TUKAR SEGERA GEORGE TOWN JADI TANJONG DAN BUTTERWORTH JADI BAGAN !

Pengkaji Sejarah : Tukar nama asal Georgetown ke Tanjong & Butterworth ke Bagan

Posted by Penang Kini on 23:40 in dalam negeri Terkini |Comments : 0

GEORGE TOWN, 4 Muharram 1438H, Rabu – Pengkaji sejarah, Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican mencadangkan supaya nama George Town dan Butterworth di Pulau Pinang ditukar kepada nama asal iaitu masing-masing Tanjong dan Bagan.

Justeru, beliau meminta Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Jabatan Warisan Negara dan kerajaan negeri Pulau Pinang supaya mengekalkan nama asal dua tempat berkenaan.

Nama Tanjong ditukar kepada George Town oleh pengasas penempatan British di Pulau Pinang, Kapten Francis Light pada 1786 dan nama Bagan ditukar kepada Butterworth oleh gabenor pertama Pulau Pinang, Sir George Alexander William Leith.

“Nama asal itu membuktikan bahawa komuniti Melayu sudah berada di situ sebelum ketibaan Francis Light dan dengan mengiktiraf nama asal, maka sejarah yang lebih tua turut diiktiraf,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurutnya, Datuk Nakhoda Intan, atau nama asalnya Raja Nan Intan dari Paya Kumbuh, Sumatera Barat, telah membuka pelabuhan Batu Uban serta mengasaskan penempatan di kawasan itu pada 1734 selepas mendapat perkenan Sultan Kedah, Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Muazzam Shah II.

Selepas ketibaan Datuk Nakhoda Intan, saudaranya Nakhoda Bayan dan Nakhoda Kecil telah datang ke pulau itu bagi membuka kawasan penempatan di Bayan Lepas dan Jelutong, kata Prof Ahmad Murad, yang juga ahli fakulti Pusat Penyelidikan dan Kajian Antarabangsa (Cenpris), Universiti Sains Malaysia (USM).

Selain nama George Town dan Butterworth, beliau berkata kerajaan negeri boleh menamakan nama-nama jalan mengikut pengasas kawasan penempatan Melayu seperti Datuk Nahkoda Intan dan Datuk Nakhoda Kecil.

Prof Ahmad Murad, yang juga presiden Persatuan Sejarah dan Warisan Melayu Pulau Pinang, berkata langkah menukar kepada nama asal perlu bagi menyahjajah kerana pengasas awal sebelum ketibaan Francis Light tidak diiktiraf oleh mana-mana pihak.

“Langkah ini adalah satu penghormatan kerana mereka ini juga menyumbang kepada sejarah negeri ini. Jangan hanya melihat kepada sejarah orang kulit putih…biar lebih daripada itu,” katanya.

Dalam pada itu, katanya Cenpris berusaha mengenal pasti kewujudan lebih 660 kampung tradisional di seluruh negara untuk pengumpulan sejarahnya.

“Ini bertujuan bagi mengelak sejarah kampung tradisional itu dipadam sama sekali,” katanya.- Bernama

APA NAK JADI DENGAN MASA DEPAN NELAYAN DI PP APABILA TAMBAKAN LAUT SEMAKIN BERLELUASA

Benarkah rakyat PP terutama nelayan menentang tambakan laut secara leluasa ? Sebahagian besar orang awam rileks dan tenang saja. Macam tak ada apa yang menggugat kehidupan mereka. Yang bising hanya beberapa kerat nelayan atau orang tertentu yang buat buat sebok kononnya penambakan laut semakin mengancam kehidupan dan menyekat pergerakan mereka. Bolehkan berlaku gerakan massa dan aksi nelayan untuk menentang projek yang menggugat periuk nasi mereka. Pasti tambakan laut akan menghapuskan tapak habitat dan hidupan laut – ikan, udang, ketam,siput, rumpai laut dsbnya.

Jika mereka ambil sikap tidak kisah ia akan jadi suara terpinggir saperti anjing menyalak bukit, bukit takkan runtuh.Kalau nak lawan lawan sungguh -sungguh. Mengapa ? Ini melibatkan pintu rezeki  dan masa depan mereka. Tambakan laut kini menjadi satu kegilaan. Kononnya untuk menambah tanah demi untuk pembanguna. Pembangunan untuk siapa ? Adakah manfaatnya tedhadap rakyat yang tiada berumah ?

Jika dibuat tambakan laut sekurangkurangnya rakyat ada bahagian dalam reklaimation yang dibuat. Kawasan itu asalnya tapak kehidupan nelayan mencari rezeki sejak zaman berzaman. Amat zalim jika hak mereka dinafikan terus sebagaimana kes tambakan laut di Tg Tokong zaman BN. Langsung rakyat tak ada bahagian.Tambakan jadi hak swasta. Pembinaan rumah yang dibuat bersifat mewah.Pasarannya mengutamakan pembeli luar negara.

Massa rakyat wajar digerakkan secara menyeluruh jika tebusguna mengenepikan hak hak rakyat ambil tempat dan bahagian dalam PEMBANGUNAN ! Katakan ini sah bantahan rakyat. Bukan kerana sape sape. Teruskan demi memperjuangkan hak hak rakyat supaya mereka ada hak dan bahagian dalam pembangunan yang lebih adil dan seimbang. Pembangunan mega tidak harus mengambil tempat secara dalam secara berleluasa kerana ia mengetepikan hak dan bahagian rakyat di dalamnnya. Relakan kerajaan melihat rakyat sendiri menjadi orang terbuang, teraniaya dalam pembangunan yang utamakan komersial semata mata ? Sedangkan rakyat semakin terpinggir di bumi sendiri. Manakala pergerakan nelayan turun ke laut semakin tersekat kerana kawasan penangkapan ikan mereka semakin tersekat, terancam dan mengecil.

TIADA LOMPAT KATAK DUA ADUN UMNO PULAU PINANG

Little chance of ‘political frogs’ in Penang


  • N
  • Thursday, 20 Dec 2018
Remaining loyal: Muhamad Yusoff says he and Nor Hafizah will not betray the trust of the people and they will remain in Umno.

Remaining loyal: Muhamad Yusoff says he and Nor Hafizah will not betray the trust of the people and they will remain in Umno.

GEORGE TOWN: While “political frogs” are leaping around the country, there seems little chance of that happening at the Penang state assembly because of the state’s anti-hopping law of 2012.

Enacted to hinder crossovers of the then Pakatan Rakyat assemblymen after the 2013 general election, the law now works to prevent the assembly’s three opposition members – two from Umno and one from PAS – from leaving their parties and continue to remain in office.

Rumah pusaka yang telah diruntuhkann Uda Hldgs 282 H, Jalan Sheikh Ibrahim Tg Tokong. Di situ dilahirkan pada tahun 1952. Di situ 10 org adik2ku lahir dan membesar. Gamak Uda Hldgs x ganti rumah rumah kami dan bg apa2 pampasan pun untuk anak Tg Tokong.Itulah perangai buruk dan bejat puak ketuanan Melayu. Perangai jahat hasil dendam kesumat menyanggupkan mrk buat kezaliman atas bangsanya sendiri. Kampung Pala pun kalah kes mahkamah tapi kerajaan negeri PP ttpkan syarat mesti rimah ganti rumah. Malah dapat ganti rumah teres 2 tingkat. Ini gara gara krn ada PRIBUMI TANJONG TOKONG TUNTUT SATU BAHAGIAN KAMPUNG INI JADI KAMPUNG WARISAN. Salahkah ? Kampung China Bang Liau yg kemudian daripada itu atas usaha LGE CM (2008 – 2018) jadi warisan dgn tetdirinya projek AVATAR menghidupkan semula tokoh2 mrk yg kononnya mengasaskan kampung tersebut. Sdgkan TANJONG TOKONG ADALAH KAMPUNG MELAYU YG TERAWAL. Maksud perkataan TOKONG pada TANJONG TOKONG bukan bererti BERHALA. Maksudnya berkait dgn sifat geografi iaitu sebuah tanjong yg dimuka lautnya terhimpun longgokan batu batu gondol yg besar. Gamvaran itu masih ada di Tg Tokong sampai kini di muka laut. Takkanlah orang Melayu nsk namakan kampungnya dgn maksud berhala atau toh pek kong ! Paling kurang pun istilah yg guna pakai KERAMAT, sprt nama Pulau Keramat yg tak jauh drpd Tg Tokong.Jadilah pembangunan TG TOKONG hanya pembangunan fizikal. batu bata dan simen belaka. Ia tanpa pengisian budaya, warisan dan sejarah.Tg Tokong kini tenggelam dlm pembangunan komersial yg semakin menghakis identiti penduduk asalnya malah menjadikan Melayu jd orang asing di tanah airnya sendiri. Akhirul kalam kata Prof Ahmad Murad Merican dalam satu peristiwa bersejarah PERISYTIHARAN TANJONG TOKONG pada April 2014:

Sorry to say sepanjang 50 lbh MERDEKA di bawah kepimpinan UMNO – PERIKATAN – BARISAN NASONAL Melayu PP semakin hilang segalanya. Hilang hak, hilang sejarah, hilang warisan, hilang kehadiran sebagai penduduk bandar, hilang habitat, hilang penyertaan dalam ekonomi hilang, hilang, hilang segalanya sebagai anak negeri dan bumiputra P.Pinang
Mengapa? ……kerana pengkhianatan agensi agensi yang diamanahkan untuk membantu rakyat ttp mengkayakan golongan ningrat dan korporat

Bayang reklaim seluas 980 ekar iaitu 20 kali di gafan pantai kampung Tanjong Tokong satu bahagian pun x diberi untuk perluasan kampung dan atasi masalah kepadatan kampung sekepada 60 merdeka.Alih alih buat pembangunan di tanah kampung yang dah sempit dgn memadatkan sgl pembangunan di situ. Tanah reklaim dibuat utk komersial, pemvangunan mewah untuk orang asing dan luar utk tujuan FDI. MANAKAH BAHAGIAN RAKYAT ????????

MASAKAN LAMA YANG ISTIMEWA

RENDANG PESAMAH ATAU MESAMAH  DAGING (SAMAH)

Lauk paling popular dalam majlis perkahwinan dulu-dulu di kampung-kampung. Daging akan dipotong seketul besar untuk semangkuk lauk dan akan di kongsi oleh 4 orang tetamu/hadirin. Sekarang ni lauk sebegini dah jarang dimasak dan telah digantikan dgn lauk-lauk moden yang disediakan oleh katerer yang dilantik.

Jom kita semak RESEPI …..

BAHAN A
4 sudu besar Minyak Sapi
4 kuntum Bunga Lawang
4 kuntum Bunga Cengkih
4 biji Buah Pelaga
3 batang Kulit Kayu Manis
3 tangkai Daun Kari

BAHAN B (Blend dalam blender)
2 biji Bawang besar 2
1/2 sudu besar Jintan Putih Biji
1/2 sudu besar Jintan Manis Biji
1/2 sudu besar Lada Hitam
2 inci Halia
4 batang Serai
Lengkuas besar  sebesar 3 ibu jari
2 biji ‘biji buah pala’

BAHAN C
4 sudu besar Penuh Rempah SAMAH (Kalau tiada boleh guna rempah Kari Daging)
2 sudu besar Kerisik
Santan Pekat dari 2 biji kelapa
6 helai Daun Salam
1 kilo Daging   (Dipotong bersaiz besar)

BAHAN D
Garam
2 helai Daun Kunyit (Hiri Halus)

Cara memasak:-
1. Panaskan minyak sapi dalam kuali.
2. Masukkan bahan A. Goreng hingga wangi.
3. Masukkan Bahan B dan C. Masak sehingga pekat dan daging empok.
4. Sebelum angkat, masukkan Bahan D.

* Selamat menjamu selera …..