FRANCIS LIGHT dikenang sebagai pembuka dan pengasas P Pinang pada tahun 1786. Seorang kepten, pedagang, penyeludup candu, penjual senjata, perisik, pencoba nasib di rantau orang dan sebagainya. Ringkasnya peranan beliau adalah pelbagai.
Siapakah beliau sebenarnya ? Hasil peranan yang begitu licik, beliau dapat memiliki P.Pinang, memaksa Sultan Kedah menyerahkan Seberang Prai dan meletakkan batu asas penjajahan, sehingga pengaruh Inggeris melebar ke negeri negeri Melayu. Syarahan CENPRIS telah membongkar dan membawa khalayak mengenal watak Francis Light sehingga dengan mudah menipu para sultan dan pembesar negeri negeri Melayu dengan amat berjaya.
Apa ilmu, pendekatan dan muslihat yang diguna pakai untuk melaksanakan agenda penjajahan ?
Light bukan siapa siapa. Tidak ada latar belakang yang hebat dan kuat sebelum perantauannya. Tiba tiba muncul sebagai tokoh yang memegang peran terpenting dalam proses penjajahab Malaya secara terancang ia bermula dari sebuah pulau kecil kepunyaan kesultanan Kedah. Justru selepas merdeka kenapa P.Pinang tidak kembali ke pangkuan induknya, Nampaknya dampak peranan Lihgt masih berkesan hingga ke hari ini. Ketuanan Melayu dan milikan Kedah masih gagal dinobatkan di Pulau Pinang selepas terlepas sejak 1786, iaitu selepas 232 tahun berlalu.