siku tetapi lebih dari itu. Bagaimanapun, perkara ini tidak dapat saya sahkan dari mereka-mereka yang mewarisi Senaman Siku.
Hanya yang diketahui,daripada 12 jenis kaedah pukulan siku akan berkembang menjadi gandaan dari asalnya 6, 12, 24, 48 dan seterusnya. Dada meninggal dunia pada tanggal 6 Jun 1947 di usia yang masih muda iaitu 42 tahun.
Bagaimanapun,beliau sempat mencipta sejenis senaman yang akhirnya mampu diaplikasikan sebagai sejenis seni mempertahankan diri yang diiktiraf oleh masyarakat ketika itu sebagai Silat Kelahiran Pulau Pinang.
‘Siku 12’ menjadi kebanggaan generasi lama Pulau Pinang malah saya secara peribadi pernah ditegur oleh seorang warga emas di Kompleks Rumah P.Ramlee dengan berkata “Cek…. jangan berani mengaku anak Pulau Pinang kalau tak belajaq Siku 12”.
Ini membuktikan bahawa Siku 12 memang pernah menjadi kebanggaan masyarakat Pulau Pinang satu ketika dulu hingga kini tanpa menidakkan kehebatan seni beladiri yang lain.
Murid-murid Mamu Dada.
Dada diketahui mempunyai ramai anak murid baik sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua. Bagaimanapun, diceritakan terdapat 6 orang murid yang mana 5 darinya yang paling terkenal. Mereka ialah:
Pak Mat Hamden atau lebih terkenal dengan nama Pak Mat Hamdan
Pak Sahak atau dikenali dengan nama Pak Sahak Kastam
Pak Bidin
Pak Ibrahim atau dikenali dengan panggilan Ibrahim Body
Haji Yahya atau dikenali dengan panggilan Pak Ya Botak
Lukman Hakim
Uniknya,kepada 6 orang muridnya ini diberi pelajaran yang berbeza antara satu sama lain tetapi masih berasaskan kepada pelajaran asalnya iaitu Senaman Siku. Selepas kematian Dada, lima muridnya membentuk jurusan masing-masing berdasarkan pelajaran yang diterima dari Dada.
Sebab itu hingga sekarang ini jika membicarakan tentang Seni Siku 12,kita akan menemui nama-nama sistem yang berasal dari kaedah dan pelajaran kelima-lima murid ini seperti ‘Siku 12 Pak Mat’, ‘Siku 12 Pak Sahak’,’Siku 12 Pak Ya’ dan sebagainya.
Biasanya sistem merujuk kepada nama-nama 5 orang murid yang terkenal tadi. Jadi,dari sini akan diketahui dari jurusan atau susurgalur mana pelajaran seseorang pengamal Seni Siku 12 itu.
Dipercayai Mamu Dada memberi pelajaran berbeza kepada murid-muridnya ini adalah berdasarkan kebolehan,bentuk fizikal dan kemahiran masing-masing. Dari perbezaan ini, beliau membentuk sistem dan pelajaran yang sesuai untuk murid-muridnya berdasarkan kelebihan mereka sendiri.
Dari sini dapat diketahui betapa guru ini dapat mengenal pasti kaedah yang sesuai untuk setiap muridnya. Dan tidak wujud soal pelajaran siapa yang lebih bagus atau asli.Semuanya adalah sama walaupun pelajaran berbeza. Sedikit juga yang saya ketahui tentang perjalanan Seni Siku 12 oleh murid-murid Mamu Dada.
Pak Mat Hamdan.
Beliau diceritakan mempunyai peribadi yang lembut,merendah diri,suka bergurau dan sering mengakui yang beliau tidak tahu bersilat. Gelanggang silat beliau terletak di Kampung Rawa dan murid-muridnya datang dari sekitar Tanjung (Georgetown).
Selain daripada diiktiraf sebagai Guru Siku 12, beliau juga adalah guru Silat Sendeng Papan Sekeping. Diceritakan,ketika trajedi 13 Mei, beliau pernah memberi perlindungan kepada seorang pekedai berbangsa Cina dari diserang dan dibakar kedainya.
Beliau tidak pernah mengakui dirinya seorang guru.Malah,beliau sering menekankan kepada muridnya bahawa beliau adalah ‘rakan seperlatihan’ mereka. Perkataan ‘rakan seperlatihan’ ini sehingga kini masih diamalkan oleh generasi jurusan beliau hingga ini sekalipun mereka mempunyai pengalaman berpuluh tahun belajar dan mengajar.
Pak Mat Hamdan meninggal dunia pada bulan Ogos tahun 1991. Pewaris ini mempunyai barisan anak-anak murid yang ramai antaranya cukup dikenali oleh masyarakat Pulau Pinang. Salah seorang darinya yang cukup terkenal ialah Allahyarham Ismail Ahmad atau lebih terkenal dengan panggilan ‘Man Cabai’.
Man Cabai diketahui seorang yang cukup berdedikasi dan tekun berlatih dan mengajar hingga ke akhir usianya. Beliau meninggal pada Disember 2011 dan dikebumikan di tanah perkuburan yang sama dengan pengasas Senaman Siku/Seni Siku 12, Mamu Dada dan juga gurunya iaitu Pak Mat Hamdan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat,Jalan Perak.
Dan guru ini diketahui pernah mempunyai murid dari luar Pulau Pinang hingga ada yang sejauh Negeri Sembilan dan Johor. Manakala salah seorang lagi anak murid Pak Mat yang masih hidup ialah Tuan Haji Zainal Abidin Syeikh Awab.
Beliau adalah pengasas dan juga guru utama Silat Tua Pulau Pinang yang mana pelajaran Siku 12 adalah salah satu silibus yang terdapat dalam Silat Tua. Beliau juga merupakan cucu saudara kepada Dada.
Pak Sahak.
Bekas seorang pegawai kastam.Diceritakan bahawa guru ini juga bersifat lemah lembut tetapi tegas dalam pengajaran. Beliau mengajar di beberapa tempat. Antara yang diketahui ialah di Kampung Kastam, Gelugor dan Air Itam. Individu terakhir yang sempat minum dengan Dada sebelum dia meninggal.
Pak Bidin.
Selain dari Siku 12,guru ini juga diketahui juga sebagai guru dan pakar Muay Thai. Beberapa tahun sebelum akhir hayatnya, beliau berpindah dan menetap di Betung, Thailand kerana isterinya berasal dari sana. Guru ini meninggal pada tahun 1995 dan dikebumikan disana.
Ibrahim Body.
Beliau diiktiraf sebagai salah seorang guru dari Dada sendiri.Seorang ahli bomba.Bagaimanapun,perjalanan aliran beliau tidak banyak diketahui orang. Saya difahamkan bahawa guru ini tidak mengajar atau membuka mana-mana gelanggang. Beliau diceritakan hanya mengajar dalam lingkungan keluarganya sahaja. Ibrahim Body meninggal pada tahun 2008.
Haji Yahya atau Pak Ya.
Guru ini mengajar di kawasan Tanjong Tokong dan berkembang sehingga Teluk Bahang. Beliau dan muridnya pernah mendaftarkan seni ini atas nama Seni Silat Petir Pulau Pinang pada tahun 1976 dan berpusat di Tanjung Tokong. Guru ini meninggal pada Oktober tahun 2010 dan disemadikan di Kepala Batas,Seberang Perai Utara
Lukman Hakim.
Tidak diketahui langsung tentang murid Dada ini. Apa yang diketahui,beliau tamat keseluruhan sistem yang ada dalam Seni Siku tetapi beliau tidak pernah diketahui pernah mengajar atau membuka mana-mana gelanggang. Perjalanan hidupnya juga tidak diketahui.
Sedikit ringkasan umum tentang Seni Siku 12.
1. Ia tidaklah dikenali dengan nama ‘Siku 12’ ketika awal kemunculannya oleh Mamu Dada melainkan dengan nama:
Senaman Siku
Silat Pelaga
Silat Halalintar
Siku Combat (Sistem ini yang banyak diajarkan kepada orang luar Pulau Pinang hingga menjadi kekeliruan dan ada yang memanggilnya Pukul Pelaga)
Nama Seni Siku 12 atau Silat Siku 12 muncul selepas kematiannya. Manakala nama Silat Tok Kudung diberikan oleh orang awam yang menjadi saksi perkelahian beliau dengan beberapa orang samseng yang mana beliau dilihat menggunakan kepantasan pusingan dan pergerakan teknik siku hingga dilihat seolah-olah seorang yang kudung.
2. Mamu Dada diketahui mempelajari berbagai jenis seni beladiri termasuk silat sebelum mencipta sistem beliau sendiri. Beliau amat menghargai jasa guru-gurunya.
Pulau Pandan jauh ketengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
Dari pantun melayu lama ini,beliau merumuskan kata-kata yang sungguh menjadi kenang-kenangan murid-muridnya malah hingga ke generasi pewaris ilmunya ke hari ini iaitu “JASA TIDAK BINASA”.
Kata-kata ini sering ditekankan oleh generasi penerus ilmu beliau tak kira dari jurusan mana sekalipun.
3. Seni Siku 12 menggunakan besi padu yang panjangnya sekitar 2-2 1/2 meter panjang dengan berat sekitar 20-25kg sebagai alat bantu latihan utama. Terdapat juga besi pendek sekitar 15 inci dan juga 4 inci.
4. Antara senjata dalan seni ini pula ialah kayu panjang, pisau kembar bermata lebar dan juga tekpi. Tetapi ianya juga bergantung pada jurusan pewaris Senaman Siku itu sendiri.
5. Seni Siku 12 merangkumi seluruh tubuh sebagai senjata serangan. Sama seperti seni beladiri yang lain. Cuma senaman dan senjata anggota tubuhnya lebih kepada penekanan penggunaan siku sebagai senjata utama.
Ini dikuatkan dengan pesanan Dada yang masih menjadi pegangan pewaris Siku 12 iaitu..
“Sedetik musuh bergerak,terlintas diakal fikiran,maka SELURUH ANGGOTA TUBUH berkerja.”
6. Allahyarham Tan Sri P.Ramlee diketahui seorang yang mahir bersilat. Selain dari seni silat, beliau juga pernah menuntut Seni Siku dari rakannya iaitu Allahyarham Ahmad Dadida.
Anda kenal Ahmad Dadida? Beliau juga adalah salah seorang pelakon dalam filem-filem lakonan dan arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee keluaran Merdeka Film Studio. Masih tak dapat mengagak siapa Ahmad Dadida?
“Kapak? Ada… ada…”
“Astaghfirullahalaziim…. Siti tu ikut Ahmad Nawab??”
Mungkin anda pernah tertarik dengan dialog watak Saidin Pekak ini dalam filem ‘Keluarga 69’. Atau watak Pakcik Jebon, bapa kepada Milah dalam filem Do Re Mi.
Atau watak Karambit,salah seorang penjenayah buruan Pendekar Tantari dalam filem ‘6 Jahanam’. Pelakon watak-watak inilah Ahmad Dadida. Kemahiran P.Ramlee bermain tekpi dalam filem ‘6 Jahanam’ adalah melalui tunjuk ajar Ahmad Dadida.
Ini diakui sendiri oleh beberapa orang generasi lama Siku 12 di Pulau Pinang. Cerita ini juga turut disahkan oleh Tuan Haji Zainal Abidin dan Allahyarham Man Cabai ketika hayatnya.Oh ya.. Allahyarham Man Cabai juga adalah anak Allahyarham Ahmad Dadida.
7. Seni Siku 12 tidak mempunyai persamaan dengan mana-mana sistem beladiri dari luar.Kalau ada sekalipun, pasti ada perbezaan kerana menurut beberapa orang pengamal Seni Muay Thai yang juga dalam masa yang sama adalah pengamal Seni Siku 12, tektik-teknik antara siku dalam Muay Thai dan Siku 12 pada pandangan kasarnya kelihatan sama tetapi pada kaedah aplikasi dan seni nya berbeza.
8. Dada ada menulis buku catatan peribadi tentang keseluruhan sistem yang ada dalam Senaman Siku.Buku yang diberi nama ‘King Of Fighter’ yang ditulis dalam bahasa Inggeris itu diwarisi oleh Pak Sahak Kastam yang mana sekarang ini khabarnya buku itu diwarisi pula oleh murid Pak Sahak iaitu Mamu Harris yang tinggal di Air Itam.
Pak Sahak juga diketahui mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Dada. Selain dari itu,Dada ada juga menulis tentang perubatan tradisional.
9. Generasi Seni Siku 12 sekarang adalah generasi ke empat. Generasi ke tiga masih lagi hidup beberapa orang.Manakala generasi kedua iaitu generasi enam murid yang terkenal itu telah tiada lagi.
10. Siku 12 sejak awal kemunculannya dan selepas kematian Dada hanya berpusat di bahagian pulau sahaja terutama sekali di kawasan bermula dari Bayan Lepas hingga ke Teluk Bahang.
Paling banyak gelanggang seni ini terdapat disekitar Tanjong (Georgetown). Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini ada diketahui penyebaran Siku 12 ke tanah besar Seberang Perai.
Malah setakat yang diketahui… sejauh Pulau Langkawi. Manakala di Negeri Sembilan dan Johor diketahui ada juga tetapi adalah dari pelajaran Siku Combat, salah satu cabang pelajaran dalam sistem Siku 12 dan disana dikenali dengan nama Pukul Pelaga.
11. Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat yang terletak bersebelahan Masjid Hashim Yahya di Jalan Perak menempatkan ramai pewaris dan pengamal Seni Siku 12 kerana di awal kemunculan seni ini,hampir semua murid dan pelajar seni ini datang dari sekitar kawasan penempatan melayu di Tanjung (Georgetown). Malah, Mamu Dada dan juga kebanyakan muridnya juga disemadikan disini.
12. Untuk memahirkan diri dengan seni ini,seseorang itu memerlukan masa paling cepat sekurang-kurangnya dua tahun hanya untuk kefahaman dan kemahiran dalam peringkat ‘Senaman 12’ sahaja.
Bagaimanapun, hanya dengan menamatkan Senaman 12 saja sudah cukup memadai untuk digunakan sebagai ilmu seni mempertahankan diri. Untuk pelajaran seterusnya seperti Silat Halalintar atau Silat Pelaga memerlukan beberapa tahun lagi untuk kemahiran dan kefahaman.
Dari sinilah pecahan tiap anggota tubuh diajar sebagai senjata dan juga kaedah pecahan tapak. Mengikut cerita dari orang-orang lama termasuk dari guru-guru Siku 12 tidak ramai yang meneruskan kesinambungan Senaman Siku 12 ke peringkat seterusnya.
Kebanyakannya akan berhenti setakat Senaman 12 sahaja. Kesimpulan yang boleh saya terjemahkan mengenai situasi ini yang bersesuaian dengan salah satu adegan filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee iaitu Nujum Pak Belalang…..
Banyak-banyak: Memang banyak orang pernah mendengar tentang Seni Siku 12 ini.
Sedikit-sedikit: Dalam banyak yang mendengar, sedikit kita jumpa yang belajar seni ini.
Jarang-jarang: Dalam sedikit yang kita jumpa belajar Seni Siku 12, jarang-jarang yang meneruskan pelajaran selepas menamatkan peringkat senaman.
Kadang-kadang: Hanya kadang-kadang yang kita akan jumpa seseorang yang mempelajari, menguasai seterusnya mewarisi keseluruhan sistem Seni Siku 12 yang merangkumi Senaman 12, Silat Halalintar dan Silat Pelaga termasuklah jurusan-jurusan seperti yang diterima oleh 5 orang murid terkenal Mamu Dada.
Rasanya setakat ini saja dapat saya kongsikan tentang sejarah ringkas pengasas dan juga mengenai Seni Silat Siku 12. Saya percaya,di dalam grup ini juga terdapat ramai pewaris dan juga pengamal Siku 12.
Sekiranya ada kesilapan dalam penceritaan saya ini,saya memohon jutaan maaf. Seperti yang saya katakan diawal tadi,saya bersumberkan kepada individu-individu yang saya percayai kreadibiliti dan kefahaman mereka tentang sejarah dan seni ini.
Jutaan terimakasih kepada beberapa orang pewaris dan juga pengamal Seni Siku 12 yang banyak membantu saya memberikan info dan fakta yang saya perlukan.Mereka-mereka ini datang dari berbagai jurusan Siku 12.
Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa mereka semua.Al-Fatihah kepada Dada dan juga pewaris-pewarisnya yang lebih dulu pergi meninggalkan kita namun tetap berjasa meninggalkan legasi keilmuan yang membanggakan negeri Pulau Pinang.
Semoga Allah menempatkan mereka dikalangan orang-orang yang mendapat pahala diatas ilmu yang memberi manfaat……JASA TIDAK BINASA.

MPKK MENGGANTIKAN JKKM:APA YG BERUBAH ?

MPPK, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung menggantikan JKKM Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Masyarakat . Berlaku perubahan pada nama. Tentu ada impak yang lebih daripada itu. Bukan perubahan sekadar nama sahaja. Apakah kesan-akibatnya kepada komuniti/ masyarakat di bawah pentadbiran baru Kerajaan Pakatan Harapan.Lebih lebih lagi MPPK diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar bandar yang diketuai oleh Rina Harun. Menteri yang terlantik daripada PPBM.Selama ini JKKM kurang menampakkan perubahan yang ketara kepada masyarakat luar bandar. Selain sebok mengadakan kempen kebersihan, gotong royong, pemberian hamper, memberi bantuasn ala kadar dan menghadiri mesyuarat demi mesyuarat yang tidak diketahui ke manakah halatujunya. Masyarakat mahukan perubahan yang ketara dari segi sosio ekonomi dan persekitaran. Apakah impaknya pada kehidupan masyarakat sehingga mereka terasa inilah yang kami harapkan. Inilah yang kami patut dapat dan terlepas selama ini. Apa yang selama ini gagal dilakukan selama ini

Ya ! Dari segi sosio dan eknomi masyarakat.Masih terikut ikut dengan gaya dan pendekatan kerajaan lama UMNO-BN. Masih terkongkong dalam skop kepartian sebagai wakil dan agen parti di peringkat kampung. Mereka yang terlantik harus diberi latihan kepimpinan dan pengisian apa yang patut dibuat untuk mengubah sosio ekonomi komuniti. Dalam jangka masa 5 tahun berapa banyak usahawan yang wujud di peringkat kampung. Bagaimana membentuk kominiti yang mencintai alam sekitar. Mari meliohat masyarakat yang berjaya seantero dunia.Apa pendekatan yang mereka gunakan.Ambil contoh Jepun, Korea, negara negara Scandinavia dll. Apa model yang mereka guna pakai dalam menguban kehidupan masyarakat supaya jadi lebih selesa dan bantu membantu di antara satu sama lain.