APA NAK JADI DENGAN MASA DEPAN NELAYAN DI PP APABILA TAMBAKAN LAUT SEMAKIN BERLELUASA

Benarkah rakyat PP terutama nelayan menentang tambakan laut secara leluasa ? Sebahagian besar orang awam rileks dan tenang saja. Macam tak ada apa yang menggugat kehidupan mereka. Yang bising hanya beberapa kerat nelayan atau orang tertentu yang buat buat sebok kononnya penambakan laut semakin mengancam kehidupan dan menyekat pergerakan mereka. Bolehkan berlaku gerakan massa dan aksi nelayan untuk menentang projek yang menggugat periuk nasi mereka. Pasti tambakan laut akan menghapuskan tapak habitat dan hidupan laut – ikan, udang, ketam,siput, rumpai laut dsbnya.

Jika mereka ambil sikap tidak kisah ia akan jadi suara terpinggir saperti anjing menyalak bukit, bukit takkan runtuh.Kalau nak lawan lawan sungguh -sungguh. Mengapa ? Ini melibatkan pintu rezeki  dan masa depan mereka. Tambakan laut kini menjadi satu kegilaan. Kononnya untuk menambah tanah demi untuk pembanguna. Pembangunan untuk siapa ? Adakah manfaatnya tedhadap rakyat yang tiada berumah ?

Jika dibuat tambakan laut sekurangkurangnya rakyat ada bahagian dalam reklaimation yang dibuat. Kawasan itu asalnya tapak kehidupan nelayan mencari rezeki sejak zaman berzaman. Amat zalim jika hak mereka dinafikan terus sebagaimana kes tambakan laut di Tg Tokong zaman BN. Langsung rakyat tak ada bahagian.Tambakan jadi hak swasta. Pembinaan rumah yang dibuat bersifat mewah.Pasarannya mengutamakan pembeli luar negara.

Massa rakyat wajar digerakkan secara menyeluruh jika tebusguna mengenepikan hak hak rakyat ambil tempat dan bahagian dalam PEMBANGUNAN ! Katakan ini sah bantahan rakyat. Bukan kerana sape sape. Teruskan demi memperjuangkan hak hak rakyat supaya mereka ada hak dan bahagian dalam pembangunan yang lebih adil dan seimbang. Pembangunan mega tidak harus mengambil tempat secara dalam secara berleluasa kerana ia mengetepikan hak dan bahagian rakyat di dalamnnya. Relakan kerajaan melihat rakyat sendiri menjadi orang terbuang, teraniaya dalam pembangunan yang utamakan komersial semata mata ? Sedangkan rakyat semakin terpinggir di bumi sendiri. Manakala pergerakan nelayan turun ke laut semakin tersekat kerana kawasan penangkapan ikan mereka semakin tersekat, terancam dan mengecil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *